Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/01/30

Penubuhan IPTS baru status universiti dibekukan

Penubuhan IPTS baru status universiti dibekukan

Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pembekuan ke atas penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) baru berstatus universiti.


Moratorium yang turut membabitkan kolej universiti dan kolej itu akan dilaksanakan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Februari ini.


Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada permohonan IPTS yang sedang diproses, IPTS sedia ada yang mohon dinaiktaraf, kampus cawangan luar negara yang mempunyai ranking terbaik dunia dan dibina dalam hab pendidikan.






SUMBER; HARIAN METRO



Kerajaan beku penubuhan universiti, kolej universiti, kolej IPTS selama 2 tahun


PUTRAJAYA - Kerajaan akan membekukan atau mengadakan moratorium ke atas penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) baharu yang berstatus universiti, kolej universiti, dan kolej bagi tempoh dua tahun mulai 1 Februari ini.

Bagaimanapun, menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pengecualian diberi kepada permohonan IPTS yang sedang diproses, yang telah memohon dinaik taraf, kampus cawangan luar negara yang mempunyai ranking terbaik dunia dan dibina dalam hab pendidikan.

"Selaras dengan perkembangan sektor pendidikan yang dinamik khususnya pengajian tinggi swasta hari ini, kementerian perlu lebih terbuka dalam menyemak semula semua peraturan dan garis panduan semasa supaya bersifat lebih menyeluruh.

"Perkara ini bagi menyokong pelaksanaan dasar liberalisasi pengajian tinggi yang bakal menjadikan sektor pengajian tinggi di Malaysia lebih berdaya saing dan setanding dengan negara maju," katanya ketika berucap sempena majlis Amanat Tahun Baharu 2013 kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled berkata, inisiatif semakan semula terhadap peraturan-peraturan dan garis panduan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 akan dilaksanakan dengan penubuhan sebuah jawatankuasa dipengerusikan Naib Canselor Universiti Taylor.

Jawatankuasa itu akan mula menjalankan tugas Februari ini dan dijangka inisiatif semakan semula dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Mohamed Khaled berkata, sehingga 30 November tahun lalu, terdapat 37 buah universiti swasta, 20 kolej universiti swasta, tujuh kampus cawangan universiti luar negara dan 414 kolej swasta di negara ini.

"Kementerian berpandangan jumlah IPT di negara telah mencukupi untuk menampung permintaan pengajian tinggi sama ada dari dalam dan luar negara.

Walaupun permohonan ke IPT masih tinggi, terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa IPT mengeluarkan graduan melebihi kehendak pasaran.

"Oleh itu, bilangan IPTS yang ditubuhkan ketika ini wajar dikawal untuk memberi fokus kepada usaha memantapkan kualiti dan kelestarian IPT," katanya.

Menurut Mohamed Khaled, kementerian itu akan memperkenalkan semakan kelestarian terhadap 10 IPTS setiap tahun, berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung perkhidmatan dan prestasi IPTS tersebut atau dibuat secara rambang.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengenal pasti IPTS yang mempunyai risiko dan seterusnya mengambil tindakan penambahbaikan.

Mohamed Khaled berkata, bagi memantapkan lagi sistem pengajian tinggi negara, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dilancarkan pada 2007 juga akan dikaji semula.

"Kajian PSPTN ini akan bermula bulan ini dan dijangka selesai September akan datang dan hasil kajian boleh dilaksanakan mulai tahun 2014," katanya.

Beliau menyarankan penubuhan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTCs) di setiap universiti berasaskan jurusan masing-masing dengan menggerakkan sumber intelektual dan infrastruktur fizikal universiti untuk mentransformasikan komuniti.

Katanya, bagi menggalakkan penggabungan harta intelek dari semua IPT menghasilkan produk baharu atau produk nilai tambah, kementerian sedang menimbang menyediakan platform berpusat dengan membentuk bank harta intelek IPT yang dinamakan 'Idea Interchange and Connection Bank'.

Sementara itu, bagi memperkukuhkan lagi sumbangan universiti penyelidikan, beliau menyarankan agar universiti-universiti tersebut membentuk jaringan kerjasama iaitu Jaringan Universiti Penyelidikan Malaysia (MRUN) yang akan dipengerusikan secara bergilir-gilir.

Mohamed Khaled berkata, selain itu, RM80 juta diperuntukkan untuk memperkenal program Makmal Pengurusan Berpusat (CLM) bagi meningkatkan kerjasama penyelidikan bersama pihak industri.

"Program ini bertujuan memastikan perkongsian teknologi antara makmal penyelidikan IPT bersama industri ke arah memajukan jurusan strategik yang dikenal pasti seperti Nanoteknologi, Bioteknologi dan Automatif, sekali gus membantu kemajuan industri negara, khususnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS)," katanya.

Bagi meningkatkan lagi kecemerlangan penyelidikan di IPT, satu sistem pengurusan geran-geran penyelidikan secara online turut dilancarkan hari ini lengkap dengan ciri-ciri laman sosial dan akses kepada bahan-bahan penyelidikan melalui Portal Penyelidikan MyGRANTs yang akan membantu memudahkan kerja penyelidikan.  - Bernama

SUMBER; SINAR HARIAN, 29/1/2013

Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL