Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Anugerah The Best Blog di Minggu Media Sosial Malaysia MSMW 2015

Anugerah The Best Blog di Minggu Media Sosial Malaysia MSMW 2015


Gambar salah seorang penerima Awards pada malam tersebut.

Gambar Wakil Penerima Hadiah Blog Terbaik Kategori Berita MSMW 2015


Majlis Anugerah Media Sosial dan Blogger Sedunia 2015 telah pun berlangsung pada malam Rabu 22 April 2015 yang lalu di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan.

Anugerah Blog Terbaik dan Anugerah Korporat telah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden dan Pengasas Dewan Sosial Media Malaysia, Shahul Hameed dan Naib Presidennya, M. Ezzat Emir.




Email yang saya terima lebih kurang 2 minggu lalu

Bekas guru saya mewakili saya menerima hadiah.
Terima kasih, cikgu. :)


 Sebahagian gambar suasana majlis pada malam tersebut..

Meja makan...
 Bekas Guru Sejarah saya, En Azhar bin Abdullah dan isterinya, 
Puan NurSuria Bt Mustafa yang mewakili saya.



Award yang diterima dalam majlis pada malam tersebut..

Alhamdulillah, blog  http://cgkaunseling.blogspot.com/ telah dipilih sebagai kategori Blog Berita Terbaik Sempena MSMW 2015 . Terima kasih saya ucapkan kepada semua. Sesungguhnya kemenangan ini adalah tanpa saya duga.

 "Alhamdullah. Bersyukur ke hadrat Allah; di atas hikmah di sebalik musibah; anugerah kebangsaan pengubat duka; terima kasih kpd semua; yang mengundi dan kepada barisan juri yg sudi memilih blog biasa seorang guru diangkat menjadi salah satu Blog Terbaik MSMW 2015.Anugerah disampaikan oleh YB En Khairy Bin Jamaluddin,Menteri Belia dan Sukan di Zebra Square, Kuala Lumpur, dalam satu acara yang sangat meriah.

Terima kasih kepada setiap insan yg sentiasa menyokong,

menegur,membimbing,membina,bekerjasama,
saling membantu,saling berkasih sayang dan bahu membahu bersama saya.Semoga Allah membalasnya.Terima kasih kepada bekas Guru Sejarah saya dan isteri yang sudi hadir menerima hadiah bagi pihak saya di Zebra Square K.L.Terima kasih kepada sahabat-sahabat semua walau di mana anda berada .

Terima kasih kepada FOLLOWERS Blog cgkaunseling.blogspot (Domain asal www.cikgukaunseling.com dengan tapak wordpress selfhosting dan sebelum itu joomla tidak dapat saya teruskan atas pelbagai masalah), seterusnya sahabat zaman sekolah saya, Kawan-kawan kampus di UPSI especially pengajian Kaunseling UPSI dan Persatuan silat UPSI yg begitu bersungguh2 mempromosi blog biasa-biasa saya ini di Group-group wassap, telegram dan FB. Seterusnya kepada JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Pahang, PPD Kuantan, Barisan MGKK (Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan) Pahang, MGKK Maran, MGKK Kuantan,  sahabat-sahabat guru serta bekas anak-anak didik di SMK Jengka Pusat 2, Group Wassap Guru Pahang oleh IKIP SKILLS Yayasan Pahang, anak-anak didik khususnya bekas pelajar perempuan asrama SMK Jengka 2, sahabat-sahabat guru, barisan pentadbir, anak-anak  SMK Lepar Hilir, PIBG SMK Lepar Hilir dan Masyarakat Felda Lepar Hilir.
 

My family yang selalu menyokong saya. Dan semua.Kejayaan ini utk semua.Saya tidak dapat hadiri majlis anugerah kerana saya tidak berapa sihat.

#msmw2015  #jpnpahang #majlisgurukaunselingkebangsaan #ppdkuantan


Keputusan anugerah blog popular MSMW 2015 berdasarkan 70% undian pembaca dan 30% undian juri hakim :
  1. Best Foodie Blog : www.squallcuisine.com
  2. Best News Blog :  cgkaunseling.blogspot.com
  3. Best Gadget and Technology Blog : www.ohsem.me
  4. Best Gossip and Entertainment Blog : www.spinorbinmusic.com
  5. Best Lifestyle Blog : www.akupenghibur.com
  6. Best Comics Blog : tiada pemenang
  7. Best Photography Blog : tarmizishukri.com
  8. Best Shopping Blog : www.telekung.com.my
  9. Best Sports Blog :  www.motorsportroom.my
  10. Best Travel Blog :  timetravelafif.blogspot.com

Berikut adalah pemenang untuk katogeri korporat :
  1. Banking : Maybank
  2. Corporate Social Responsibility on Public Awareness : Tenaga Nasional Berhad
  3. Best Innovative App : MyTeksi
  4. Education : Limkokwing University of Creative Technology
  5. Community Engagement : Perbadanan Putrajaya
  6. Emerging Shopping Mall : Nu Sentral Shopping Centre
  7. Corporate Social Responsibility on Humanitarian : Unicef Malaysia
  8. Favourite Shopping Mall : Sunway Shopping Mall
  9. Lifestyle Developer : Mah Sing Group
  10. Food & Beverages : Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd
  11. Logistics & Services : Pos Malaysia Berhad
  12. Hospitality : Mandarin Oriental Kuala Lumpur
  13. Online News (English) : The Star Online
  14. Online News (Malay) : Harian Metro
  15. Social Media Campaign – MIMMA : Tune Talk Sdn Bhd
  16. Property Development : IJM Land Berhad
  17. Social Media Campaign – BE  SMART : Limkokwing University of Creative Technology
  18. Social Media Agency : Paranormal Solution Sdn Bhd
  19. Social Media Celebrity og the year : Nora Danish

Terima kasih kepada Sifu Tuan Denaihati dan Blogger HasrulHassan.

 kerana hits saya bertambah apabila kedua-dua bloggers yang cukup terkenal ini meletakkan link blog saya di blog mereka. 

Terima kasih juga kepada Cik Norlela yang menghubungi saya.... InshaAllah Saya sambung lagi nanti jika diizinkan Allah,untuk menulis dan menaip ni pun aduhai 2 jam lebih tak siap-siap dek kerana sambil menahan sakit.





4 Comments:

LuvHaryani said...

Tahniah cgkaunseling. Tumpang gembira di atas kejayaan :)

Akak Vitamin said...

Tahniah cgkaunseling. Award hebat untuk orang yang layak ;)

Puan Ummi said...

Terima kasih Saudari Haryani...Alhamdulillah

Puan Ummi said...

Alhamdulillah terima kasih Akak Vitamin...

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .