Usah Bersedih, La Tahzan
http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/
Alhamdulillah pagi yang cerah. Secerah pawana...
Keputusan STPM 2010 telah pun diumumkan. Wajah-wajah gembira dan wajah-wajah duka. Masing-masing dengan interpretasi sendiri.
Kepada yang berjaya, diucapkan tahniah. Semoga kejayaan anda membakar semangat adik-adik pelajar yang lain untuk lebih berusaha dengan tekun dari awal lagi.
Kepada yang tidak meraih keputusan cemerlang, usahlah bersedih. La tahzan. La Takhof.
Kegagalan anda untuk meraih kecemerlangan dalam STPM 2010, bukanlah penamat kehidupan anda. Walaupun, STPM sebagai peperiksaan awam yang sangat penting. Penting untuk membina masa depan yang lebih cemerlang. Mencipta lakaran kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan.
Namun percayalah, kegagalan meraih kecemerlangan dalam STPM, bukan penamat kehidupan. Percayalah, sinar untuk anda masih ada lagi.
Ambillah masa yang ada ini untuk muhasabah kembalai diri kita. Semak kembali kekurangan dan kesilapan diri kita. Lihat pula faktor-faktor kegagalan dalam diri kita. Dunia cikgu kaunseling mendoakan anda bangkit kembali dari kegagalan ini.
Untuk adikku sayang, Kakak mendoakan agar langkahmu terus lurus. Moga langit yang mendung memayungi hatimu kini, akan segera berarak pergi.
Hentikan air matamu, dik. Apa yang penting, usaha telah dikau lakukan. Cita-citamu telah kau sangkutkan di bintang nan tinggi. Seluruh jiwa dan raga, telah kau bulatkan demi mencapai impianmu, jua impian kekanda yang ingin menyaksikan kejayaanmu. Namun pabila gagal memperoleh kecemerlangan dalam STPM, bukanlah bermakna Tuhan itu zalim.
Tidak, dik, Tuhan tidak zalim. Bukannya Tuhan tidak tahu usahamu. Inilah ujian kehidupan dik.
Dik,tak semestinya kejayaan demi kejayaan dalam pelajaran, ada ketikanya insan yang sentiasa cemerlang dalam pelajarannya, ada ketikanya dia diuji pula dengan kegagalan dalam kerjayanya untuk meraih kecemerlangan dalam kerjayanya.
Ada juga yang sentiasa memeperolehi kejayaan dalam pelajaran, berjaya juga dalam kerjaya dan kehidupan. Bahakan perjalanan hidupnya begitu lancar dan mudah meraih peningkatan dalam kerjayanya.
Itu juga merupakan ujian. Ujian yang berbentuk kesenangan.
Ada juga inasan yang pada mulanya gagal dalam pelajaran. Misalnya gagal dalam STPM atau gagal dalam SPM. Tetapi, insan-insan ini bangkit kembali. Insan-insan ini perlu melalui jalan berliku, sebelum sampai ke puncak kejayaan.
Ada orang yang diuji dengan kedukaan demi kedukaan, kegagalan demi kegagalan, keperitan demi keperitan. Dan apabila meraih kesenangan, saat itu, nikmatnya akan lebih terasa.
Laluan kedua untuk ke puncak kejayaan, Dunia Cikgu Kaunseling percaya, inshaALLAH pasti ada.
Apa yang penting, kemahuan dan kehendak untuk berjaya itu mesti ada.
InshaALLAH, percayalah Allah akan sentiasa bersama kamu selagi kamu patuh dan taat pada perintah Allah.
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
Baiklah kepada adik-adik para epalajar, sila klik aplikasi Sistem Semakan Kelayakan Akademik, I-MAS-C-U, Klik sini,
bagi memudahkan anda membuat kursus yang bersesuaian dengan keputusan STPM anda.
Sekian terima kasih wassalam.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
akademik
,
catatan pemilik blog
,
Halatuju
,
kaunseling individu
,
kaunseling kerjaya
,
kerjaya
,
Motivasi
,
selepas STPM
» Usah Bersedih Jika Keputusan STPM Tidak Cemerlang
Usah Bersedih Jika Keputusan STPM Tidak Cemerlang
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
12 Comments:
Assalamualaikum Cikgu Ma
Insyaallah dengan usaha yg gigih, akan berjaya dimasa akan dtg
Wassalam
Waalaikumussalam tuan haji rozali
inshaAllah, kejayaan pasti tiba,cuma masnaya saja lambat atau cepat kan tuan haji.
sekian wassalam
salam...
saye rasa down sangt dengn kegagalan stpm 2010 sye nie. sya tak tahu nk buat pe lgi... saya buntu.... saya kesian dekt mak sya , coz de anak mcm sya nie... saya nk sgt masuk u... adakah perlu saya ulang semula stpm nie atau masuk kolej. tolong bantu saya.
assalamualaikum
saya kecewa sangat dengan keputusan stpm 2010 nie. saya gagal utk masuk u. saya tak tahu hendak buat pe lagi lepas nie. saya buntu sangat. saya kesiankan mak saya sebab ade anak macam saya nie. adakah patut saya ambil semula stpm atau masuk kolej. tolong bantu saya.
assalamualaikum saya rase down sangat dengan stpm saya nie saya gagal untuk masuk u... saya buntu sangat. saya tidak tahu nk buat pe lagi lps nie. adakah patut saya ambil semula stpm ni atau masuk kolej sahaja. tolong bantu saya
waalaikumussalam dark
terima kasih kerna dark sudi berkongsi di ruang maya Dunia Cikgu Kaunseling ini.
walaupun profile dark tak dapat saya lihat, namun saya ucapkan terima aksih kerna dark sedia berkongsi perasaan dengan saya.
benar dark,kadang kala dalam hidup kita, tak semua impian, semudah memetik jari untuk mendapatkannya.
ada kalanya, kita perlu melalui jalan yang berliku untuk menuju ke puncak kejayaan.
pada pandangan peribadi saya, eloklah dark melihat kembali faktor-faktor kegagalan dark, faktor-faktor halangan dan cabaran yang telah dark lalui.
kemudian cuba tukarkan halangan dan masalah yang dihadapi sebagai satu cabaran untuk lebih berjaya pada masa depan.
samada ke kolej atau mengulang smeula tingkatan 6, dark perlu buat satu analisis baik buruk jika mengambil semula STPM atau terus ke kolej.
buat satu kiraan kewangan yang di dalam kemampuan keluarga dark.
berbincang dengan guru kaunseling di sekolah, dan berbincang dengan guru tingkatan 6 dark di sekolah, samada jika guru tingkatan 6 dark sudi memebri bimbingan stpm kepada dark, walaupun jika dark mengambil STPM secara persendirian.
jika mengambil STPM secara persendirian,dark boleh juga mengikuti kursus gaya pos seperti ADABI. atau mengikuti program tuisyen persendirian atau lebih mudah, program tuisyen online yang mendedahkan dark dengan soalan2 STPM.
jika ke kolej, pastikan kursus yang diambil emndapat kelulusan LAN, supaya mudah dark nak futher study atau nak apply kerja kerajaan.
mungkin ini setakat ini perkongsian akak,nanti akak cuba buat perkongsian khas ini di entry,
calon pensndrian nie klw nk mohon upu blh ke. die nak marka koko x.
assalamualaikum....cikgu ma, sy rasa lemah dan mau putus asa dgn result stpm sy. Sy pun x tau da nak pi mna lpas ni...klu trus keja sia2 13 thun sy blajar tpi trus keja klu mcm ni bgus sy trus keja krtika umur 7 thun...
assalamualaikum....cikgu ma, sy rasa lemah dan mau putus asa dgn result stpm sy. Sy pun x tau da nak pi mna lpas ni...klu trus keja sia2 13 thun sy blajar tpi trus keja klu mcm ni bgus sy trus keja krtika umur 7 thun...
assalamualaikum....cikgu ma, sy rasa lemah dan mau putus asa dgn result stpm sy. Sy pun x tau da nak pi mna lpas ni...klu trus keja sia2 13 thun sy blajar tpi trus keja klu mcm ni bgus sy trus keja krtika umur 7 thun...
assalamualaikum....cikgu ma, sy rasa lemah dan mau putus asa dgn result stpm sy. Sy pun x tau da nak pi mna lpas ni...klu trus keja sia2 13 thun sy blajar tpi trus keja klu mcm ni bgus sy trus keja krtika umur 7 thun...
mRS hACKERS
Waalaikumusaalam,inshaAllah Allah aturkan sesuatu yang terbaik utk kita di sebalik kepahitan yang kita telan. Teruskan berusaha walaupun tak cmerlang STPM, cubalah bidang2 lain...
misalnya mohon pekerjaan di spa.gov.my.
selain tu, sambung belajar di IPTS yg diluluskan MQA dan KPM. Yg sediakan pinjaman yayasan negeri dan MARA
Post a Comment