Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Di Sebalik Kesulitan, Pasti Ada Kemudahan

Di Sebalik Kesulitan, Pasti Ada Kemudahan



Orang mudah mengeluh bila ditimpakan ujian dan cabaran ke atas dirinya.

Orang senang merungut bila ditimpakan halangan di atas perjalanannya, ditaburkan duri di atas perjuangannya.

Payah. Susah. Itu semua melemahkan dirinya.

Jangan kata orang, saya sendiri juga biasa merasakan kelemahan-kelemahan itu apabila diletakkan dugaan dan ujian di dalam perjalanan kehidupan saya.

Kadangkala hingga pernah diri ini berkata kepada Allah SWT, “Ya Rabb, apakah Engkau tidak lagi melihat hambaMu ini? Bukankah semua ini di luar kemampuanku?”

Tetapi kadangkala keimanan itulah yang membangkitkan semula pemerhatian adil kepada Allah SWT. Allah mustahil meninggalkan hamba-hambaNya, melainkan hamba-hambaNyalah yang meninggalkan dia.

Jadi pokok pangkalnya, kita perlu bertenang dan melihat semula.

Apakah yang sebenarnya Allah mahu berikan kepada kita dalam kepayahan itu?

Pasti ada hikmahnya.

Dan akhirnya, suatu yang pasti,

Di Sebalik Kesulitan, Pasti Ada Kemudahan. Kerana Allah tidak pernah zalim kepada makhluk-makhlukNya.



Di balik kerikil yang tajam itu, ada nikmat yang Allah beri. Ada rahmat yang Allah limpahkan. InshaAllah, yang pasti, kita sendiri perlu melihat sisi positif setiap sesuatu kesulitan dan kepayahan yang kita tempuhi.

Bersama datangnya musibah Ilahi, datang jua dengannya kasih sayang Allah. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata akan kepahitan dan kesulitan. Hanya bahu yang memikul, jiwa yang merasa dan tubuh yang menanggung yang merasainya.

Namun jika kita sentiasa bersangka baik dengan Allah, inshaAllah, kita tidak melihat kesukaran itu sebagai suatu yang susah lagi menyukarkan.

Kasih sayang Allah itu amat luas...

Nota untuk diri ini yang selalu lupa jua.

Maka kita perhatikan diri kita semula. Cabaran-cabaran yang kita lalui. Ya, benar sukar. Ya, benar pedih. Ya, benar pahit. Tetapi lihatlah semula, apakah cabaran-cabaran itu diturunkan kepada kita sekadar sia-sia? Sekadar Allah nak bagi kita susah? Sekadar Allah nak cari fasal dengan kita? Sekadar Allah nak buat kita berputus asa?
Mustahil!

Allah itu tidak akan melakukan terhadap hamba-hambaNya demikian.

Di dalam kesukaran itu ada kekuatan yang sebenarnya Allah hendak binakan dalam diri kita. Diberikan kesusahan itu kerana Dia tahu kita mampu melaluinya, bila kita ‘push’ diri kita naik setahap lagi dalam hendak melangkaui halangan yang diberikan. Kita memang nampak macam tak mampu, tetapi Allah lebih tahu daripada kita sendiri, bahawa kita sebenarnya mampu.

Dalam ujian itulah adanya ‘upgrade’.

Tetapi tidak ramai kita melihatnya. Maka kita tewas. Kita jatuh.

Kemudian kita salah-salahkan Allah.

Sedangkan yang Allah ingin berikan kepada kita adalah kekuatan. Untuk mempersiapkan diri kita, akan sesuatu yang mungkin lebih besar lagi pada masa akan datang.

Maka di sinilah kita lihat semula kesukaran-kesukaran kita. Muhasabah.

Pasti di dalamnya ada kebaikan. Maka harungilah dengan penuh ketabahan. Bersangka baiklah kepada Allah SWT. InsyaAllah, apabila kita berjaya melaluinya, kita akan melihatnya.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .