Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

AidilAdha Yang Mulia

AidilAdha yang Mulia


Assalamu'alaikum w.b.t kepada pelayar muslim teratak ini & Selamat Sejahtera kepada semua pelayar teratak myraudhatulukhuwah ini.

Sempena perayaan Aidil Adha yang bakal menjelang tidak lama lagi, myraudhatulukhuwah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan-rakan Muslim followers dan add teratak myraudhatulukhuwah ini.

Mohon maaf zahir batin atas segala keterlanjuran kata dan perbezaan pandangan seandainya wujud sepanjang kewujudan myraudhatulukhuwah di alam blogspehere.


"Semoga Allah memilih kita untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Allah tercinta".
Haji Menuju Allah

Labbaikallah Humma Labbaik

Labbaikala syarikallah

Going for the haaj,means

Going For Allah, the Only One

With this tainted heart and soul

Giving a gift to Allah

Be careful when facing Allah

Every worshipper goes to the Hajj

With all the goddness

Every worshipper

goes to the Hajj

With all the goddness

With a good heart and good attitute

with halal belonging and a pure heart

with pure intentions and noble deeds

Going to hajj, you must be knowledgeable about it

So that, every condition and principle are precise

The acceptance and rejection can be monitored

So that, our Hajj not meaningless

Be mindfull our manners and attitude

do it with calm and humble

Patience and tolerance must be practised

Don't be rough,crashing into people

Labbaikallah Humma Labbaik

Labbaikala Syarika Laka Labbaik

Innal Hamda Wannekmata Laka Walmulk La syarikalak

Dipetik dari, "Haji Menuju Allah, Kumpulan Nasyeed Raihan".

Seni Lagu: Nazrey Johani,Azhari Ahmad. Raihan Cipta Sdn Bhd

Link klip video diambil dari, klik sini.
Imam Ja’far ash Shadiq memberikan

nasihat kepada para jamaah haji:

1. Jika engkau berangkat haji, kosongkanlah hatimu dari segala urusan, dan hadapkanlah dirimu sepenuhnya kepada Allah SWT.

2. Tinggalkan setiap penghalang dan serahkan urusanmu kepada Penciptamu.

3. Bertawakkallah kepada-Nya dalam setiap gerak dan diammu.

4. Berserahdirilah kepada ketentuan-ketentuan-Nya, hukum-hukum-Nya, dan takdir-Nya.

5. Tinggalkan dunia, kesenangan, dan seluruh makhluk.

6. Keluarlah dari kewajiban yang dibebankan kepadamu dari makhluk Tuhan.

7. Janganlah bersandar kepada bekalmu, kendaraanmu, sahabatmu, kekuatanmu, kemudaanmu, dan kekayaanmu.

8. Buatlah persiapan seakan-akan engkau tidak akan kembali lagi. Bergaullah dengan baik.

9. Jaga waktu-waktu dalam melaksanakan kewajiban yang ditetapkan Allah dan Sunah Nabi saw, berupa adab, kesabaran, syukur, kasih sayang, kedermawanan, mendahulukan orang lain sepanjang waktu.

10. Bersihkan dosa-dosamu dengan air tobat yang ikhlas.

11. Pakailah pakaian kejujuran, kesucian, kerendahan hati, dan kekhusyukan.

12. Berihramlah dengan meninggalkan segala sesuatu yang menghalangimu mengingat Allah dan mencegahmu mentaati-Nya.

13. Bertalbiahlah kamu dengan menjawab panggilan Allah dengan ikhlas, suci, dan bersih dalam doa-doamu seraya tetap berpegang pada tali yang kokoh.

14. Bertawaflah dengan hatimu bersama para malaikat sekitar Arsy, sebagaimana kamu bertawaf dengan jasadmu bersama manusia di sekitar Baitullah.

15. Keluarlah dari kelalaianmu dan ketergelinciranmu ketika Engkau keluar ke Mina dan janganlah mengharapkan apa pun yang tidak halal dan tidak layak bagimu.

16. Akuilah segala kesalahan di tempat pengakuan (Arafah). Perbaruilah perjanjianmu di depan Allah SWT dengan mengakui keEsaan-Nya.

17. Mendekatlah kepada Allah di Mudzdalifah.

18. Sembelihlah tengkuk hawa nafsu dan kerakusan ketika engkau menyembelih dam.

19. Lemparkan syahwat, kerendahan, kekejian, dan segala perbuatan tercela ketika melempar Jamarat.

20. Cukurlah aib-aib lahir dan batin ketika mencukur rambut.

21. Tinggalkan kebiasaan menuruti kehendakmu dan masuklah kepada perlindungan ke Masjid Al Haram.

Jika teman-teman mencari kambing halal untuk Qurban dan Akikah, saya ada menemui sebuah blog. Ada sebuah syarikat yang menawarkan harga pakej  RM 650 siap sembelih lapah dan hantar ke rumah.

Ia mempunyai Stok kambing aqiqah dan Qurban yang cukup syarat syariahnya . Kawan-kawan boleh dapatkan kambing-kambing yang cergas, sihat dan aktif untuk cahaya mata kesayangan dengan menghubungi Ummu Baraqah Resources. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Kelebihan Zulhijjah

BULAN Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya, adalah peluang kedua selepas Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta keampunan Allah SWT selain daripada pahala amalan.

Rasulullah SAW menyebut: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu.” (Riwayat al-Bazzar: Albani)

Ini juga dinyatakan dalam firman Allah SWT bahawasanya: “Demi Fajar dan hari-hari yang 10.” (Al-Fajr, 1)

Majoriti ulama menyatakan 10 hari itu merujuk kepada hari pertama hingga 10 Zulhijjah dan bukan 10 terakhir Ramadan. (Zad Al- Ma’ad, Ibn Qayyim)

Maklumat lanjut, sila baca tulisan Ustaz Zaharuddin Bin Abd Rahman di MyMetro.


Berita Dari Berita Minggu 14 November 2010


22 jemaah haji Malaysia meninggal di Tanah Suci, 2010/11/14


MAKKAH: Seramai 22 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci manakala 85 masih dirawat di hospital menjelang jemaah haji dari seluruh dunia mula bergerak ke Arafah hari ini untuk berwukuf di Arafah esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun tidak memberikan pecahan jemaah lelaki dan wanita yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) sudah memaklumkan kematian mereka kepada keluarga masing-masing sambil menambah bahawa mereka sakit sebelum meninggal dunia.

Bercakap kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah selepas meninjau operasi TH Mekah di Hotel Al-Janadriyyah petang semalam, Jamil Khir berkata TH akan membayar dam haji sebagai penghormatan kepada jemaah yang meninggal dunia bagi menyempurnakan haji mereka.

Dalam tinjauan itu, beliau disertai Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa''ari Mohamed Nor serta Pengarah Urusan kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail. Taklimat disampaikan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Salleh Abdul Mubin mengenai persiapan agensi itu menghadapi wukuf.

Jamil Khir berkata empat jemaah yang meninggal dunia berumur 80 tahun ke atas; 70-79 tahun (lapan orang); 60-69 tahun (empat orang); dan 50-59 tahun (enam orang).

"Lapan puluh lima jemaah yang sakit tidak akan dihalang dari mengerjakan rukun haji. Mereka akan dibawa terus dengan ambulans ke Arafah dan dibantu urusan melontar jamrah serta tawaf haji dan saie haji," katanya.
Jamil Khir berkata 71 orang dirawat di dua hospital Malaysia dan 14 lagi di hospital Arab Saudi di Madinah dan Makkah.

Mereka yang dirawat terdiri daripada 46 lelaki dan 39 perempuan. Kebanyakan mengalami penyakit kulit dan sendi dan batuk.

Katanya, 28 jemaah yang lemah daya ingatan, kelainan upaya atau uzur akan dibantu secara satu pesakit satu petugas TH sehingga selesai mengerjakan rukun haji.

"Saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat....marilah sama-sama berdoa agar semua jemaah kita kuat dari segi mental dan fizikal supaya ibadah mereka lengkap dan mendapat haji mabrur," katanya. - BERNAMA

21 Comments:

kunang-kunang said...

Salam Ummu,

Selamat menyambut hari raya Aidiladha. Semoga jemaah haji kita di tanah suci Mekah dikurniakan oleh rahmatNYA.

ashra said...

salam aidiladha,k.ummu.
maaf zahir batin ye.
masak pe daging korban nanti?
.-= ashra´s last blog ..Salam AidilAdha - Hantar Rumah Kami Ye! =-.

Afida Anuar said...

Salam kak ummu... salam eidul adha juga buat kak ummu sekeluarga. Thanks atas perkongsian yang sungguh bermakna ni....

Alhamdulillah...meninggal di tanah suci.... moga Allah tempatkan mereka di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh, Amin...

ummu said...

Waalaikumussalam Kak Anim
selamat hari Raya Aidil Adha untuk akak jua.tq ya kak sudi tinggalkan komen di sini.

ummu said...

salam aidil adha Ashra
kami ingat nak buat sup tulang, Ash
dengan daging bakar.insyaAllah.
ash Sihat?

ummu said...

waalaikumussalam Fida.salam adidil adha juga untuk Fida ya.TQ atas ucapannya.
amin..

zulkbo said...

salam..
selamat menyambut idul adha
.-= zulkbo´s last blog ..Ganjaran Hebat Menanti Hari Arafah =-.

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Selamat menyambut hari raya eidul adha...

Moga segala amalan ibadah diterima oleh Allah Taala..

Moga gembira hendaknya..
.-= Abd Razak´s last blog ..Salam Eidul Adha =-.

Azril Hamzah said...

Salam Akak,

Selamat Menyembut Hari Raya pada semua muslimin dan muslimat diseluruh pelusuk alam semesta.

Kepada semua bakal haji di Baitullah semoga mendapat haji yang mabrur dan ibadah diterima Allah.

makcik yam said...

salam ummu..makcik ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha n maaf juga dipinta..ummu balik beray dimana ya..

Zakie Purvit said...

Salam Ummu,

Hidup memang sebenarnya menagih pengorbanan yg tanpa sedar kita dah lakukan walau sedikit. Contohnya; masa tidur kena bangun buat susu anak pun pengorbanan juga. Apa-apa pun selamat Hari Raya Eidul-Adha dari kakak juga buat Ummu.

ummufarhan said...

Salam,

Ummu, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha daripada Ummufarhan :)
.-= ummufarhan´s last blog ..Bila nak pandai cakap =-.

fairulazmi said...

Assalamualaikum wrmbth,

selamat hari raya aidil adha dari saya. :)
.-= fairulazmi´s last blog ..Stok Kambing Aqiqah dan Qurban =-.

ummu said...

Salam Zulkbo
terima aksih ya atas kunjungan saudara
maaf lambat reply

ummu said...

waalaikumussalam
semoga demikian hendaknya.
terima kasih atas doa saudara

ummu said...

salam Azril
alhamdulillah, terima kasih atas doa Azril
sesunggunhnya bukan mudah kan, untuk
mendapat haji mabrur.

ummu said...

waalaikumussalam makcik yam,saya beraya di pahang je makcik.

ummu said...

waalaikumussalam kak Zakie
terima kasih kak atas contoh yang akak berikan
walaupun ia nampak kecil
tapi besar maknanya,kan kak
kalau kita ikhlas
pasti anak2 kan memahami
sekali lagi terima aksih atas ingatan akak ni

ummu said...

waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh
terima aksih Fairul

ummu said...

waalaikumussalam Ummu Farhan
terima kasih ya

fairulazmi said...

Saya ada tambah link ke laman web akak di blog saya ;D
.-= fairulazmi´s last blog ..Stok Kambing Aqiqah dan Qurban =-.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .