Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PENYEDIAAN MERIT LEPASAN STPM/ SETARAF UPU SESI JULAI

PENYEDIAAN MERIT LEPASAN STPM/ SETARAF UPU SESI JULAI


  • Merit disediakan berdasarkan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
  • Bagi pemilihan ke program pengajian lepasan STPM/setaraf (Ijazah Pertama) ke IPTA, penyediaan senarai merit berdasarkan:

Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA) digunakan untuk menyeragamkan kelayakan STPM dengan kelayakan Matrikulasi.

PENYATA GRED DAN MATA NILAI GRED STPM/ MATRIKULASI

GRED NILAI MATA GRED
A 4.00
A- 3.67
B+ 3.33
B 3.00
B- 2.67
C+ 2.33
C 2.00
C- 1.67
D+ 1.33
D 1.00
F 0.00

  • Di dalam sistem ini, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan:

– Mengambil kira purata nilai gred EMPAT (4) MATA PELAJARAN TERBAIK
– termasuk Pengajian Am.

CONTOH PENGIRAAN PNGK, MARKAH AKADEMIK, MARKAH KOKURIKULUM DAN MARKAH MERIT

A. PENGIRAAN MERIT

BIL MATA PELAJARAN GRED MARKAH
1 Pengajian Am B+ 3.33
2 Fizik B 3.00
3 Kimia A- 3.67
4 Biologi A 4.00
JUMLAH 14.00
Jumlah Nilai Mata = 3.33 + 3.00 + 3.67 + 4.00
PNGK = 14.00
4
PNGK = 3.50


B. PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK (90%)


= 3.50 x 90
4
= 78.75

C. PENGIRAAN MARKAH KOKURIKULUM

  • Mulai Sesi Akademi 2007/2008 dan seterusnya pengiraan markah kokurikulum akan diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Markah Penuh Kokurikulum ialah 10 markah berdasarkan komponen berikut :
  1. Sukan / permainan
  2. Pasukan Badan Beruniform
  3. Kelab / persatuan
  4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
readmore...



D. PENGIRAAN JUMLAH MARKAH MERIT

Jika calon mendapat :

i) Markah Akademik = 78.75
ii) Markah Kokurikulum = 9 markah

Jumlah Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 78.75 + 9

Jumlah Markah Merit = 87.7

PENYEDIAAN SENARAI MERIT LEPASAN STPM/SETARAF UPU SESI JULAI
  • Merit disusun berdasarkan kepada:
- Markah Akademik 90% dan
- Markah Kokurikulum 10%.
  • Jika berlaku “tie” merit disusun mengikut:

– Susunan markah purata Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP)
– Susunan mengikut pencapaian lima (5) mata pelajaran utama mengikut aliran di peringkat SPM.

Disalin daripada http://pengambilan.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=111&Itemid=175

0 Comentarios