Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/01/03

Cara Pengiraan Merit ke IPTA Selepas SPM

Cara Pengiraan Merit ke IPTA Selepas SPM




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat kembali ke sekolah kepada semua para pelajar di Malaysia dan rakan-rakan profesion perguruan seluruh Malaysia.
Para pelajar dinasihatkan supaya sentiasa membaca akhbar atau melayari internet bagi mendapatkan maklumat tentang peluang-peluang pengajian dan penajaan daripada mana-mana universiti/agensi/syarikat korporat sepanjang tempoh antara bulan Mac hingga Mei sepanjang tahun.


Sebarang keputusan pilihan pengajian dan penajaan hendaklah berlandaskan kepada keputusan kelayakan akademik dan kecederungan minat serta cita-cita kerjaya yang ingin diceburi.

Dapatkan juga maklumat lanjut melalui pameran pendidikan yang ada sekitar bulan Januari hingga April sepanjang tahun. Misalnya Karnival Jom Masuk U, Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP, klik di sini. MARA di sini, Akademi Binaan Malaysia melatih tenaga mahir, di sini

DASAR PENGAMBILAN KE IPTA LEPASAN SPM
MENGIKUT PENGGREDAN BARU SPM
SELARAS DENGAN KAEDAH PENGIRAAN MERITOKRASI


Dimaklumkan bahawa kaedah pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA Lepasan SPM berdasarkan prinsip MERITOKRASI dengan mengguna pakai 90 % markah akademik dan 10 % markah kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan baru SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT

a. Dasar pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik
(90%) dan Markah Kokurikulum (10%).


b. Markah Akademik (90%) : Berdasarkan lapan (8) mata pelajaran sahaja, iaitu lima (5) mata pelajaran utama dan tiga (3) mata pelajaran terbaik.

c. Markah Kokurikulum (10%) : Berdasarkan pemarkahan yang diselaraskan oleh  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  (KPM)  dengan  penglibatan  aktiviti dalam empat (4) komponen iaitu Sukan  & Permainan, Kelab & Persatuan, Pasukan Beruniform dan Program Latihan Khidmat Negara  (PLKN) yang diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

DASAR PENENTUAN ALIRAN

a. Permohonan dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu :
Aliran Sains
Aliran Sastera

Oleh itu, dasar pengambilan ini merangkumi penentuan aliran dan penggiraan merit bagi kemasukan ke IPTA. 
Bagi Aliran Sains, keutamaan subjek adalah seperti di bawah ini :

LIMA MATA PELAJARAN UTAMA ALIRAN SAINS
MATEMATIK, MATEMATIK TAMBAHAN, FIZIK, KIMIA
DAN BIOLOGI ATAU SALAH SATU MATA PELAJARAN BERIKUT :
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Mekanikal/ Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Pengetahuan Sains Sukan.




Kaedah penentuan aliran bagi semua calon iaitu dengan mengguna pakai
4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :



ALIRAN SAINS

ALIRAN SASTERA
Matematik
Bahasa Malaysia
Matematik Tambahan
Matematik
Fizik
Sains
Kimia
Sejarah
Biologi atau mata pelajaran berikut :
Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi  Rumah Tangga / Teknologi  Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sains Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan
Pengajian Islam / Pendidikan Al- Quran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral




PENYEDIAAN DAN PENGIRAAN MERIT


a. Selaras dengan sistem penggredan baru SPM oleh KPM, kaedah pengiraan merit adalah  berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut :


Gred SPM berdasarkan penggiraan merit adalah seperti berikut :

GRED SPM TERBARU
NILAI MARKAH BAGI PENGIRAAN MERIT
A+
18
A
16
A-
14
B+
12
B
10
C+
8
C
6
D
4
E
2
G
0



b. Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :

i.        90 markah bagi 5 mata pelajaran utama ; dan
ii.       30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain

Pengiraan Merit Bagi Aliran Sains

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :



i. 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-

a.  Matematik
b. Matematik Tambahan
c. Fizik
d.  Kimia
e. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:

Pengajian Kejuruteraan Awam 
  Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal  
 Reka Cipta  
 Lukisan Kejuruteraan
Ekonomi Rumah Tangga
Sains Pertanian
Pengajian Agro Teknologi  
Teknologi Kejuruteraan  
 Teknologi Maklumat
Prinsip Akaun
Perdaganga
Ekonomi Asas  
 Pengetahuan Sains Sukan

Dan

ii. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil
 
 Contoh pengiraan merit (Aliran Sains) secara rajah bagi pelajar yang mengambil Sembilan mata pelajaran adalah seperti berikut :

BIL
MATA PELAJARAN
GRED
1
Matematik
A+
2
Matematik Tambahan
A
3
Fizik
A-
4
Kimia
A
5
Biologi
A-
6
Bahasa Melayu
A+
7
Bahasa Inggeris
A+
8
Pendidikan Islam
A+
9
Sejarah
A+



Pengiraan Markah Akademik 5 mata pelajaran Utama :

BIL
MATA PELAJARAN
GRED
NILAI (MARKAH)
1
Matematik
A+
18
2
Matematik Tambahan
A
16
3
Fizik
A-
14
4
Kimia
A
16
5
Biologi
A-
14
JUMLAH
78


Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM yang lain :

BIL
MATA PELAJARAN
GRED
NILAI (MARKAH)
1
Bahasa Melayu
A+
18
2
Bahasa Inggeris
A+
18
3
Pendidikan Islam
A+
18
JUMLAH
54

PENGIRAAN MERIT SPM ALIRAN SASTERA:



Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut :
i.         90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :- a.       Bahasa Melayu
b.    Matematik
c.    Sains
d.    Sejarah
a.    Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan
Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;

Dan

ii. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.







Cara Mengira Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar :

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran
Utama Aliran                           Terbaik

Markah MP Utama Aliran        = 78 x 90 = 78
       90
Markah MP Terbaik     = 54 x 30 = 30
                  54
Jumlah
Markah Akademik                   = Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik x 90
                 120
= (78 + 30) x 90
                                                                   120
= 81

 
Markah Merit Calon ialah Markah Akademik + Markah Kokurikulum

Jika Calon Mendapat :
i.
Markah Akademik

=
81
ii.
Markah Kokurikulum

=
      8

Jumlah Markah Merit
=
Markah Akademik + Markah Kokurikulum

=
81 + 8

=
89
Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90 %) dan Markah Kokurikulum (10 %).

CONTOH PENGIRAAN MERIT ALIRAN SASTERA


i.  Calon Aliran Sastera Mengambil 9 Mata Pelajaran


Bil.
Mata Pelajaran
Gred
1.
Bahasa Melayu
A+
2.
Bahasa Inggeris
A+
3.
Pengetahuan Moral
B+
4.
Sejarah
C+
5.
Matematik
B
6.
Sains
B
7.
Perdagangan
C+
8.
Ekonomi Asas
C
9.
Ekonomi Rumah Tangga
A


ii. Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran Utama (Aliran Sastera)



Bil.

Mata Pelajaran

Gred

Nilai (Markah)
1.
Bahasa Melayu
A+
18
2.
Matematik
B
10
3.
Sains
B
10
4.
Sejarah
C+
8
5.
Pengetahuan Moral
B+
12
JUMLAH
58



iii. Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM Lain
Yang Diambil (Aliran Sastera)


Bil.
Mata Pelajaran
Gred
Nilai (Markah)
1.
Bahasa Inggeris
A+
18
2.
Ekonomi Rumah Tangga
A
16
3.
Perdagangan
C+
8
JUMLAH
42


 
4.     PENYEDIAAN SUSUNAN MERIT

Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%)
dan Markah Kokurikulum (10%).



Jika masih ‘tie’ jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
Jika masih ‘tie’ jumlah markah akademik diambil kira ;
Jika masih ‘tie’ jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
Jika masih ‘tie’ jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ;

Justeru itu, para pelajar perlu memperolehi keputusan SPM yang TERBAIK dan Cemerlang jika mahu mendapat tempat dalam pengajian di IPTA.




Sumber : Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi





87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014







Share:

3 comments:

Kakzakie said...

Kakak nak tahu kemasukan IPT utk aliran agama kalau ada masa boleh buat N3 dan do inform kakak. Thanks:)

Anonymous said...

amat membantu. terima kasih. :)

Veronica misau said...

Saya pelajar spm tahun 2012 ingin memohon pekejaan sebagai jururawt.Saya hanya ada 3 kredit dalam spm.Layakkah memohon jururawat walaupun matematik saya gagal.

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL