Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja Sesi 2014

Permohonan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja Sesi 2014




Sukacita di maklumkan tawaran kemasukan ini telah dibuka khas untuk para pelajar lelaki Tingkatan 3 pada tahun 2013. Tawaran tersebut dibuka bermula Julai sekarang ini. Bagi pelajar Tingkatan 3 di SMK Lepar Hilir, anda akan menduduki peperiksaan Percubaan PMR Pada 29 Julai 2013 hingga 2 Ogos 2013.

(Artikel ini dimuatnaik pada 8 Julai 2013 dan akan menjadi entry utama sehingga 31 Ogos 2013 bagi memudahkan pelajar saya membuat rujukan)

Untuk Borang dan syarat kemasukan mahupun pemilihan sila muat turut bahan berkaitan dengan klik pada pautan di bawah:



http://www.rmc.edu.my/PEMILIHAN_PUTERA/BORANG%20PERMOHONAN%20MTD%20TAHUN%202013.pdf

Permohonan ini dibuka kepada semua pelajar lelaki Tingkatan 3 pada tahun 2013.  Permohonan ini dibuka sehingga 30 September 2013.  Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh ajukan kepada :
Lt. Kol Mohamad Noor Bin Hassan - 03-90867470
Sila dapatkan Iklan dan Borang Permohonan dibawah :


Iklan Kemasukan Ke MTD
Borang Permohonan Ke MTD

Syarat Kemasukan MTD

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2013.
  • Warganegara Malaysia
  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggerís, Matematik dan Sains) 2B , dan berpotensi cemerlang dalam peperiksaan sebenar PMR 2013 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.

Temuduga MTD

  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam Temuduga MTD akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2014 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Ujian Khas MTD (UKMTD)

Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:
  • Ujian Fizikal – Wajib lulus pemeriksaan kesihatan dahulu
  • Ujian Akademik = 50%
    • Keputusan Percubaan PMR – 40 markah
    • Ujian IQ – 40 markah
  • Ujian Fizikal = 30%
    • Ujian Fizikal – 30 markah
    • Penilaian Sukan – 10 markah
    • Penilaian Kepimpinan – 10 markah
  • Temuduga = 20%
    • Personaliti – 10 markah
    • Komunikasi 10 markah
    • Pengetahuan – 10 markah

Permohonan



Dalam perkembangan lain,permohonan yang lewat dihantar tidak akan diproses. Sebarang pertanyaan mengenai Permohonan ini sila hubungi 03-90867471 / 90867470


Bagi maklumat lain dan kemaskini yang terkini sila layari laman rasmi di url http://www.rmc.edu.my


6 Comments:

Unknown said...

assalammualikum , saye nk tanyerr ... klau wktu percubaan mndapt result yg teruk , tapiu PMR cemerlang . . boleh daftar masuk x ??

Puan Ummi said...

waalaikumussalam, yang penting mohon dulu skrg. inshaAllaha da rezki, adik boleh masuk.

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

assalamualaikum cikgu,maaf lama tidak berhubung. no fon lama saya dah tak pakai. Fon hilang kena curi dulu. sekarang ni guna no fon yang terpapar di blog. jika mahu buat apa-apa sharing dengan murid2, bagtau la.

moga cikgu sabar dan tabah selalu

Anonymous said...

Assalamualaikum, Sekiranya tidak mengisi online SBP boleh tak memohon apabila keputusan PMR keluar? terima kasih

Anonymous said...

Klo lepas spm dpt x masok MTD?

Anonymous said...

Kalo lepasan spm boleh x masuk MTD,?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .