Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Jom Kita Jaga Gigi

Pupuk kesedaran gigi sihat, cantik

 Rawatan Pergigian Oleh Poliklinik Bandar Jengka
di SMK Jengka Pusat 2.

Pelbagai gelagat boleh dilihat yang ditunjukkan oleh para pelajar yang bimbang apabila gigi mereka diperiksa.

Upin Ipin :

<iframe width="400" height="330" src="http://www.youtube.com/embed/wq5gGA8D76s" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
 Petikan Artikel Utusan Malaysia:

KESIHATAN mulut atau oral mempunyai kaitan rapat dengan tahap kesedaran masyarakat mengenai penjagaan gigi yang betul. Namun ia sering diabaikan oleh masyarakat yang kebanyakannya hanya berjumpa doktor gigi setelah timbul masalah seperti kaviti dan penyakit gusi. Ia sudah terlambat kerana banyak kerosakan telah terjadi.

Fakta mengenai kesihatan mulut menunjukkan menggosok gigi sahaja tidak cukup untuk menghilangkan plak. Ini kerana gigi memenuhi kira-kira 23 peratus ruang mulut manusia.

Dalam konteks ini menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membersihkan satu perempat bahagian mulut sahaja.

Justeru, kesihatan dan pemeriksaan gigi perlu dimulai di peringkat kanak-kanak untuk memastikan kesihatan mulut termasuk gigi terjaga.



Menyedari hakikat itu, Kelab Titian Asli, Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (Conserve) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kesihatan 2011 bertema Gigi Sihat Senyuman Memikat bersama kanak-kanak masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Kala Baru 12, Gombak Selangor sempena cuti sekolah baru-baru ini.

Pengarah programnya, Fakhruzi Mohamad berkata, program itu memfokuskan kepada aspek penjagaan awal gigi menerusi pemeriksaan yang dilakukan secara berkala oleh doktor.

"Program seperti ini dapat membantu kanak-kanak Orang Asli menjaga gigi mereka dengan baik sehingga dewasa dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi.

"Dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh pegawai kesihatan kanak-kanak terbabit boleh menerapkan aspek penjagaan gigi yang betul di kalangan anggota keluarga serta rakan sebaya mereka," katanya.
Fakhruzi berkata, ibu bapa juga perlu mematuhi syarat ditetapkan seperti menghadiri aktiviti pendidikan kesihatan gigi dan langkah mengenai jangkitan pada gigi dan cara mencegah jangkitan.

 

 

 

2 Comments:

ahmad humairi said...

hmmm, gigi saya masih ori...tapi gigi geraham dah beberapa batang di cabut...miss-match plak tu atas dan bawah...susah nah ngunyah.

Pasni kita kena lari plak 1M1S1Malaysia. Cikgu Ma join sama?

...teringat trek joging pepagi masa saya ngajo skj2 dulu...cikgu ma anak jengka 2 ke....jenjangan bekas anak murid saya????

Cikgu Ma said...

Tulah bila lihat pelajar yang masih mda lagi terpaksa dicabut gigi mereka, rase sayang pula dgn gigi yang dah uzur tu,

larian 1Malaysia tu pun akan diadakan di sini, Cikgu. sekolah pun dah mesyuarat kan hal tu.saya tak terlibat,cikgu.

saya sebagai pemerhati je,:)

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .