Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

All The Best MUET & MTeST



All The Best MUET & MTeST

Assalamualaikum kepada pelayar Muslim teratak Jurnal Kehidupan ini, dan selamat sejahtera kepada semua.

Alhamdulillah, Hari Sabtu yang nyaman. Walaupun cuaca di tempat myraudhatulukhuwah ini keihatan agak mendung, syukur kerana  air di kali tidak melimpah lagi.

Pada tengah hari ini myraudhatulukhuwah ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan MUET kepada calon-calon MUET.  Semoga para calon dapat menjawab dengan tenang.

Begitu juga kepada kawan-kawan myraudhatulukhuwah samada di alam realiti dan alam maya, myraudhatulukhuwah ucapkan selamat berjaya dalam Ujian MTeST. Entry berkenaan Semakan Panggilan Temuduga, ada myraudhatulukhuwah muatkan di sini.

No. ID BSN, penting ke?

Ada beberapa anak muda yang bertanya kepada myraudhatulukhuwah, "Mengapa mesti beli No ID BSN? Penting sangat ke?"

Myraudhatulukhuwah menjawab,"Iyanya penting. Ini untuk memudahkan kamu memohon IPT.."

Belum habis myraudhatulukhuwah bercakap telah dipotong pula oleh jejaka A, dengan nada agak sinis, "Layak ke kami ni masuk U? Math pun selalu kantoi. BI lagilah,hampeh".

Myraudhatulukhuwah memandang wajah A,"Kalau kamu tak lulus Math dan BI, bukan bermakna kamu tak boleh nak sambung belajar. InsyaAllah kalau kamu berminat nak belajar  lebih tinggi, kamu layak memohon program peringkat sijil. Yang penting, kamu janganlah berputus asa untuk membaiki kelemahan dlaam matapelajaran yang kamu failed. Kuatkan azam,yang penting kamu mesti minat untuk belajar. Manakala No ID ni,kamu perlu beli bagi membolehkan kamu memohon program peringkat sijil ,"

Jejaka B dengan wajah ceria berkata,"Apa contoh program sijil yang saya boleh pohon?"

"Ok, subject selain subject teras yang kamu ambil, apa? Percubaan SPM tempoh hari kamu dapat berapa?"

Jejaka B menjelaskan kepada myraudhatulukhuwah satu persatu.

Kemudian myraudhatulukhuwah memberikan salinan Institusi Latihan Kemahiran dan Aliran Teknikal dan Vokasional kepada anak-anak muda itu.

Wajah ceria terpancar pada mereka.

"OH, maknanya, No ID BSN ni penting ya? Maknanya, kami pun berpeluang sambung belajar ya? Kami ingatkan pelajar kelas sains dan teknikal je yang layak," terang jejaka C.

Alhamdulillah, mereka telah faham dan jelas mengapa sekarang penting untuk membeli No ID di BSN. Semoga mereka tumbuh  sebagai remaja berwawasan negara. InsyaAllah

Biarpun mungkin mereka tidak berjaya menjadi jurutera atau doktor atau arkitek, namun alangkah bahagianya apabila melihat mereka menjadi insan berguna untuk nusa dan tanahair.

Catatan ini adalah rentetan entry Permohonan Ke IPTA, klik sini.

5 Comments:

Abd Razak said...

Salam...

Mereka juga penting dalam industri kecil dan pembangunan Negara...
.-= Abd Razak´s last blog ..Jangan lupa =-.

Afida Anuar said...

Salam kak ummu..kalau takde no id bsn tu, nak apply KPLI pun tak dapat.

Sapa kata tak pandai mate, bI tak boleh berjaya, akak, ramai orang yang saya jumpa, tak berapa pandai masa sekolah dulu, tapi alhamdulillah atas usaha gigih mereka, walaupun tiada ijazah, namun mereka masih boleh berjaya, kadang2 melebihi orang yang dapat ijazah ni..waAllahualam..

ummu said...

waalaikumussalam saudara,ya mereka adalah tiang negara.

ummu said...

salam Fida,betul tu Fida.
begitulah Fida,akak cuba terangkan pada mereka.
susah juga nak yakinkan anak2 muda ini
akak kena bawakan contoh insan2 yang elah berjaya
walaupun pernah alami keciciran semasa di alam persekolahan
barulah anak2 ini bersemngat.
tq Fida sudi singgah sini

makcik yam said...

salam ummu..tq berkongsi maklumat..makcik dah tak ada yg ambil peperiksaan ni..semoga semua beroleh kejayaan.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .