Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Jenis lelaki yang perlu diketahui oleh wanita

Jenis-jenis  lelaki yang perlu diketahui oleh wanita



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Artikel yang ada pada entry ini Mungkin kenyataan ini benar, mungkin tidak.

Setiap individu itu punyai karekter berbeza. Selain itu, definisi bahagia atau tidak, bergantung kepada setiap pasangan suami isteri itu (dalam konteks hubungan percintaan suami isteri).

Lihat artikel Dr Sapora Sipon dalam memberikan definisi bahagia dalam Perkahwinan, Apa Maksud Perkahwinan Bahagia, klik sini

Dicintai dan Menyintai adalah fitrah manusia. Dan cinta teragung ialah cinta kepada Allah dan RasulNya.

Jom lihat.....

1) Lelaki Bersemangat

Personaliti lelaki bersemangat ini dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Mereka mempunyai semangat tinggi dalam hidup yang akan menyebabkan mereka kelihatan seperti kepenatan.

Mereka juga antara golongan yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu mewah. Mereka agak sederhana.

Biarpun mereka ini sering keletihan tetapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup. Mereka sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Biasanya, dengan lelaki jenis ini, wanita boleh mengharapkan lelaki seperti ini sebagai dahan tempat berpaut.

2) Lelaki anti perempuan
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga
sendiri.



Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!


3) Lelaki takut komitmen

Bagaimana mengenali mereka:

Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.

Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.


Selain itu, Lelaki yang selalu sangat hantar sms tak kira masa. Jangan terpedaya dengan laki sebegini. Pada mulanya anda akan rasa dialah tempat anda mengadu segala masalah. Dia selalu ada.

Tapi hakikatnya, dia akan mengeluarkan kata-kata manis bila dia benar-benar memerlukan anda dan anda pula sekadar tempat menghiburkan hati dia. Tapi, bila anda benar-benar perlukan dia, langsung dia tidak balas sms anda tu.

4) Lelaki tradisi

Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.


Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.


5)Lelaki korporat

Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.


Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.


6)Lelaki playboy
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali.



Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.



Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.
Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan!


Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!

Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tapi mesra.

Awas, dia Cuma ajak anda keluar sbb dia takda kawan , tapi anda pula yg terperasan lebih. Jangan buang masa, OK?

Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tapi tetap mahukan anda. walaupun mungkin anda telah menutup aurat, tapi anda tetap diburunya. Aduhai, ini lah spesis yang sangat bahaya yang perlu anda jauhi!

7) Lelaki Yang Tak Boleh Diharap


Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.


Ciri-ciri lelaki jenis yang tidak boleh diharap ini, antara lain seperti Lelaki yang sangat naif, mementingkan diri semata-mata. Kita sudah berterus-terang tentangg sesuatu perkara atau masalah, tapi sebaliknya dia tidak peduli pun. Yang menambah sakit hati di hati kita apabila lelaki ini  berkata yang kita ini  suka memiikirkan perkara yang bukan-bukan. Dengan kata lain, perkara yang kita fikirkan  itu remeh-temah sahaja.

Pernah kah anda menemui lelaki yang tidak tahu kehendak diri?

Lelaki sebegini selalunya hendak membuat keputusan pun susah. Contoh, lelaki ini tidak tahu cara hendak memaklumkan kepada ibunya bahawa  dia sedang berkomitmen dengan seorang gadis.  Alasannya, mak dia ni 'lain dari yang lain'.

Ops atau itu cuma alasan untuk dia, atau itukah 'clue' bahawa dia tidak menjalinkan hubungan dengan anda secara serius lalu mencari alasan mudah?

Lelaki yang suka mengganggu anda walaupun diberitahu anda sibuk, dia nak mengganggu juga. Biasakan jumpa lelaki jenis ini? Kalau tahap gangguan begitu bahaya, cepat-cepatlah anda tamatkan zaman dara.

Lelaki yang sering mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tak akan mendekati  lelaki yang dikutuknya itu. Padahal, dia ni seorang yg cemburu dan sentiasa mengawasi anda
Jika anda menemui lelaki jenis tidak boleh diharap  ini, ia memang  tidak sesuai untuk dijadikan suami kerana perangainya memang tidak bertanggungjawab. Contohnya, asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor. Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.


8)  Lelaki yang tiada  ciri-ciri kepimpinan.

Sila hantar dia pegi Kursus Kepimpinan jika perlu, atau menghadiri program motivasi diri oleh motivator  atau kaunselor bertauliah. sebenarnya, kepimpinan ini bermula dari rumah. Budaya yang dibentuk dalam sesebuah keluarga akan membentuk peribadi seorang lelaki atau wanita itu.

Sesetengah orang menyatakan, kepimpinan itu adalah tradisi seseorang itu. Tetapi, sebenarnya, kepimpinan itu boleh dipupuk walaupun seseorang itu sudah dewasa. Kerana, kepimpinan juga adalah sebahagian ilmu dalam kehidupan kita, kan. Inshaallah ia boleh dipelajari dan diperbaiki. Yang penting kemahuan dan azam untuk berubah,kan?

Baiklah setakat ini dulu cataan ini. Harap teman-teman bloggers tidak berkecil hati dengan artikel yang saya siarkan ini.

Sekian, terima kasih

10 Comments:

kunang-kunang said...

Assalamualaikum Ummu,

Rasanya kak ani dah temu lelaki pilihan, he he .........

Berbahagia dengan pasangan yang Allah dah berikan pada kita.

nurkass said...

salam kak ummu..
uihhh..complicated gak ni..
camne nak pilih ek..hehe
kena siasat nampaknyer..

cemomoi said...

heh sapa le lelaki sempurna tu gamaknya

maiyah said...

assalam.. bgus info ni utk para wanita

Afida Anuar said...

Ada juga kenal beberapa kawan lelaki seperti yang disebutkan akak. Eh tepat sekali ciri yang diberikan..hehe.

ummu said...

Nabi Muhammad SAW jua yang sempurna, kan bro..

ummu said...

waalaikumussalam maiyah

mungkin ada benar,mungkin tiada,kan Maiyah

ummu said...

assalam Nurr...
ngee, memang di dunia ini tiada yang sempurna
namun sekurangnya semoga dia, yang terbaik untuk kita
dunia dan akhirat.

ummu said...

waalaikumussalam kak ani.alhamdulillah,kan kak.
bersyukur dengan apa yang ada,adalah lebih baik,kan kak...

ummu said...

sebenarnya bila saling mengenali perwatakan masing-masing
kita kan lebih memahami di antara satu smaa lain,kan Fida

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .