Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Cinta Remaja: Menangani Perpisahan

Cinta Remaja Dalam Menangani Perpisahan

 




Assalamu'alaikum w.b.t  & Selamat Sejahtera kepada pelayar teratak myraudhatulukhuwah ini.

Apa khabar kawan-kawan myraudhatulukhuwah? Semoga hari yang ceria ini memberi cahaya baru untuk kehidupan kita,insyaAllah.

Entry-entry myraudhatulukhuwah sebelum ini yang mungkin hendak ditinjau:

Bunuh diri dan gangguan mental, klik sini.

Apabila di persimpangan dilema, klik sini.

Always Be There, klik sini.

La Tahzan, Jangan Sedih, klik sini.

Oklah, mari kita ikuti Cinta Remaja: Menangani Perpisahan.

Semoga perkongsian ini, mendapat manfaatnya. Sekian, terima kasih.

Cinta Remaja: Menangani Perpisahan


Cinta memang manis dan indah bila diakhiri dengan ikatan yang sah. Bagaimana pula dengan  cinta yg. putus di tengah jalan? Tentu perit untuk menghadapinya.

Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar untuk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yang kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu.

Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar orang bersedia untuk berpisah kasih dengan cara yang baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan.

Sering kita dengar suara yang penuh dengan kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini orang itulah yg didewa-dewakan. Dan jika kita lah yang ditakdirkan menjadi pendengar kepada kekecewaan insan lain, dengarlah luahan hatinya.

Menjadi pendengar kepada kekecewaanya itu moga-moga dapat melegakan kesempitan rasa yang sedang dilalui oleh insan itu. Ya itulah harapan myraudhatulukhuwah. Mungkin sesering mungkin hanya topik cinta yang sering berlegar di hadapan myraudhatulukhuwah, myraudhatulukhuwah. yang penting, insan yang sedang dilanda kekecewaan itu dpaat dibantu, dipulihkan paradigmanya dan mind set nya.

Kepada jiwa yang sedang kecewa;

Janganlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan.

Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, banyak lagi kegembiraan yang boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.
Kata orang, "Jangan dikesali perpisahan kerana pada setiap pertemuan, pastinya akan berkahir dengan perpisahan." Sepatutnya kesalilah pada pertemuan kerana tanpanya tidak mungkin kita menerima peritnya erti berpisah.





Di dalam mengharungi kehidupan dalam usia remaja, berkemungkinan kita akan mengalami suatu kehilangan.

Di peringkat usia remaja, kehilangan merupakan suatu lumrah kerana golongan remajalah yang paling banyak bergaul. Ia adalah asam garam kehdiupan. Di usia remaja, kehilangan suatu yang amat kita sayangi.

Kehilangan dalam bentuk material atau kebendaan jarang terjadi kerana remaja masih belum mampu menyara hidupnya sendiri.

Tetapi, bagaimanakah rasanya suatu kehilangan?

Perasaan yang turut hadir ialah rasa tidak bermaya, takut, jiwa kosong, putus asa, bersikap pesimis, marah, rasa bersalah dan kurang selesa. remaja yang bersikap romantis akan kehilangan kekasih, sahabat karib atau ahli keluarga yang setia dan berbudi melalui perpisahan.

Andainya seseorang remaja itu seorang yang masih bergelar seorang pelajar, dia mungkin akan menghadapi masalah dan gangguan dalam pelajarannya.

Gejala-gejala seperti kurang daya penumpuan (concentration), kurang motivasi dan kekuatan akan hadir. Gangguan yang biasa dialami pula ialah gangguan kecelaruan fikiran.

Gangguan ini biasanya melahirkan ciri-ciri seperti:

* Sikap kurang yakin pada diri sendiri.
* Mudah tergugat dan cepat putus asa.
* Tidak ingin mencuba.
* Hilang inisiatif.
* Berasa tidak diperlukan lagi.
* Gangguan prestasi harian.


Namun begitu, perasaan sedemikian adalah proses semulajadi yang perlu dilalui dan tidak mungkin dapat dielakkan.

Kebiasaannya individu yang mengalami perpisahan ini akan mengalami tiga peringkat:

1. Pada tahap ini, seseorang remaja itu akan menerima kejutan, terperanjat dan ingin menafikan hakikat itu.

Situasi ini biasanya apabila kekasihnya memutuskan ikatan kasih, ini mungkin merupakan satu kehilangan yang pahit. Jika seorang sahabat yang setia terpisah disebabkan kematian, ianya sesuatu yang tragis.

Terdapat juga sesetengah remaja yang kematian ibu atau ayahnya, mengalami kesedihan yang mendalam.

2. Peringkat kemarahan atau kesugulan.

Situasi ini mungkin remaja itu marah kerana orang yang remaja sayangi itu tidak ada lagi di sisi.  Remaja  menganggapnya ia suatu yang tidak adil. Seterusnya mereka ini akan berasa sepi. Air mata menjadi teman setia dan asyik teringat detik-detik bahagia.

3. Pemahaman dan penerimaan.

Akhirnya remaja mulai merima hakikat bahawa perkara yang lepas itu tidak akan kembali lagi. Biar wujud keadaan ini, bisanya mereka dapat menjalani kehidupan yang baru dibina dari sisi kekecewaan tadi. Walaupun ingatan dan kenangan masih lagi terbayang tetapi kita sudah kembali tabah untuk menghadapinya.

Belajarlah menerima kenyataan bahawa si dia sudah tiada lagi. jika bukan kamu menjadi pilihannya, akur sahaja pada kenyataan.


Alami kesakitan dan keperitan tersebut kerana ia fenomena lazim selepas perpisahan. Ianya adalah salah satu fasa dalam proses perkenalan. Kebiasaannya selepas berlaku perpisahan kita dapati diri kita akan terumbang ambing, dan rasa serba tidak kena, tidak keruan kata orang.


Pada mulanya memanglah terasa sayu lebih lebih lagi apabila berpisah dengan orang tersayang. Kemudian secara beransur-ansur perasaan tersebut akan berkurangan.

Namun kadangkala perasaan itu akan memburu lagi dan rindu pun mulalah menghempas jiwa. Dengan kata lain kita mustahil dapat lupakan suatu prpisahan secara keseluruhan dan drastik. Ketika menghadapi keadaan begini, kamu perlu ingatkan diri bahawa hidup ini mempunyai saat tawa dan tangisnya.

Setiap pengalaman pahit biasanya akan menjanjikan pengalaman manis yang bakal mendatang. Perkara yang lepas yang bergelora akan diganti dengan masa depan yang tenang dan lebih bermakna.

Selepas suatu pengalaman pahit, rehatkan minda dan fizikal kamu. Jika kamu kehilangan kekasih, jangan terlalu terburu-buru mencari penggantinya.

Ada sesentengah remaja yang memperolehi teman baru sebaik saja berpisah dengan si dia. Matlamatnya hanya satu, sekadar untuk memenuhi kekosongan hati atau untuk membalas dendam. Ia dilakukan untuk memuaskan hati sendiri.

Sedangkan dia sendiri masih belum bersedia untuk membuat komitmen baru. Ada pula sesetengah yang tiba-tiba saja menyendiri kerana akibat kecewa.

Jangan begitu.

Sebenarnya ketika ini kamu perlukan teman yang mampu berkongsi kedukaan dan mengembirakan hati kamu.

Beranikan diri untuk meluahkan perasaan dan masalah kamu kepada mereka yang boleh dipercayai. Ketika ini terlalu mudah untuk diri terjebak di dalam kancah negatif memandangkan di saat ini ketahanan diri amat rapuh sekali.

Jika remaja berkenaan masih dibangku persekolahan, temuilah guru-guru yang anda percayai seperti Guru Tingkatan anda, atau Guru Bimbingan dan kaunseling anda. Jadikanlah guru anda sebagai sahabat anda, bukan menjadikan guru sebagai musuh anda.

Dan adalah lebih baik, jika anda turut menjadikan ibu dan ayah sebagai sahabat dan pendengar setia anda.

Para ahli n psikologi pernah menasihatkan remaja yang menghadapi tekanan perasaan untuk melepaskan perasaan itu kepada benda lain seperti bantal atau apa saja.

Sekurang-kurangnya apa yang terbuku di hati itu mampu dilempiaskan. Akhir sekali, cuba bersikap terbuka dan memaafkan individu itu untuk melegakan kemarahan yang meledak itu.

Sebagai seorang Islam, seharusnya kita kembali kepada Rukun Iman, iaitu percaya kepada Qada' dan qadar Allah. Usah kau tangisi, ia bukan milikmu, klik sini.

TIP MENGHADAPI KEKECEWAAN

Sedikit perkongsian dan cadangan oleh myraudhatulukhuwah yang mungkin boleh dilakukan oleh insan yang baru mengalami kekecewaan dalam percintaan atau yang sedang melalui fasa perpisahan dengan insan yang disayangi:

1) Terima kenyataan.

Sebagai manusia kita pasti bertemu dan berpisah. Kita rasa sungguh bahagia dengan pertemuan. Tetapi apabila menghadapi perpisahan, kita rasa sungguh sedih. Apabila berpisah dengan kekasih kita, sebaik-baiknya kita menerima kenyataan bahawa kita sudah tidak ada jodoh dengannya. Mungkin kita susah menerima kenyataan bahawa kita sudah berpisah, tetapi kita perlu menerima hakikat ini dengan tabah.

Sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita mengimanai Rukun Iman, Percaya kepada qda' dan qadar Allah SWT. InshaAllah setiap musibahNya, pasti ada hikmahnya.

2) Harapan menggunung tinggi.

Biasanya insan yang ditinggalkan meletakkan harapan yang tinggi supaya si dia kembali. Harapan sebegini membuatkan langkah pertama susah dilaksanakan. Kita juga rasa lebih terkongkong dgn masa silam.  Lepaskanlah diri anda daripada belenggu masa silam anda. Jadi, lebih baik kita menerima hakikat yang dia tidak akan kembali. Buang memori lalu.

3) Fikirkan bahawa dia sudah menjadi milik orang lain.

Kita mungkin terserempak dengan si dia bersama kekasih barunya. Apa yang perlu kita lakukan adalah cuba berkata pada diri, "oh sekarang dia sudah bahagia. dia bukan milikku lagi. aku tak perlu ingatkan dia lagi."

4) Kosongkan fikiran.

Apabila mengalami perpisahan, perkara yang merungsingkan kepala adalah bagaimana hendak meneruskan hidup tanpa dia di sisi. cuba kosongkan kepala anda.

5) Manjakan diri sendiri.

Manjakan diri anda seperti mandi sauna, urut aromaterapi. Jangan ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yang diinginkan. Usah pedulikan komen-komen daripada orang lain.

6. Berbicara dengan orangg yang anda percayai.

berbtukar pandangan dan pengalaman dengan insan yang anda percayai. kalau boleh yang bukan menambah kusut masai di minda anda. Ops tetapi jika perpisahan itu melibatkan suami isteri, eloklah bertemu dan berbincang dengan orang yang bersifat amanah dari segai akhlak, agamanya dan perilakunya.

Daripada mereka anda, biasanya akan mendapatkan kata-kata bijak yang boleh menghiburkan hati.

7. Perbaiki penampilan diri. Dengan demikian akan akan lebih mempercayai diri.

8. Jangan  melarikan diri dariapda orang lain.

Orang yang baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru untuk menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.

9. Menulis surat.

Jika anda membenci bekas kekasih... tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. (Hanya bakar kertas tersbut ya). Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.

10. Makan tepat pada waktunya.

Jangan menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dengan  cepat tapi jangan pula hilang selera makan kerana anda akan jadi tidak bermaya. Makanlah dengan tepat dan sihat.

11. Bersukan.

Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'.

12. Lakukan hobi yang anda sukai

Contohnya membaca,  berkebun, berniaaga online, menjadi sukarelawan, terlibat dengan tugas amal, menulis cerpen, puisi dan pelbagai aktiviti yang berfaedah lain.

13. Jangan 'trauma' oleh cinta.

Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dalam hidup. Percayalah pada kekuasaan Allah. Percayalah pada qada' dan qadar Allah.

Anggaplah putus cinta itu adalah satu persinggahan dalam perjalanan kehidupan. Berfikiran positif untuk menanganinya. Mungkin dia bukanlah yang terbaik untuk diri anda.

Sesuatu yang terjadi ada kebaikan di sebaliknya. Sebagai seorang Islam, kepadaNYA kita mengadu apa yang terbuku di hati kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki kita  menuju majlis-majlis ilmu yang akan memberikan ketenteraman pada jiwa.

Masih ada kekuatan untuk melangsaikan tanggungjawab kita pada Yang Maha Esa. Masih ada kekuatan untuk mengharungi belantara kehidupan ini dengan ketajaman akal dan kedalaman rasa hati.

Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan.

Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu akan tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi.

Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa asasnya  itu semua pemberian Allah. Lupanya dia hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang.

Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan pertimbangan sewajarnya. Padahal dimensi tauhid,  dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dengan adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa.

Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yang membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya.

Apabila tahap pemulihan diri dapat kamu harungi, bermakna kamu telahpun berjaya menjalani proses kematangan diri. Dunia remaja memang penuh dengan pancaroba dan remaja paling banyak menerima tekanan. Namun kata orang tua, 'alah bisa tegal biasa".

4 Comments:

Kak anie said...

As'Salam Ummu... terima kasih kerana singgah ke blog saya...

Banyak ilmu yang dpt dikongsikan di blog ini... terima kasih kerana berkongsi...

k.zue said...

as-salam ummu,
peringkat remaja..adalah alam yg penuh dgn cabaran dan sikap mmberontak mmg tidak dpt dinafikan lagi dan mmg sukar utk dikawalkan...carilah cinta yg 'terang' bukan yg 'buta'.

ummu said...

waalaikumussalam kak zue,terima kasih atas responds kak zue
yang sangat mendalam maksudnya.
semoga anak2 remaja kita dapat mengambil panduan

ummu said...

waalaikumussalam kak anie,
terima kasih banyak kak,
saya gembira sangat akak sudi meninggalkn komen
di blog saya ini,

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .