Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tips Blogging; Cara Tingkatkan Pagerank

Pagerank Turun dan Naik

 


Ketika myraudhatulukhuwah melihat pagerank alexa malam ini, ia semakin berjutaan. :).

Mungkin kerana sehari tidak mengemaskini blog ini, maka pageranknya jatuh. Tu diaa,  siang tadi tak kemas kini blog, page rank boleh turun.

Memandangkan myraudhatulukhuwah sendiri jarang-jarang dapat blogwalking, maka mungkin itu faktor pageranknya jatuh.







Dan pagerank malam ini, 16/02/2011;


Pagerank; Cara Tingkatkan Pagerank

Di sini, myraudhatulukhuwah melihat kepada beberapa aspek yang boleh meningkatkan pagarank blog kita. Antara aspek-aspek , Cara Tingkatkan Page rank ialah:

1)  Blog Walking aka menjelajah blog

Blog walking ini seumpama kita berjalan-jalan dan menjelajah  di 'rumah' pemilik blog dan website orang lain. Baik itu dari blogroll  atau  daripada komentar pada posting blog, ketika itu jangan lupa 'say hello' di soutmix atau di buku tamu mereka.

Bagaimanapun,alangkah manisnya selain say hello di shoutmix, apalah salahnya kita meninggalkan komen di entry mereka, sebagai tanda sokongan kita kepada penulisan yang dihasilkan oleh tuan rumah blog/ website tersebut.

Jika mereka balas mengunjungi blog kita, pastinya akan menambah lebih banyak trafik. sekaligus ini salah satu Cara Tingkatkan Page rank blog kita.

2)  Aktifkan diri  di forum-forum.

Kebanyakan forum membenarkan kita untuk menampilkan signature.  Oleh itu, apa salahnya kita sertakan  link menuju blog kita didalam signature itu. (Meskipun demikin,  tidak semua forum yang myraudhatulukhuwah sertai, url blog ini disertakan juga)

3) Mengulang perkataan pada posting.

Sebelum itu, apa kata kita usahakan memilih tajuk posting dengan keyword yang kuat. Selain itu, yang  banyak dicari orang melalui mesin pencari, barulah pada isi posting dan entry kita,  banyak mengulang tajuk posting itu.

Contohnya tajuk  posting  "Cara Tingkatkan Pagerank"  seperti entry myraudhatulukhuwah ini. :). Ops, adakah yang sudi membaca catatan myraudhatulukhuwah ini?

Maksudnya di sini, apabila kita membuat sesuatu entry, cubalah  banyak mengulang kata Cara Tingkatkan PageRank.

4)Optimalkan Link.

Apabila menyertakan link didalam posting, sebaiknya seimbangkan link yang mengarahkan pengunjung keluar dengan link untuk tetap berada diblog  kita.  cuba elakkan menulis link dengan kata "disini, ke sini," .

Sebaliknya, belajarlah menulis link dengan lengkap misalnya "Kenapa saya Berblog  di http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/?p=3805"

5) Back link.

Dengan banyak cara, kita boleh memperbanyakkan back link, misalnya  tukar link antara blogger, menulis komen pada entry blogger lain,memberikan award, menganjurkan giveaway dan lain-lain.

Bagi bloggers yang menjalankan perniagaan online, melalui pengiklanan di forum-forum juga dapat membantu meningkatkan jualan anda. Misalnya di ratuhati.com. Selain mengiklankan produk anda di blog-blog kawan-kawan blogger yang lain.

Untuk itu, Anda harus terus mencari backlink yang berkualiti ke site atau blog Anda. Dengan banyaknya link yang menuju ke blog Anda, maka Anda akan memperoleh beberapa keuntungan. Antaranya ialah;

  1. Dapat meningkatkan PageRank

  2. Dapat menambah trafik (jumlah pengunjung)

  3. Mempopularkan website anda

  4. Dan dapat meningkatkan kedudukan website atau blog  anda di search engine


Dalam hal ini, myraudhatulukhuwah ingin merakamkan setinggi penghargaan buat semua blogger yang sudi membuat link back dengan teratak ini. Blogger yang link back dengan blog myraudhatulukhuwah ini, ada myraudhatulukhuwah letakkan url blog mereka di blog ini pada kategori, Blogger yang Link Back".



6) Submit ke search engine.

Ini adalah cara yang mudah, jika mensubmit satu-persatu letih juga dibuatnya. Jadi, mungkin lebih baik menggunakan website yang menyediakan perkhidmatan submit url ke beberapa  search engine terpopular misalnya.

Tapi jika kita kurang percaya dengan perkhidmatan yang disediakan, hantarkan sahaja/ submit url blog kita secara manual.

7) Bersabar menunggu pagerank blog meningkat naik

Jika bulan ini PageRank blog kita masih dibawah dan juta-jutaan sahaja, usah sedih dan kecewa. Macam blog myraudhatulukhuwah ni pun masih juta-jutaan pada pagerank alexa.

Yang pastinya, semuanya memerlukan proses :) .

Mungkin bulan depan atau 3 bulan lagi PageRank di gugel naik jadi 8 ?

Mungkin pelayar-pelayar blog ini ada mempunyai tips yang lain yang boleh dikongsikan bersama, silakanlah ya.

baiklah sekian dahulu daripada myraudhatulukhuwah.


8 Comments:

Afida Anuar said...

blog akak ni rasanya setiap saat ada je orang masuk..banyak info kak. Sungguh!..

moga akak sihat2 saja di sana...

Abd Razak said...

Assalamualaikum ummu..

Moga ummu sihat hendaknya..

Terima kasih berkongsi matlumat ini. Apa yang mampu saya buat ialah blogwalking jer...selain dari itu masa ditumpukan kepada ilmu

mamawana said...

Assalam,

Bagus perkongsian ini. Mwana pun bukan faham sangat tujuan dan kegunaan pagerank nih. Blog pun suka2 ajer.

samsularifin said...

bersabar.. itu la yang saya tengah buat sebab blog saya masih baru tak sampai 3 bulan lagi.[18SX] Polis Rakam Pelacur dalam Keadaan TELANJANG BULAT!

Yusri Abd Wahab said...

tq dengan info yang berguna ini.

Skim Rumah Pertama ku 2011

ummu said...

terima kasih kembali kepada saudara atas kesudian berkongsi komen di sini

fiziesss said...

Betul apa yang dikatakan, informasi berguna..knelah lebih rajin lagi untuk naikkan page rank..

ummu said...

terima kasih tuan sudi ke blog biasa saya ni
saya pun dah berehat agak lama dari mengupdate bl;og ni
dkt 2 minggu
pagerank jatuh balik
ke tangga 2 di google
selain faktor web hosting yang saya sewa ini
baru2 ni mengupgrade lagi hosting mereka
higga beri kesan pada ranking blog ni jatuh

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .