Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM

SELEPAS SPM: SYARAT  KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. dunia Cikgu Kaunseling sering mendapat pertanyaan tentang syarat kelayakan untuk ke Tingkatan 6. Soalan diajukan oleh lepasan SMKJP2, termasuk oleh penjaga dan ibubapa mereka samada melalui telefon dan email.

Di sini Dunia Cikgu Kaunseling muatnaik syarat kelayakan masuk ke Tingkatan 6 Bawah tahun 2010 di Sekolah Menengah Harian sebagaimana yang pernah tersiar di website KPM tahun lalu. Mungkin syarat ini masih boleh dijadikan panduan asas jika pelajar berminat melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010
DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2010 hendaklah memenuhi tiga-tiga syarat berikut:

1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.

2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Bahasa Melayu

II Bahasa Inggeris

III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IV Sejarah

V Geografi / Pendidikan Seni Visual

VI Pendidikan Islam / Pendidikan Moral VII Matematik / Matematik Tambahan VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science

IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

X Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tami

XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

ATAU

(B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN


I Matematik / Matematik Tambahan

II Fizik

III Kimia

IV Biologi

V Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Amp; Elektronik / Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.

3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010

sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .