Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Cinta Remaja; Apabila Insan Pilihan Tidak Direstui

Cinta Remaja; Apabila Insan Pilihan Tidak Direstui




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar kawan-kawan folowers myraudhatulukhuwah? semoga sihat sihat sahaja ya.

kali ini, myraudhatulukhuwah bawakan topik tentang,"Cinta Remaja; Apabila Insan Pilihan Tidak Direstui".

Memetik kata-kata Yang Berbahagia Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood, pendakwah dan pemilik syarikat SNB Kasih Training & Consultancy, " Seorang lelaki yang mahu berkahwin perlu melihat perjalanan hidupnya di akhirat. Ini Kerana, lelaki adalah pemimpin dan mereka akan dipertanggungjwabkan ke atas apa yang mereka pimpin".

Mari kita sama-sama renungkan Sabda Rasululluah SAW;

"Seorang wanita dinikahi kerana 4 sebab; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah yang terbaik".

(Hadith Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Berbalik kepada tajuk, Cinta Remaja; Apabila Insan Pilihan Tidak Direstui Keluarga, di dalm konteks  gadis pilihan tidak diterima keluarga, si lelaki jangan mudah berputus asa.

Di sini myraudhatulukhuwah catatkan pandangan Ustaz Rusli Md Zain al Farqawi.

Beliau memberi 5 tips Apabila Gadis Pilihan Tidak Diterima Keluarga, yang mana sebahagiannya telah myraudhatulukhuwah edit:

1) Mohon bantuan Allah

Perkemaskan munajat kepada Allah, adalah jalan terbaik mengungkai hati yang sudah terpikat dan mengharap terus diikat oleh jejaka pilihan.

Selalulah usahakan rapatkan diri dengan Allah. Amalkan solat hajat, solat istikharah, membaca Al Quran dan membaca bahan-bahan yang boleh membangunkan jiwa.

"Dan mintalah pertolongan(kepada ALLAH) dengan jalan yg sabar dan dgn mengerjakan solat;dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kpd orang2 yg khusyuk." (AL-BAQARAH:45)

2) Jangan serang tapi terang

Si lelaki usahlah terus menyerang dan panas baran atau menyalahkan ibu bapa jika keluarga tidak menerima gadis pilihan. Ambil masa untuk berterus-terang dengan keluarga, pujuk ibubapa dengan cara berhikmah.

Memujuk ibubapa tidak semsetinya dengan bercakap sahaja.

Bantulah sebarang kerja yang boleh meringankan ibu bapa. Ambillah hati mereka. Myraudhatulukhuwah teringatkan entry myraudhatulukhuwah sebelum ini, "Bodek", klik sini.

Namun mengumpan ibubapa dengan wang bukanlah kaedah yang terbaik. Sogokan sebegini akan membuatkan ibu bapa berasa serba salah. Ini tidak digalakkan dalam Islam.

Sebaliknya, myraudhatulukhuwah berpandangan, eloklah adik-adik bersikap jujur, tunjukkan akhlak yang mulia, yakni berhemah di hadapan mereka. Ibubapa, biasanya, akan lembut hati jua akhirnya.

Pada pandangan myraudhatulukhuwah jua, Sikap berlemah lembut, kesantunan sebagai gadis Muslimah, berbudi bahasa, berbicara dengan berhikmah, bersifat berhemah tinggi dan jujur jua perlu ada pada diri gadis pilihan anda itu. Seandainya, tiada sifat ini, sudah tentu mana-mana ibubapa risau dan bimbang dengan pilihan anda itu.

3.  Aturkan pertemuan

Adakan pertemuan gadis pilihan anda dengan ahli keluarga anda dalam suasana santai. Misalnya jika ada majlis kenduri, atau pada pertemuan keluarga yang anda anjurkan sendiri. Jemputlah sekali keluarga si  gadis hadir bagi mengeratkan silaturrahim dan berkenalan dengan lebih rapat lagi.

4. Tukarkan persekitaran semasa

Bawalah ibu bapa berbincang di tempat yang baru untuk mendapatkan mood yang baru supaya berada dalam suasana gembira.

5. Minta bantuan

Mohon bantuan ahli keluarga kita yang lain atau orang yang dihormati oleh ibubapa untuk menyelesaikan masalah anda.

InshaAllah, jika seseorang anak itu jujur mahu memperisterikan si gadis, lambat laun hati ibu bapa akan dapat menerima gadis pilihan si anak.

Jika ibu bapa menyayangi anaknya, pasti ibu bapa itu tidak mahu bahkan tidak ingin melihat anaknya terjebak ke kancah maksiat, ibu bapa perlulah belajar menerima kelebihan dan kekuranagn calon menantu  yang dipilih oleh si anak.



Dalam situasi calon menantu yang dipilih oleh anak tidak disukai oleh ibubapa, ianya bukan setakat berlaku kepada lelaki sahaja bahkan jua di kalangan wanita. Ada juga para gadis yang calon suaminya tidak direstui ibu bapa.

Oleh itu, bukan sahaja si lelaki perlu berikhtiar seperti di atas, si gadis atau wanita itu juga perlu seiring memperkemaskan akhlak diri dan ibadah agar kesinambungan penyatuan dua hati keluarga kedua belah pihak terjalin erat.

Jika anda dah berusaha tapi masih jua berlaku tentangan ibubapa, usahlah sedih-sedihkan hati, ok. Jom kita hayati Firman Allah ini;

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Bukankah kita mahu bercinta sehingga ke syurga? Jadi, biarlah ia bermula dnegan situasi yang baik agar ketenangan lahir dalam ikatan 2 hati yang bernaung dalam sebuah percintaan murni, sah dan diredhai Allah, iaitu ikatan pernikahan.

Baiklah, Bersama-sama ini, myraudhatulukhuwah muatkan entry-entry myraudhatulukhuwah sebelum ini.

Usah Menangis, Ia Bukan Milikmu, klik sini.

Always Be There, klik sini.

Mengendalikan Rasa Kecewa, klik sini.

Meladeni Solat Sunnah Rasulluah SAW; Solat Istikharah, klik sini.

Cinta Remaja, klik sini.

Kempen Awasi Jerat Valentines Day, klik sini.

Kepada kawan-kawan myraudhatulukhuwah yang ingin berkongsi tips, ilmu dan pengalaman, sangatlah myraudhatulukhuwah alu-alukan dan hargai.

Sekian terima kasih.

4 Comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

salam pagi isnin

terima kasih atas info

Wassalam

nurkass said...

assalamualaikum kak ummu..
pernah terjadi pada sahabat saya..mcm2 cara dia buat utk menambat hati keluarga..
alhamdulillah setelah melahirkan zuriat, keluarga dapat menerima mereka kembali..

ummu said...

waalaikumussalam Nurr
alhamdulillah,yang penting dalam hal ini, suami kena lebih kuat dari si isteri,jika benar suami itu menyintai sis isteri, pasti dia sanggup memepertahankan ekharmonian rumahtangganya kan Nurr

Liyana said...

Assalamualaikum,

Hihi, macam kena ja.. kes saya, mak saya yg tak berapa berkenan dgn suami saya masa sebelum kawin.. tapi dia tak dapat nak tolak bila suami telefon dia sendiri, cakap nak masuk meminang..(saya sendiri pun terkejut, alih2 ja mamat nih)..lepas kawin, ok ja... dah dilabel menantu kesayangan la plak (dah mmg ada sorang menantu ja, hahaha, bulan lps baru tambah menantu baru)..huhu. Encik mmg ringan tulang, tak susah nak suka kat dia.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .