Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Biasiswa Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4 2016 Yayasan Pahang

Biasiswa Sekolah Menengah 
Tingkatan 1 dan 4 2016 Yayasan Pahang






Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)

Biasiswa ini diberikan kepada pelajar anak Pahang yang belajar di tingkatan 1 dan  tingkatan 4 yang bersekolah di Negeri Pahang.

Sejak tahun 1983 sehingga sekarang, sejumlah RM214.15 juta telah dikeluarkan oleh  Yayasan Pahang  bagi tujuan ini.


Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang akademik dan kokurikulum.



Kelayakan memohon
Pemohon dalam kategori berikut adalah layak memohon;
  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
    1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau
    2. Jika Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang MESTI mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang.
    3. Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
  3. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kurang Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan rakyat Termiskin (PPRT) DIBERI KEUTAMAAN. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan ko-kurikulum.
  4. Pemohon sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Rakyat dalam Negeri Pahang Darul Makmur. (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang) selain dari MRSM.

Maklumat lanjut sila hubungi Yayasan Pahang
dan layari website:

http://www.yp.org.my/

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .