Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Ulang kaji pelajaran lebih dua jam berbaloi

Ulang kaji pelajaran lebih dua jam berbaloi

Sumber, Utusan malaysia, 24/3/2011.

KLANG 23 Mac – Hasrat dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Bandaraya (SMKSB) di sini untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan dan perubatan terbuka luas apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

P. Kugnethran, 18, dan Tan Khong Woon, 18, masing-masing mendapat keputusan 12A+ dan 10A+ dalam peperiksaan itu yang keputusannya diumumkan serentak di seluruh negara hari ini.

Menurut Kugnethran, sejak awal dia menanam keyakinan mampu menempa kejayaan dalam SPM apabila memperuntukkan masa lebih dua jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran.

“Segala usaha itu berbaloi apabila saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang ini. Saya berhasrat menyambung pengajian dalam bidang perakaunan,” kata anak seorang juruelektrik itu ketika ditemui di sini hari ini.

Khong Woon yang merupakan anak pasangan guru dari Taman Sentosa di sini pula berkata, kejayaan cemerlang itu merupakan hadiah berharga kepada keluarganya selain berharap ia menjadi perangsang untuk meraih kejayaan lebih besar pada masa depan.

Sementara itu, dua pelajar cemerlang Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di sini, Nor Diyana Amalina Nor Khalid, 18, dan Aiman Md. Uslim, 18, masing-masing memperoleh keputusan 11A+ dalam peperiksaan itu.

Mereka berkata, kecemerlangan itu berkat sokongan semua pihak khususnya ibu bapa dan guru-guru yang membimbing mereka selama ini.

Nor Diyana yang berasal dari Muar, Johor memberitahu, meskipun aktif dalam kegiatan kokurikulum, dia sentiasa memperuntukkan masa mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran selain memberi sepenuh tumpuan terhadap semua mata pelajaran.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .