Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kenapa cache perlu kosong?

Kenapa cache perlu kosong? 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai pengguna internet, adakah kita perasan akan "History" yang ada pada menu di sesetengah komputer kita? Dunia Cikgu Kaunseling pernah juga diajukan soalan, tentang, "Kenapa cache perlu kosong?" Kebetulan pada hari ini, di ruangan Megabite, Utusan Malaysia ada diajukan persoalan ini. Oleh itu, saya rasa ada baiknya saya olah semula artikel berkenaan sebagai kemudahan bersama.



Kenapa cache perlu kosong?

 Soalan:



Setiap kali selepas keluar atau log out daripada laman web perbankan internet, sering kali ada arahan untuk meminta kita mengosongkan cache. Apa itu cache dan kenapa perlu mengosongkannya?

-Murni , Temerloh

Jawapan:


Apa Itu Cache?

Cache adalah merupakan tempat simpanan sementara untuk menyimpan sesuatu maklumat atau data yang sedang diproses atau digunakan dalam sesebuah komputer.

Ia akan berada dalam bahagian tertentu pada cakera keras sesebuah komputer.

Bagi setiap pelayar web atau browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox dan sebagainya, segala maklumat web yang dilayari akan di simpan sementara dalam cache bagi setiap pelayar web tersebut.

Ini termasuk login dan kata laluan yang kita gunakan untuk memasuki sesebuah laman web seperti perbankan Internet, laman web sosial dan sebagainya.

Disarankan setiap kali sesudah kita memasuki sesebuah laman web terutama yang mempunyai transaksi kewangan, maklumat peribadi atau lain-lain, dikosongkan terlebih dahulu ruangan cache pelayar web bagi komputer yang digunakan.

Ini kerana sesiapa sahaja yang boleh mencapai komputer tersebut dan seterusnya pergi ke ruangan cache akan boleh memperolehi segala maklumat dan data yang terdapat di dalamnya.

 Masalah yang timbu l jika tidak clear kan cache

Sekiranya ia adalah komputer kepunyaan sendiri, bagaimana?

Ya. Ia tiada masalah tetapi bagaimana sekiranya komputer tersebut jatuh ke tangan orang lain atau dipinjam untuk kegunaan orang lain?

Sudah tentu ia berisiko apatah lagi sekiranya komputer tersebut bukan milik kita seperti komputer yang terdapat di makmal-makmal pusat pengajian atau kedai-kedai akses Internet.

Lagi satu masalah adalah sekiranya komputer kita sering menggunakan capaian Internet tanpa wayar seperti Wi-fi dan sebagainya, ia memudahkan komputer tersebut terdedah kepada aktiviti pencerobohan atau penggodaman.

Sudah tentu sekiranya ia dicerobohi, maklumat dan data dalam cache tadi mudah diperolehi.

Bagi keselamatan maklumat dan data, perlu kita menghapuskan data atau maklumat yang terdapat di dalam cache pada pelayar web yang digunakan.

Kaedah untuk menghapuskan data yang terdapat dalam cache

Cara untuk menghilangkan data pada cache ini tidak sama bagi kesemua jenis pelayar web. 

Di sini, hanya panduan untuk menghilangkan data cache yang ada pada pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox sahaja.

Bagi Internet Explorer, ruangan cache ini dikenali sebagai Temporary Internet Files. Sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

*Klik 'Tools'
*Pilih 'Internet Options'
*Klik 'General'
*Pada ruangan 'Browsing History', klik 'Delete'
*Pilih 'Temporary Internet Files' dan klik 'Delete'
*Klik 'OK'
*Klik 'OK' sekali lagi untuk menutup Internet Options.

Bagi Mozilla Firefox sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-
*Klik 'Tools'
*Pilih 'Options'
*Pilih 'Advanced' dan klik 'Network'
*Pada ruangan Offline Storage , klik Clear Now.
*Klik 'OK'

Bagi pelayar web Mozilla Firefox, ia boleh dikonfigur secara automatik dengan mengosongkan ruangan cache apabila program Mozilla ditutup. Iaitu dengan cara seperti yang berikut:-

*Klik 'Tools'
*Pilih 'Options' , pilih 'Privacy'
*Pada ruangan 'History', setkan bahagian 'Firefox will:' kepada Use custom settings for history.
*Klik kotak semakan untuk Clear history when Firefox closes.
*Klik pada Settings, akan dipapar satu tetingkap Settings for Clearing History.
*Klik pada kotak semakan untuk ruangan 'Cache'.
*Klik 'OK' dan klik sekali lagi 'OK'

Itulah maklumat dan panduan berkenaan dengan cache yang ada dalam pelayar web yang digunakan.

1 Comentarios