Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Cara Tutup Akaun


Cara tutup akaun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel dipetik daripada Utusan Malaysia.

Soalan

SAYA hendak tanya bagaimana untuk menutup akaun e-mel yang sudah tidak digunakan lagi?

Saya menggunakan e-mel Yahoo! dan Hotmail dan dua akaun Facebook, tetapi mahu menutup satu akaun.


Bagaimana cara untuk menutup akaun Facebook tersebut atau dibiarkan sahaja sehingga pihak Facebook blok akaun saya? Sekian, terima kasih.


Daripada:
-Bisnes Klate, Kelantan.


Jawapan:

Bagi makluman pihak tuan, walau pun akaun bagi sesebuah laman web sudah ditutup, ia tidak bermakna segala data bagi akaun tersebut dihapuskan.


Biasanya ia akan disimpan untuk satu jangka masa tertentu oleh pihak pengendali laman web untuk tujuan keselamatan dan sebagainya.


Ia juga bergantung kepada syarat-syarat perjanjian ketika tuan bersetuju membuka akaun laman web dengan pihak pengendali laman web tersebut. Sama ada ia menyediakan kemudahan e-mel, laman web sosial dan sebagainya.



Ada pihak pengendali laman web mensyaratkan dalam perjanjian bahawa segala data yang dimuat turun oleh pihak pengguna ke dalam akaunnya akan menjadi hak milik mereka.


Ini sama konsepnya yang terdapat dalam pengurusan korporat iaitu maklumat peribadi pekerja yang sudah berhenti kerja tidak sesekali akan dihapuskan.


Ia akan disimpan dalam jangka masa lima ke hingga 10 tahun untuk tujuan audit, keselamatan dan pengurusan.
Namun begitu, adalah lebih baik untuk tuan menutup mana-mana akaun di laman web yang tidak digunakan lagi.
Ini kerana ia dapat mengelakkan daripada akaun tersebut dimanipulasi dan digunakan oleh pihak ketiga untuk tujuan yang tidak baik seperti penipuan, penyamaran, penghantaran spam dan lain-lain.


Secara umumnya untuk menutup akaun di laman web, sama ada laman web sosial, e-mel dan sebagainya, laman web itu sendiri menyediakan kemudahan atau fungsi menutup akaun.


Kebiasaannya ia memerlukan pengguna masuk terlebih dahulu ke akaun tersebut bagi mencapai fungsi tersebut.
Jadi, bagi para pengguna yang terlupa log in dan kata laluan untuk masuk ke akaun mereka atau pihak laman web tersebut tidak menyediakan kemudahan atau fungsi untuk menutup akaun ini, ada hanya satu cara sahaja.


Cara tersebut adalah dengan menghantar surat permohonan untuk menutup akaun kepada pihak pengendali laman web tersebut. Ia boleh dihantar menerusi e-mel atau mel biasa berserta dengan maklumat berkenaan dengan akaun anda di laman web tersebut.


Penutupan akaun Facebook

 
Pertamanya, tuan perlu masuk ke dalam akaun Facebook dengan log in dan kata laluan yang disediakan.
Dalam Facebook, ada disediakan kemudahan untuk penutupan sementara bagi sesebuah akaun.





Ia bermakna segala maklumat anda akan dihapuskan daripada servis atau paparan di laman Facebook. Sesiapa sahaja tidak akan dapat mencari akaun atau melihat maklumat yang berkaitan dengan akaun tersebut. Namun begitu sekiranya, tuan punya akaun tersebut mahu kembali, ia boleh mendapatkan dan mengaktifkan semula akaun Facebook tersebut.


Fungsi ini dinamakan sebagai DEACTIVATE. Ia boleh dicapai di laman Account settings dalam akaun Facebook. Apabila akaun tersebut diaktifkan semula, segala maklumat yang ditinggalkan sebelum ini akan dikembalikan keadaan asalnya.


Sekiranya perlu untuk membuang secara terus dan total sesebuah akaun Facebook, sila klik ke alamat URL yang seterusnya. http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form>delete_account

 
Setelah itu, diperlukan masuk login dan kata laluan ke laman Facebook tersebut.
Sekiranya tidak ingat kata laluan dan sebagainya, kata laluan tersebut perlu disetkan semula dengan mengklik pada sambungan Forgot your password.

 
Seterusnya, ikut arahan yang diberikan sehingga selesai akaun Facebook tersebut dihapuskan.


Penutupan akaun Yahoo!

 
Sekiranya perlu untuk menutup akaun di Yahoo!, ikuti arahan-arahan yang terdapat pada laman penutupan akaun Yahoo! di URL yang berikutnya. https://edit.yahoo.com/config/delete_user
Seterusnya, perlu dimasukkan login dan kata laluan ke dalam akaun Yahoo! tersebut.


Sekiranya lupa kata laluan, seperti biasa perlu disetkan semula.


Satu paparan pengesahan akan dipaparkan sekali lagi setelah anda berjaya masukkan logindan kata laluan. Anda perlu masukkan sekali lagi beberapa maklumat pentin termasuk kata laluan.


Baca terlebih dahulu di laman penutupan akaun berkenaan dengan syarat-syarat, kesan-kesan dan sebagainya.
Seterusnya, jika setuju, klik butang YES untuk penutupan akaun. Sekiranya berjaya, ikuti arahan-arahan yang diberikan sehingga selesai prose penutupan akaun Yahoo!.


Perlu diingatkan, apabila akaun Yahoo! ini ditutup, segala perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun tersebut juga akan dihapuskan seperti e-mel, Yahoo! Messenger, Yahoo! Address Book, My Yahoo!, Yahoo! Groups dan lain-lain.
Jadi, fikir dahulu sebelum ditutup akaun tersebut atau buat salinan ke tempat lain sekiranya ada data-data yang diperlukan.


Namun begitu, penutupan akaun Yahoo! tidak akan menghapuskan maklumat anda di dalam perkhidmatan Yahoo! People Search. Jadi, perlu diklik alamat URL yang berikutnya untuk menutup maklumat anda di Yahoo! People Search.http://info.yahoo.com/privacy/us/yahoo/peoplesearch/details.html

 
Sekiranya akaun Yahoo! tersebut dilanggan secara berbayar, pastikan langganan tersebut dibatalkan terlebih dahulu sebelum akaun ditutup. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, pihak Yahoo! ada menyediakan borang di alamat URL yang berikut. http://help.yahoo.com/l/us/yahoo/mail/classic/technical_howto.html

 
Penutupan akaun Hotmail

 
Langkah pertamanya masih sama, perlu dimasukkan login dan kata laluan akaun Hotmail terlebih dahulu ke laman web Hotmail atau Windows Live sehingga berjaya. Seterusnya pergi ke nama akaun di hujung atas kanan dan klik menu Account. Kemudian, cari dan klik pada menu Close your account.

 
Seterusnya satu laman penutupan akan dipaparkan termasuk syarat-syarat dan kesan-kesan sekiranya satu penutupan akaun dibuat. Baca dengan teliti dan fahami segala kenyataan pihak Hotmail sebelum menutup sesebuah akaun.


Di ruangan laman ini, sekali lagi diperlukan untuk masuk kata laluan untuk tujuan pengesahan. Klik butang Yes sekiranya bersetuju. Langkah yang berikut, ikuti arahan-arahannya sehinggalah proses penutupan akaun tersebut selesai.


Penutupan akaun juga membuatkan segala kemudahan yang terdapat di dalam Windows Live akan ditutup.
Bagi memastikan sama ada sesebuah akaun laman web tersebut sudah ditutup sepenuhnya atau tidak, login kembali menggunakan akaun tersebut sama ada di Facebook, Yahoo!, Hotmail dan lain-lain.


Penutupan akaun laman web yang tidak aktif adalah penting untuk keselamatan siber tetapi buatlah salinan data yang penting terlebih dahulu ke tempat lain.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .