Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

January Top Commentors & Emneya Giveaway

January Top Commentors & Emneya Giveaway


Pengkomen ke 13 tak sempat nak save sebab line putus dahhh tapi saya ingat siapakah dirinya..


Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW yang tercinta.


Pada entry ini, myraudhatulukhuwah ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua teman-teman blog yang sudi menjenguk blog ini. Begitu juga kepada semua teman yang sudi add blog myraudhatulukhuwah ini di blog teman-teman.

Terima kasih buat teman-teman bloggers yang sudi rajin meninggalkan komen pada entry myraudhatulukhuwah. Di sini, ialah pengkomen terbanyak myraudhatulukhuwah di bulan Januari 2011.

1) Blog Afida Anuar, klik sini.

2) Blog Abd Razak, klik sini.

3) Blog Tn Hj Rozali (Atuk), klik sini.

4) Blog  Dari pena Farhana, klik sini.

5) Blog Pemerhatidunia, klik sini.

6) Blog kak Werdah, Nota untuk Diri, klik sini, dan Bangkit Kembali,  klik sini.

7) Blog Kak Erna, Coretanku, klik sini.

8) Blog Kak Hanim, Kerdipan Rohani, klik sini.

9) Blog White Rose, klik sini,http://bungarosputih.blogspot.com/

10) Blog Al Mu'allim, http://kalkulus2102.blogspot.com/klik sini.

11) Blog Zulkbo, klik sini.

12) Blog Bro From Cemomoi, klik sini.

13) Kak Zue, klik sini.


Emneya written by Deena Farhana Numan


Blog  Dari Pena Farhana, klik sini. Ada menganjurkan contest yang menarik untuk para bloggers sertai. Sila lihat di sini, http://farraoshin.blogspot.com/2009/09/emneya-contest-giveaway.html

Oleh kerana peluang untuk menyertai Emneya Contest Giveaway masih dibuka lagi, sila lihat di sini, http://farraoshin.blogspot.com/2011/01/peserta-contest-emneya.html Maka, sebagai tanda sokongan kepada teman blogger, myraudhatulukhuwah turut berasa berbesar hati untuk  menyertai giveaway ini. Maaf ya Deena hanya baru kini berkesempatan membuat ulasan tentang novel online yang menarik ini.

Bermula sebagai silent reader blog beliau, myraudhatulukhuwah akan membaca entry-entry beliau.

Cuma myraudhatulukhuwah  jarang-jarang dapat meninggalkan komen di blog Deena mahupun di blog kawan-kawan yang lain disebabkan line internet. Kadang kala faktor diri myraudhatulukhuwah yang tidak dapat duduk lama-lama depan PC, jadi myraudhatulukhuwah cuma dapat membaca sahaja blog teman-teman. Maaf ya.

Baiklah, kita berbalik pada Novel Emneya ini. Emneya, seorang gadis yang cekal meniti ranjau kehidupan. dilahirkan dari rahim seorang wanita berhati suci, Mak Wa. Walaupun memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM, Emneya terpaksa melupakan hasrat dan cita-citanya dalam pelajaran dek dihimpit kemiskinan hidup. Emneya, sebagai anak gadis yang tidak mahu menyusahkan ibu, lebih rela membantu ibunya berniaga di warung.

Bermula episod yang membahagiakan Emneya, bahkan jua mana-mana wanita di atas bumi ini, apabila Emneya diperisterikan oleh seorang lelaki budiman yang tidak memandang kepada keturunan sebagai penghalang  dalam membina ikatan percintaan yang murni di antara seorang lelaki dan seorang waniata iaitu ikatan rumahtangga.

Melalui fasa perkahwinan, Emneya sangat bahagia. Bagi Emneya, kasih sayang tulus seorang isteri kepada lelaki bernama Syed Erman Haikal, adalah kasih sayang yang murni dan cintanya cinta sejati. Biar diduga dengan hubungan yang agak tidak baik dengan ibu mertua, Emneya tabah menghadapinya.

Hasil asuhan allahyarhamah ibunya, Emneya lebih banyak bersifat sabar dan mengalah dalam mengatasi kemelut dengan mertua. Bagi Emneya, mengalah dengan mertua adalah lebih baik meski bagai menelan pahitnya hempedu.

Dalam hal ini, myraudhatulukhuwah tertarik dengan pendekatan yang diambil oleh Emneya dalam mewujudkan hubungan harmoni di antara suaminya dan ibu mertuanya serta ibu mertuanya dengan Emneya sendiri. Meskipun usaha Emneya dipandang sepi, namun kesabaran dan ketabahan Emneya ini wajar dicontohi oleh mana-mana isteri.

Percintaan suami isteri, Emneya- Erman, berlainan darjat ini akhirnya sampai ke kemuncak dugaan.

Setelah 3 tahun berkahwin, Emneya masih belum hamil lagi. Lalu alasan ini dijadikan alasan kukuh oleh  ibu mertua Emneya yang  mencadangkan agar suami Emneya berkahwin lagi dengan gadis pilihan ibu Syed Erman Haikal.

Demi cinta yang terlalu suci buat suami tersayang, Emneya rela dimadukan asalkan dia masih boleh sentiasa di sisi suami. Namun, adakah berbaloi pengorbanan Emneya itu?Apakah nasib Emneya selepas suaminya berkahwin lain? Adakah pengorbanan perasaan Emneya itu dihargai oleh keluarga mertuanya? Siapa pula Syahriz?

Jom kita ikuti perjalanan kisah Emneya ini. Dengan ini, saya mentag  untuk menyertai giveaway ini;

1) Kak Werdah, Nota untuk Diri, klik sini, dan Bangkit Kembali,  klik sini.

2) Kak Erna, Coretanku, klik sini.

3) Kak Hanim, Kerdipan Rohani, klik sini.

4) Maiyah, klik sini, perjalananku masih panjang,

5) Kak Zue, klik sini.

Jom kita baca novel ini.

Emneya Part I, klik sini, http://farraoshin.blogspot.com/2010/10/emneya-part-1.html

Emneya Part 2, klik sini, http://farraoshin.blogspot.com/2010/10/emneya-part-2.html

Emneya Part 3, klik sini, http://farraoshin.blogspot.com/2010/12/emneya-part-3.html

Emneya Part 4, Klik sini, http://farraoshin.blogspot.com/2010/12/emneya-part-4.html

Emneya Part 5, klik sini, http://farraoshin.blogspot.com/2010/12/emneya-part-5.html

Emneya Part 6, klik sini, http://farraoshin.blogspot.com/2011/01/emneya-part-6.html

Sekian, wassalam.

12 Comments:

white rose said...

assalamualaikum kak ummu...
dah lama tak komen disini...

akak sehat ke?

terima kasih ya sudi link ke blog sy...

ummu said...

waalaikumussalam Rose,terima kasih kembali untuk white rose kerna sudi memebrikan komen di teratak akak ini.

Afida Anuar said...

Assalamualaikum kak ummu.... terima kasih kak, announce nama pengomen beserta link. Tak sangka pulak fida dapat carta tertinggi...;)...Alhamdulillah...

werdah said...

Assalamu'alaikuk ummu

Semoga ummu sihat dan sentiasa dalam rahmat kasihsayangNya.. amiin

InsyaAllah ummu, bila ada peluang kak cuba membacanya.. semoga dapatlah bertahan lama di hadapam komputer..

belum berkesempatan membacanya walaupun kak menyedari ada contest dari Deena tu...

nurkass said...

assalamualaikum kak ummu..
saya pun mengikuti kisah emneya ni..mmg sedih jln ceritanya....

p/s: congrats tu top commentators..moga ukhuwah yg terjalin bertambah erat..

ummu said...

waalaikumussalam Nurkass.terima kasih Nurkass sudi beri komen di blog akak.

ummu said...

waalaikumussalam Fida.terima kasih sudi memebri koemn di blog akak ya. begitu jua kerna sudi menghargai entry khas ini.

Abd Razak said...

Assalamualaikum ummu..

Allahu Akhbar, rupanya saya pun dalam senarai tertinggi. Kadang masa tidak mengizinkan nak tinggalkan jejak, baca dah terus berlalu

k.zue said...

as-salam ummu,
terima kasih krn mengetag k.zue..dan juga memilih k.zue sebagai top commentors walaupun yg tercerut..rasa berbesar hatilah..

ummu said...

waalaikumussalam kak werdah
terima kasih banyak saya ucapkan kepada kak werdah
atas sokongan akak dan perkongsian pengalaman akak
yang sangat membantu saya.
sekali lagi saya mohon maaf kerana jarang2 dapat tinggalkan jejak di blog akak.

ummu said...

waalaikumussalam saudara,
alhamdulillah,tahniah ya saudara
dan setinggi-tinggi TERIMA KASIH
kerana sudi memberi soongan kepada teratak ini.

ummu said...

waalaikumussalam kak zue,terima kasih jua ummu ucapkan buat kak zue kerna sudi meninggalkan komen di blog wordpress ummu ini.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .