Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2011/06/20

Awas najis dadah!

Awas najis dadah!

Dalam tempoh April tahun lalu hingga awal Mei lalu, ada tiga kes pelajar IPT terjebak dalam aktiviti berkenaan tidak termasuk kes pelajar yang berjaya dibebaskan polis dan mangsa masih dalam kawalan dalang sindiket pengedaran dadah antarabangsa itu.

PELAJAR institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kini menjadi sasaran sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk dijadikan `keldai dadah’. Adakah sikap terlalu mudah percaya kepada teman lelaki, kemewahan ataupun peluang melancong ke destinasi idaman di luar negara menjadi punca?

CINTA, wang dan melancong ke destinasi idaman di luar negara antara `jerangkap samar’ digunakan sindiket dadah antarabangsa untuk memerangkap pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta bagi dijadikan `keldai dadah’.



FAKTA

1. 10 Mei 2011 - Kegiatan jahat seorang wanita tempatan yang bersekongkol dengan dua lelaki Nigeria mengurung dua pelajar kolej di sebuah apartmen untuk dijadikan keldai dadah terbongkar apabila mereka ditahan dalam serbuan di Puchong, Selangor.

Ketiga-tiga suspek berusia di antara 25 dan 28 tahun itu ditahan jam 2 pagi selepas polis menjalankan risikan sebaik menerima maklumat mengenai dua pelajar wanita yang dipaksa menyeludup dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner (ACP) Nordin Kadir, berkata kedua-dua mangsa berusia 21 tahun itu diarahkan menyeludup enam kapsul heroin dan dua paket plastik heroin gred tinggi selain ganja bernilai RM28,700 ke China.

2. 11 Mei 2011 – Polis menahan seorang pelajar lelaki warga Nigeria dan merampas 18 kilogram ganja dalam operasi di kawasan Lye Huat Garden, Jitra, Kedah. Difahamkan, pelajar terbabit dijadikan 'keldai dadah' oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan membawa masuk dadah berkenaan melalui pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

3. 20 April 2011, pihak berkuasa China menahan pelajar kejururawatan kolej swasta di Damansara, Kuala Lumpur, Marylyne Sandra Sapat, 22, kerana dikesan menyeludup 700 gram heroin yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Konsul Jeneral Malaysia di Guangzhou, Francisco Munis, ketika mengesahkan perkara itu berkata, Marylyne antara 26 mangsa keldai dadah dari Malaysia yang ditahan di China.

4. 24 April 2010 - Seorang pelajar Diploma Perniagaan di sebuah institusi pengajian tinggi di Sarawak, Christina Anak Luke Niju, 22, dikhuatiri menjadi mangsa sindiket keldai dadah selepas mengenali seorang lelaki Afrika yang dikenali sebagai James melalui sebuah laman sosial, Facebook.

Menurut bapanya, Luke Niju Anak Panjang, anak sulung daripada dua beradik itu kemudian ke Kuala Lumpur untuk menemui James, yang dipercayai pelajar kolej swasta di Subang.

5. 15 Mei 2007 - Graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guangzhou, China atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram pada 19 Januari 2007. Bagaimanapun, hukuman itu kemudian ditukar kepada penjara seumur hidup.

Siswi digesa jangan mudah terpedaya

GOLONGAN wanita terutama pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sering dijadikan `keldai dadah’ oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa terutama untuk menyeludup dadah ke luar negara.

Fakta itu mencetus idea kepada pihak pengurusan Kolej Mawar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor untuk tampil mengadakan forum perdana bertajuk 'Menyingkap Sisi Gelap : Mangsa Keldai Dadah' di dataran kolej terbabit, baru-baru ini.



Forum itu diadakan bagi memberi pemahaman kepada pelajar UiTM terutama golongan siswi yang kerap menjadi sasaran sindiket dadah antarabangsa, supaya sentiasa berwaspada terutama apabila berurusan dengan kenalan baru, khasnya warga asing.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata sejak beliau memegang jawatan ketua polis negara pada 2006 hingga bersara pada akhir 2010, banyak kes membabitkan pelajar dari negara ini yang dijadikan keldai dadah oleh sindiket dadah antarabangsa.

"Seperti yang kita baca melalui akhbar, kebanyakan mangsa sindiket dadah ini adalah wanita kerana golongan terbabit dipercayai mudah dipujuk dan diperdaya. Sindiket ini licik mengelirukan wanita dengan menjanjikan habuan lumayan.

"Selain itu, sindiket berkenaan turut memperalatkan golongan wanita menerusi tawaran pakej pelancongan mewah dengan hanya membawa sebuah beg saja. Dengan taktik sebegitu, mereka sudah dapat memujuk sasaran supaya membawa dadah terbabit ke destinasi tertentu," katanya ketika berucap pada forum berkenaan.

Musa berkata, sindiket dadah antarabangsa sememangnya sentiasa mencari peluang untuk memperdayakan mangsa dari negara ini berikutan pasport antarabangsa yang dikeluarkan oleh negara kita diiktiraf di kebanyakan negara di dunia, kerana memiliki ciri keselamatan yang sukar dipalsukan.

"Pasport negara kita memang diiktiraf sehinggakan jika kita ke negara asing, jabatan imigresen di negara luar tidak akan terlalu memeriksa bagasi kita dengan pemeriksaan yang ketat. Sebab itulah pihak sindiket dadah antarabangsa sangat gemar menggunakan warga kita berbanding negara lain,” katanya.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata mangsa yang kesemuanya wanita mudah terpedaya dengan janji manis teman lelaki, ganjaran lumayan dan teruja melancong ke luar negara.

Beliau berkata, pihak polis sedang mengumpul data pelajar yang dijadikan keldai dadah termasuk daripada Wisma Putra dan Polis Antarabangsa (INTERPOL).

Katanya, jumlah pelajar yang menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah semakin berkurangan berbanding beberapa tahun lalu dan ia kembali menjadi isu selepas laporan kehilangan seorang pelajar, Christina Anak Luke Niju, 22, dari Sandakan, Sabah pada April tahun lalu.

“Kita tidak menolak kemungkinan ada lagi pelajar terjebak dalam perangkap sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan pihak polis sedang memantau kegiatan itu.
“Biarpun ia hanya kes terpencil, ia harus dibanteras secara besar-besaran. Kes ini tidak akan berlaku sekiranya pelajar kita bijak bertindak dan tidak mudah terpedaya dengan teman lelaki mereka yang berasal dari negara luar.

“Jangan hancurkan masa depan dan musnahkan harapan ibu bapa hanya kerana cinta, wang dan mahu melancong ke luar negara sehingga terlupa anda dijadikan keldai dadah,” katanya ketika dihubungi Varsiti di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ada antara pelajar yang dijadikan keldai dadah dipaksa menelan bahan larangan itu bagi menghapuskan bukti, namun tindakan itu gagal kerana pihak polis mempunyai kepakaran untuk mengesannya dalam tubuh mangsa.

Tindakan itu juga amat berbahaya kerana bungkusan dadah berkenaan boleh pecah atau bocor di dalam perut yang menjejaskan kesihatan termasuk menyebabkan kematian.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I, Datuk Dr Hou Kok Chung, berkata meskipun pihak kementerian sentiasa menasihati pelajar supaya membudayakan pemikiran kritikal dan bijak dalam membuat keputusan, masih ada yang terpedaya oleh sindiket pengedaran dadah.

Katanya, pelajar seharusnya mendapatkan pengesahan pihak berkuasa mengenai kandungan bungkusan yang dibawa bagi mengelakkan daripada ditahan pihak berkuasa di luar negara sehingga terpaksa merengkok dalam penjara atau dijatuhkan hukuman mati mandatori kerana terbabit pengedaran dadah.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu semua pelajar universiti menumpukan kepada pengajian dan menjauhi sebarang kegiatan yang boleh menghancurkan masa depan mereka.

“Jangan terlalu mengejar kemewahan, melancong dan terpedaya dengan teman lelaki terutama dari luar negara yang baru dikenali kerana kelak ia akan menghancurkan masa depan dan mengecewakan ibu bapa.

“Kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar IPT majoritinya membabitkan penahanan di luar negara dan biarpun ia kes terpencil, KPT tetap memandang serius isu berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pihak universiti hendaklah memastikan semua pelajar menjauhi sindiket pengedaran dadah.

“Pelajar seharusnya memberi tumpuan kepada pengajian bukannya perniagaan, percintaan dan pelancongan yang akhirnya memerangkap diri sendiri kerana terpedaya oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa,” katanya.

Sumber Berita Harian Online


 

Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL