Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Teknik/ Vokasional 2011

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Teknik/ Vokasional 2011

Assalamualaikum kepada pelayar Muslim teratak ini dan selamat sejahtera semua.

Kepada para pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR pada 2010, myraudhatulukhuwah ingin memaklumkan jika pelajar berminat mengambil aliran teknikal dan vokasional, di Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) pada 2011, bahawa permohonan masih dibuka.

Sila layari website http://esptv.moe.gov.my bagi membuat permohonan secara online.

Pelajar boleh mendapat bantuan Guru Bimbingan Kaunseling di sekolah anda.

Di sini, myraudhatulukhuwah muatnaik sebahagian makluman tersebut untuk kemudahan pemilik blog ini membuat rujukan.

Permohonan Kemasukan ke sekolah Teknik/  Vokasional 2011


Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2011.

Syarat-syarat Umum:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010.

  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.

  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).

  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: http://esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke SMV/SMT berhampiran

  • Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.

Mengubahsuai Pilihan Permohonan:

  • Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.

Rayuan Kemasukan:

  • Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.

Kemudahan Asrama:

  • Kemudahan asrama disediakan di semua SMV/SMT kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Muat Turun Borang

Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, sila muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMV/SMT 2011 di bawah:


  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke SMV/SMT berkenaan. Tarikh akhir penghantaran Borang Kemasukan ialah 26 November 2010.

Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2011.

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2011 belum dimaklumkan lagi.

Muat Turun Dokumen Panduan

Update pada 3 Disember 2010.


Oleh kerana ada pertanyaan, tentang bilakah keputusan akan keluar.  keputusan ke Sekolah Menengah Teknik Sesi 2011 telah diketahui.


Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional Dan Teknik Tahun 2011 telah dibuka bermula 01 Disember 2010 (Rabu) melalui laman webKementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik sini, untuk maklumat lanjut. Sekian terima kasih

30 Comments:

nur ezmellia said...

saya harap dapat masuk sekolah menengah teknik kuala kangsar

ummu said...

adik Nur,Nur dah isi borang permohonan?
kalau tidak faham Nur boleh meminta bantuan
guru bimbingan dan kaunseling di sekolah Nur.

mazz said...

terima kasih ummu...kongsi ni dgn akak.
akak ada anak form 3...nanti nak bagitau dia minat tak.

ummu said...

terima kasih kembalai kak mazz
sudi meninggalkan jejak di teratak Ummu
salam ukhuwah ya kak

farah said...

salam,,
saya sudah isi borang kemasukan ke smt kuala kangsar,tapi tidak dapat.boleh mohon lagi atau tidak ?

ummu said...

assalamualaikum Farah,sila buat rayuan ke sekolah yang berkenaan.

ada said...

slm.. sye x dpt msok skola yg sye mohon..
boleh mohon sekali lagi kew??
untuk mohon skola teknik , kita kene
letak kputusan trial pmr or kputusan pmr yg betul????

muhammad amir bin shahrin said...

adakah semua borang rayuan sama tak kira sekolah ape yang kita pilih?

nina said...

dh pning

ummu said...

ya,borang rayuan adalah selaras.

Rayuan Kemasukan:

Pemohon boleh membuat semakan terus melalui online di

Semakan Tawaran Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011

Borang Rayuan Ke Sekolah Vokasional dan Teknik 2011


Borang Rayuan Ke Sekolah Vokasional dan Teknik

Harap maklumat ini membantu

ummu said...

Ada,Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan.

Borang Rayuan Kemasukan ke SMV/SMT 2011

Semasa memohon (Tarikh permohonan telah ditutup), keputusan trial diisi dalam borang permohonan.

ummu said...

Maklumat lanjut;

Panduan Kemasukan ke Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2011.

Mengubahsuai Pilihan Permohonan:

* Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.

Rayuan Kemasukan:

* Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.

Kemudahan Asrama:

* Kemudahan asrama disediakan di semua SMV/SMT kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Muat Turun Borang

* Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, sila muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMV/SMT 2011 di bawah:
o Borang Kemasukan
o Borang Rayuan Kemasukan ke SMV/SMT 2011
* Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke SMV/SMT berkenaan. Tarikh akhir penghantaran Borang Kemasukan ialah 26 November 2010.

Muat Turun Dokumen Panduan

* Panduan Kemasukan
* Kursus-kursus yang ditawarkan di SMV/SMT 2011
* Senarai Sekolah

Untuk semua maklumat di atas, sila klik sini.

eyka said...

saya mohon sekolah teknik dalam borang tapi mcm mana nak tahu keputusannya...???

ain said...

adakah rayuan untuk ke sekolah vokasional akan diterima jika saya menghantar borang rayuan yang dicetak dari internet,sebab jika ingin ke sekolah vokasional rayuan perlu di buat di sekolahnya sendiri.saya harap akak dapat bantu.

Syazana said...

saya membuat permohonan memasuki sekolah vokasional..saya membuat permohonan melalui fax pada 29/12/2010..adakah permohonan saya ini diluluskan..

ummu said...

Syazana, sila hubungi sekolah yang adik pohon.
hubungi sekolah berkenaan melalui telefon.
atau jika dekat, terus ke pejabat sekolah berkenaan
bertanyakan keputusan permohonan adik

azri syakir said...

bolehkah saya memohon ......jika tarikh permohonan telah di tutup...

che norhasimah said...

saya bercadang untuk menghantar anak sya ke sek. teknik.................bolehkah saya memohon walaupun tarikh telah ditutup.

ummu said...

puan che norhashimah
terima kasih atas pertanyaan puan,bagaimanapun saya tidak mengetahuinya
cadangan saya, oleh kerana permohonan ke sekolah teknik telah ditutup,
sila puan hubungi sekolah teknik berdekatan tempat puan
bagi mengetahui masih dibuka atau tidak rayuan untuk anak puan

ummu said...

permohonan ke sekolah teknik untuk 2011 telah ditutup.
adakah anda ada memohon sekolah ini semasa Oktober atau November 2010?
jika ada, sila hubungi sekolah yang anda pohon.
p/s; jika di sekolah semasa anda ada ditawarkan aliran teknikal,apa salahnya belajar di sekolah anda sekarang?

nursyahirah bte aris said...

ingint ahu adakah sm vokasional akan mengambil pelajar lagi pada pemilihan kedua pd tkh 11/1/2011 selepas kemasukan pertama pada 5/1/2011. saya sudah buat rayuan sampai kini belum ada jawapan. tolong saya begitu amat berminat utrk memasuki sekolah tersebut

dilla said...

cmne na semak kptsn rayuan ke teknik?

naziha said...

kalau buat rayuan melalui online boleh???? tapi macam mana cara nya...????

Abdullah said...

Anak saudara ada mohon sekolah teknik tapi permohonannya tidak berjaya, rayuan juga telah di buat dan dihantar ke smtkk, bilakah akan diketahui status permohonan rayuan itu. Terima kasih

redza said...

sye nak moihon tp dah tutup?

fakhrul said...

sy dah buat rayuan untuk kemasukan ke STTJ....dah dpat...tp sy x pergi sbb ade msalah tertentu...masih boleh ker sy uat pemohonan lg????

syahrul said...

harap la rayuan untuk ke masukan ke SMV Kajang itu dilulusakan

ummu said...

anda sudah hubungi sekolah tersebut ke?

ANIZ said...

askum , sye nk bertnye cm ne nk memohon sekolah teknik.. sye dh saerch link kt ats tetapi tidk boley.. boley kah memohon kerana sye belum amek PMR lg.. mcm mne nk memohon ?

azraei 17 said...

salam , saya nak tanya , permohonan sekolah teknik 2012 bila keluar ? harap boleh bantu .

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .