Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Usah Bersedih Jika Keputusan STPM Tidak Cemerlang

Usah Bersedih, La Tahzan
http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/

Alhamdulillah pagi yang cerah. Secerah pawana...

Keputusan STPM 2010 telah pun diumumkan. Wajah-wajah gembira dan wajah-wajah duka. Masing-masing dengan interpretasi sendiri.

Kepada yang berjaya, diucapkan tahniah. Semoga kejayaan anda  membakar semangat adik-adik pelajar yang lain untuk lebih berusaha dengan tekun dari awal lagi.

Kepada yang tidak meraih keputusan cemerlang, usahlah bersedih. La tahzan. La Takhof.

Kegagalan anda untuk meraih kecemerlangan dalam STPM 2010, bukanlah penamat kehidupan anda. Walaupun, STPM sebagai peperiksaan awam yang sangat penting. Penting untuk membina masa depan yang lebih cemerlang. Mencipta lakaran kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan.

Namun percayalah, kegagalan meraih kecemerlangan dalam STPM, bukan penamat kehidupan. Percayalah, sinar untuk anda masih ada lagi.

Ambillah masa yang ada ini untuk muhasabah kembalai diri kita. Semak kembali kekurangan dan kesilapan diri kita. Lihat pula faktor-faktor kegagalan dalam diri kita. Dunia cikgu kaunseling mendoakan anda  bangkit kembali dari kegagalan ini.

Untuk adikku sayang, Kakak mendoakan agar langkahmu terus lurus. Moga langit yang mendung memayungi hatimu kini, akan segera berarak pergi. 

Hentikan air matamu, dik. Apa yang penting, usaha telah dikau lakukan. Cita-citamu telah kau sangkutkan di bintang nan tinggi. Seluruh jiwa dan raga, telah kau bulatkan demi mencapai impianmu, jua impian kekanda yang ingin menyaksikan kejayaanmu. Namun pabila gagal memperoleh kecemerlangan dalam STPM,  bukanlah bermakna Tuhan itu zalim.

Tidak, dik, Tuhan tidak zalim. Bukannya Tuhan tidak tahu usahamu. Inilah ujian kehidupan dik.

Dik,tak semestinya kejayaan demi kejayaan dalam pelajaran, ada ketikanya insan yang sentiasa cemerlang dalam  pelajarannya, ada ketikanya dia diuji pula dengan kegagalan dalam kerjayanya untuk meraih kecemerlangan dalam kerjayanya.

Ada juga yang sentiasa memeperolehi kejayaan dalam pelajaran, berjaya juga dalam kerjaya dan kehidupan. Bahakan perjalanan hidupnya begitu lancar dan mudah meraih peningkatan dalam kerjayanya.

Itu juga merupakan ujian. Ujian yang berbentuk kesenangan.

Ada juga inasan yang pada mulanya gagal dalam pelajaran. Misalnya gagal dalam STPM atau gagal dalam SPM. Tetapi, insan-insan ini bangkit kembali. Insan-insan ini perlu melalui jalan berliku, sebelum sampai ke puncak kejayaan.

Ada orang yang diuji dengan kedukaan demi kedukaan, kegagalan demi kegagalan, keperitan demi keperitan. Dan apabila meraih kesenangan, saat itu, nikmatnya akan lebih terasa.

Laluan kedua untuk ke puncak kejayaan, Dunia Cikgu Kaunseling percaya, inshaALLAH pasti ada.

Apa yang penting, kemahuan dan kehendak untuk berjaya itu mesti ada.

InshaALLAH, percayalah Allah akan sentiasa bersama kamu selagi kamu patuh dan taat pada perintah Allah.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


Baiklah kepada adik-adik para epalajar, sila klik aplikasi Sistem Semakan Kelayakan Akademik, I-MAS-C-U, Klik sini,
bagi memudahkan anda membuat kursus yang bersesuaian dengan keputusan STPM anda.

Sekian terima kasih wassalam.

12 Comentarios