Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2

Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2

Assaalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2 di atas kejayaan kelulusan 100% dalam SPM 2010. Antara berita yang tersiar di akhbar Sinar Harian, edisi Pahang...


"“Selain itu, prestasi kategori sekolah Felda juga meningkat iaitu SMK Jengka 10, Maran dan SMK Jengka Pusat 2, Maran yang mencatat seratus peratus lulus,” katanya."


Sumber daripada akhbar Sinar Harian, klik sini.

KUANTAN - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini mencatatkan peningkatan dalam pencapaian semua A sebanyak 0.27 peratus atau 64 calon berbanding 317 pada 2009 kepada 381 calon.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Datuk Mazlan Mohamad berkata, peningkatan jumlah pelajar cemerlang itu menunjukkan situasi positif yang dicapai di peringkat negeri.

Menurutnya, secara keseluruhan, keputusan SPM tahun ini menunjukkan prestasi membanggakan apabila Gred Purata (GP) negeri yang dicapai adalah 5.04 mengatasi pencapaian tahun lalu iaitu 5.19 sekaligus mengatasi GP peringkat nasional iaitu 5.09.

“Pencapaian ini secara tidak langsung menunjukkan prestasi calon di negeri ini melebihi sasaran awal.

“Malah pencapaian layak mendapat sijil juga meningkat sebanyak 00.30 peratus iaitu seramai 21,367 selain pencapaian sekolah yang mendapat semua A meningkat kepada 40 sekolah berbanding 35 sekolah tahun lalu,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena pengumuman keputusan SPM 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, di sini.

Turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Zainuren Mohd Nor dan Ketua Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Hashim Zayat.

Mazlan berkata, prestasi Sekolah Menengah Luar Bandar juga menunjukkan peningkatan malah jurang antara Sekolah Menengah Bandar juga berjaya dikurangkan kepada 0.23 peratus.

“Sebanyak 26 Sekolah Menengah Luar Bandar lulus seratus peratus manakala 11 Sekolah Menengah Luar Bandar lulus seratus peratus.

“Sebanyak tujuh daripada 175 sekolah memperoleh pencapaian cemerlang iaitu Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah 2.25 antaranya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (1.71), Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub (1.77) diikuti Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pekan (1.88).

“Selain itu, prestasi kategori sekolah Felda juga meningkat iaitu SMK Jengka 10, Maran dan SMK Jengka Pusat 2, Maran yang mencatat seratus peratus lulus,” katanya.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .