Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kelab TaHa

Kelab TaHa



Assalamu'alaikum w.b.t kepada pelayar muslim teratak ini & Selamat Sejahtera kepada semua pelayar teratak  ini.


Bila disebut Tabung Haji, apakah yang terbayang di minda anda?



Sebenarnya bermula dari  kecil dan usia remaja riang ria, eloklah anak-anak menabung di Tabung Haji.

Ada kelab khas untuk anak-anak seusia 7 tahun hingga ke 17 tahun. Namanya Kelab TAHA. Dengan hanya RM2 anda sudah boleh membuka akaun di Tabung Haji.

  • SYARAT NAK JADI AHLI KELAB TAHA....


  • Individu beragama Islam

  • Warganegara Malaysia

  • Permaustatin tetap

  • Berumur 7 hingga 17 taun

  • Telah mempunyai akaun Tabung Haji. Jika belum,boleh membuka akaun Tabung Haji serendah simpanan minimum RM 2.00 di mana cawangan Tabung Haji di seluruh Malaysia

  • Mendaftar sebagai ahli kelab TaHa dengan mengisi borang yang boleh diperolehi melalui cara-cara berikut :

  • * Akhbar sisipan pendidikan Didik dan Minda Pelajar 2 kali seminggu (minggu kedua dan keempat) dalam akhbar Berita Harian

  • * Akhbar New Straits Times

  • * Semua pejabat Tabung Haji








Kelab TAHA (Kelab Tabung Haji) banyak keistimewaanya. Banyak kelebihan kalau para pelajar  sertai kelab TaHa. Antara kelebihan-kelebihannya :



  • setiap ahli akan memperolehi sekeping kad keahlian secara percuma

  • boleh membeli satu set buku rujukan keluaran Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) dengan potongan harga sebanyak 15%

  • boleh melanggan laman web Bahasa Inggeris NSTP NIEXUS dengan potongan harga sebanyak RM20 (harga sebenar RM100)

  • berpeluang memenangi hadiah dengan menyertai peraduan yang akan disiarkan di dalam akhbar Didik dan Minda Pelajar.

  • Berpeluang menyerttai Aktiviti Kelab TaHa.Klinik Bimbingan Peperiksan UPSR, PMR dan SPM Untuk Ahli Kelab TaHa Tahun 2010

  • Di Pahang pun ada kedai-kedai tertentu yang memberi diskaun istimewa untuk ahli Kelab TaHa.

  • Jadual Klinik peperiksaan kelab TaHa, klik sini.

  • Nak tau lebih lanjut keistimewaan menjadi ahli Kelab  TaHA? Sila Klik sini


Entry ini dimuatnaik di sini sebagai catatan pengalaman myraudhatulukhuwah. kebetulan hari ini Harian metro ada menyiarkan beberapa ertikel berkenaan haji.

Entry di bawah ini sebagai kemudahan myraudhatulukhuwah untuk membuat rujukan. Ia  dimuatnaik dari MyMetro, klik sini.


Remaja Perlu Ada Niat Tunai Haji

KETIKA ini, jutaan manusia membanjiri kota suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji. Mereka mengunjungi rumah Allah semata-mata untuk mendapat keampunan dan keredaan-Nya.

Walaupun proses menunaikan ibadah haji memerlukan wang yang banyak, apa yang dicari melebihi nilai dunia. Begitulah pengorbanan wang ringgit yang perlu dilaburkan dengan niat ikhlas mendapat keredaan Allah.

Sesungguhnya rezeki yang dikurniakan Allah, sebahagiannya mesti dilaburkan dalam usaha menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Kewajipan menunaikan ibadah haji tertanggung di atas bahu setiap individu Muslim yang berkemampuan. Firman Allah yang bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah" (Surah al-Baqarah, ayat 196).

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa ibadah haji itu wajib ditunaikan bagi mengharapkan keredaan Allah.
Sesungguhnya, dalam melaksanakan perintah Allah, setiap halangan yang datang perlu ditangani dengan penuh sabar dan mengharapkan pertolongan-Nya.

Beruntunglah bagi mereka yang berjaya mendepani setiap halangan dalam menunaikan ibadah haji dengan cara yang terbaik.

Perkara berkenaan dinyatakan Allah ketika menjelaskan perihal tetamu-Nya yang datang dari setiap pelosok dunia bagi menunaikan ibadah haji.



Firman Allah yang bermaksud: "Dan serukanlah umat manusia untuk menunaikan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, mereka datang dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh" (Surah al-Hajj, ayat 27).

Setiap ibadah yang dilakukan di sepanjang musim haji mempunyai erti dan pengajaran yang tersendiri. Contohnya, pemakaian ihram dan tawaf memberi gambaran bahawa setiap manusia itu semuanya sama taraf di sisi Allah.

Hanya takwa yang dicerminkan melalui mutu ibadah masing-masing yang akan memberi perbezaan antara satu dengan lain.

Larangan dalam ihram juga sarat dengan hikmah yang menuntut kesabaran dan ketelitian dalam melaksanakan ibadah.

Hal berkenaan memberi pengertian bahawa setiap ibadah yang diwajibkan ke atas setiap Muslim, harus ditunaikan dengan penuh teliti dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Wukuf di Arafah pula memberi gambaran suasana Mahsyar yang bakal dilalui oleh setiap manusia.

Suasana ini bukan saja perlu dirasai oleh jemaah haji, namun bagi mereka yang mampu menyaksikan suasana ini dari tanah air masing-masing, rasa keinsafan juga seharusnya dirasai.

Pada saat setiap manusia berkumpul di satu kawasan yang luas terbentang, masing-masing menadah tangan memohon doa ke hadrat Ilahi.

Secara jelas, manusia itu hanya insan kerdil yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu bertolak dari Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah dengan doa talbiah dan tasbih) di tempat Mash'aril Haram (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebut-Nya sebagaimana Dia memberikan petunjuk hidayah kepada kamu" (Surah al-Baqarah, ayat 198).

Ibadah sa'ie antara bukit Safa dan Marwah pula membawa umat Islam menghayati pengorbanan seorang wanita yang akur dengan perintah Allah.

Sifat reda dan tawakal yang ditunjukkan Hajar, isteri Nabi Ibrahim mengajar manusia agar sentiasa meletakkan perintah Allah melebihi segalanya.

Maka, dengan kesabaran dan rasa berserah diri pada Allah, maka dibukakan jalan keluar untuknya dalam mengharungi kehidupan tanpa suami tercinta.

Inilah antara bukti kekuasaan Allah yang diperlihatkan di sebalik ibadah haji. Sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa memayungi hidup hamba yang taat atas setiap perintah-Nya.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya Safa dan Marwah itu sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersa'ie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya" (Surah al-Baqarah, ayat 158).

Berdasarkan huraian ringkas berkaitan ibadah haji itu, sewajarnya setiap individu Muslim berazam untuk melaksanakan ibadah haji.

Bagi golongan muda khususnya, niat harus diletakkan sedari awal agar hasrat murni itu dipermudahkan Allah. Niat memainkan peranan yang penting bagi melaksanakan amal ibadah dalam Islam.

Niat bukan khayalan kosong, tetapi ia memainkan peranan yang besar dalam menjayakan tuntutan ibadah. Tanpa niat yang betul, amal ibadah tidak akan sempurna.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru, niat untuk menunaikan ibadah haji perlu ditanam mulai sekarang. Niat yang murni bukan hanya sekadar niat, namun ia disertai dengan usaha dan gerak kerja ke arah hasrat yang hendak dicapai.

Menabunglah dari sekarang dan meletakkan sasaran serta mempersiapkan diri agar usaha murni kita dipermudahkan Allah.

Ambillah pengalaman jemaah haji sekembalinya mereka ke tanah air nanti supaya ia dapat memotivasikan diri untuk melakukan perkara yang sama.

10 Comments:

rozali said...

Assalamualaikum Ummu

Alhamdulillah
Allahyarham bapa saya, telah membuka akaun TH semasa saya sekolah rendah lagi

dan setiap anak saya dah buka akauan TH, untuk pengajian mereka dan selebihnya, Insyaallah untuk niat menunaikan haji

Wassalam
.-= rozali´s last blog ..Membantu Upacara Ibadat Qurban di Surau TP =-.

Abd Razak said...

assalamualaikum..:)

moga sdri sihat hendaknya...

Tahniah buat Tabung Haji, satu usaha yang sangat baik utk generasi muda...
.-= Abd Razak´s last blog ..Taubat seorang wanita penzina =-.

white rose said...

salam kak ummu...
zaman sy masa sek rendah xde TAHA ni...
kalo masa zaman sek ren dah ade, mesti tabung sy dah banyak duitnye...
hehehe...

comei laaa tabung TAHA tu
.-= white rose´s last blog ..kenapa banyak sangat blog =-.

ummu said...

waalaikumussalam TH Rozali
subhanallah, tulusnya kasih arwah bapa tuan kan
dan besarnya pengorbanan tuan untuk anak-anak
semua itu mengingatkan pengorbanan ibubapa saya
cuma masa saya sekolah dulu
kelab taha ni takde
kalau tak mungkin boleh dapat diskaun
bila buat cermin mata
di kedai cermn mata yang join dengan kelab ni

ummu said...

waalaikumussalam Rose
zaman akak sekolah dulu pun takde juga kelab ni Rose
tabung tu untuk mereka yg bertuah, Rose,:)
ramai juga yang minta ni

ain said...

askum kak ummu,saya punyee kad dah hilang..macammane nak wat ni?

Amiawal said...

Assalamualaikum.Saya ada pertanyaan. Anak saya merupakan ahli kelab Taha semenjak tahun 2010. Pada peperiksaan yang lepas beliau telah mendapat 9A dalam peperiksaan PMR 2010. Sebelum ini saya ada menelefon kelab Taha berkaitan anugerah pelajar cemerlang dan saya dimaklumkan belum ada kepastian sama ada anugerah tersebut diteruskan atau tidak untuk tahun ini dan meminta saya melihat makluman tersebut dari semasa ke semasa.Malangnya baru sebentar tadi saya melihat iklannya di internet tetapi telah tutup tarikhnya pada 1 Mei 2011 yang lepas.Anak saya juga memaklumkan belia tidak mendapat apa-apa maklumat dari pihak sekolah mengenai anugerah kelab Taha. Adakah anak saya masih berpeluang menyertai anugerah tersebut dan jika boleh bagaimanakah caranya. Terima Kasih

ummu said...

waalaikumussalam dik
sila laporkan segera kepada
pejabat tabung haji terdekat
dgn adik secepat mungkin

nadirah said...

saya sayangkan kelab taha ini,saya bersyukur kerana dapat menyertai kelab taha ini....saya akan buat yg terbaik untuk kelab taha....inshallah...

ummu said...

teruskan Nadirah.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .