Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/01/23

Cara Rayuan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Cara Rayuan Ke Sekolah Menengah Teknik
 dan Kolej Vokasional 2013







Assalamualaikum dan selamat sejahtera. (Entry ini telah dipubish pada 12/1/2013 dan akan menjadi sticky psot sehingga 23/1/2013) 

Apa khabar semua? Ramai pelajar Tingkatan 4R SMKLH  datang berjumpa saya bertanyakan tentang Permohonan Ke Sekolah Vokasional.  Sebagaimana yang telah diketahui sebelum ini, permohonan telah ditutup pada 30.12.2012. Boleh rujuk entry sebelum ini, Permohonan ke Sekolah Menengah Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013 di sini.

Kepada pelajar SMK Jengka 2 yang telah menghadiri Aktiviti Program Selepas PMR, Anjuran Unit Bimbingan Kaqunseling SMK Jengka 2,  Taklimat Kemasukan Ke Kolej Vokasional Chenor, Maran telah pun diadakan pada Oktober 2012 lalu. 

Begitu juga bekas pelajar saya di SMK Jengka Pusat 2(KLIK DI SINI), yang saya temui sewaktu cuti sekolah tempoh hari, yang mencapai keputusan PMR sangat sederhana dan telah pun memohon Sekolah Vokasional dan Kolej Vokasional KPM. 

Terima kasih kerana anak-anak pelajar masih mengikuti perkembangan blog CIKGUKAUNSELING.COM ini seperti dahulu. Terima kasih atas sokongan anak-anak pelajar dan sahabat-sahabat guru di SMKJP2.

Para pelajar yang berminat aliran Vokasional termasuk Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah memohon secara online di website Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini anak-anak pelajar boleh buat semakan. Bagi yang memohon bersama dengan saya tempoh hari, tahniah ya  telah berjaya dalam permohonan anda. Gunakan peluang dan ruang yang ada untuk mengasah ilmu kemahiran yang ada sebagai bekalan masa hadapan anda.
Pemilihan bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Vokasional, Sekolah Menengah Teknik  dan Kolej Vokasional adalah di bawah keputusan Jawatan kuasa Pemilihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan tersebut adalah muktamad. 

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal, janganlah gundah.

Calon yang gagal tetap diberi peluang membuat rayuan, bergantung kepada kekosongan.
Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan. Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Kolej  Vokasional yang berkenaan. 


Sila klik Senarai Sekolah Menengah teknik dan Vokasional di Malaysia di sini

Kaedah membuat rayuan ke SMK Teknik, SM Vokasional dan Kolej Vokasional adalah mudah, tidak sesukar seperti rayuan ke SBP dan MRSM. 

Ok, para pelajar khususnya para pelajar Tingkatan 4R SMK Lepar Hilir yang berminat sila ikut langkah-langkah berikut.










1. Fotostat Kad Pengenalan (IC) dan slip keputusan PMR - di mana-mana kedai. Jika pelajar SMK Lepar Hilir, Anda boleh photostat di Koperasi SMK Lepar Hilir waktu rehat.


2. Dapatkan pengesahan salinan tersebut dari pejabat sekolah anda.
3. Dapatkan nombor telefon SM Teknik, SM Vokasional dan Kolej Vokasional yang berhampiran/yang diminati. Telefon.
    • Senarai alamat semua SMK Teknik/no. telefon boleh didapati di laman ini.   
    • Gunakan masa telefon secara optimum, sebaik mungkin. Beri salam, perkenalkan diri.
    •  Tanya terus: bagaimana membuat rayuan? - apakah dokumen diperlukan?  - adakah perlu buat surat rayuan rasmi? - jika perlu buat surat rasmi, kepada siapakah surat itu ditujukan? etcs. Jika selesai, ucap terima kasih & salam.
    • Jika kes calon yang telah berjaya dalam tawaran ambilan pertama dan ingin membuat pertanyaan tentang pertukaran sekolah/bidang/kursus dan sebagainya - telefonlah kedua-dua sekolah. Pertanyaan terus dari sumber asalnya tentu lebih sahih - khususnya berkaitan kekosongan tempat.
4. Surat/Borang Rayuan Rasmi.

Jika pihak sekolah itu memaklumkan bahawa perlu buat surat rayuan rasmi, maka tulislah sepucuk surat. Pastikan kepada siapa surat itu dialamatkan telah diketahui semasa membuat pertanyaan telefon tadi. Jika tak tahu format, rujuk guru Bahasa Melayu di sekolah. 
 Bagaimanapun, sesetengah SMK Teknik telahpun menyediakan borang khas untuk rayuan. Jika sistem borang ini digunakan oleh sekolah yang anda ingin buat rayuan, terus ke nombor 5.


Dapatkan borang rayuan dan hantar semula ke Kolej Vokasional berkaitan -pastikan syarat dipenuhi.

Sila muat turun dan klik di BORANG RAYUAN di sini

 
CONTOH FORMAT SURAT RAYUAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, SEKOLAH VOKASIONAL DAN KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, SILA MUAT TURUN DI SINI. PASTIKAN KOMPUTER ANDA ADA FORMAT PDF 

5. Pergi ke sekolah berkenaan - serahkan dokumen
 Jika sekolah itu menyediakan borang rayuan, lengkapkan borang itu di sana dan lampirkan bersama salinan 2 dokumen (IC & slip PMR). Jika sekolah itu mahu anda menulis surat rayuan sendiri, bawa surat berkenaan dan serahkan surat rayuan itu bersama lampiran 2 dokumen tadi.

* Nota: 
- serahan tangan lebih baik dari serahan pos.
- urusan pejabat sekolah - biasanya 8.00am - 1.00pm; 2.00pm - 5.00pm.

Semoga membantu. Selamat Maju Jaya.
Terima kasih kepada bloggers http://azmanlin.blogspot.com/ atas perkongsian informasi ini.



PERHATIAN:

 KLIK : MAKLUMAT KEMASUKAN KE K.VOKASIONAL  TAHUN 2013

KLIK :  SYARAT-SYARAT  


KLIK : KURSUS -KURSUS KV (4 TAHUN - DIPLOMA KV - KPM)


KLIK : KURSUS KEMAHIRAN ( 2 TAHUN - SIJIL SKM - JPK)


KLIK : SENARAI NAMA KOLEJ DAN KURSUS YG DITAWARKAN

 
KLIK : KURIKULUM AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL


KLIK : KURIKULUM VOKASIONAL KV


KLIK : Pelaksanaan Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Tahun 2013



Maklumat di atas hanya sebagai panduan sahaja. Sekiranya terdapat kekeliruan anda boleh terus menghubungi SMT/V berhampiran. Semoga berjaya.

Untuk maklumat Senarai Kursus Sekolah Vokasional dan Kolej Vokasional, sila muat turun di sini.


Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik / Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.



Share:

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. Saya mendapat 4A5B dalam PMR. Adakah saya layak untuk membuat rayuan? Harap cikgu boleh menjawab soalan saya. Terima kasih.

Cikgu Kaunseling Ma said...

waalaikumussalam,anda memohon sekolah menengah teknik kah? rayuan diterima cuma dapat atau tidak anda diterima masuk ke Sekolah menengah teknik, bergantung kepada kekosongan tempat. terima kasih

Anonymous said...

salam ,tahun nipermohonan rayuan ke SMT Alor Setar cmne erk?mhon dbritahu

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu . . nk tnyer sikit . . boleh tak kalau nk mohon smt walaupown tarikh permohonan da tamat ? . . . mcm mna ye cara nyerr . . sye nk sngad masuk smt ny . . kputusan pmr2013 sye 7A 1B . . . pless help . . .

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu.
Maksud cikgu -langkahke2- dapatkan pengesahan salinan tu macam mana.
Sya tk berapa faham .
Dan.
Bila tarikh akhir membuat rayuan.
tolong cikgu jelaskan.

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL