Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kerjaya Untuk Graduan Statistik

Kerjaya Untuk Graduan Statistik

Graduan dalam bidang Sarjana Muda Sains dan Matematik dengan Statistik lazimnya mendapat peluang kerjaya dalam pelbagai sektor awam atau swasta termasuk pendidikan, perbankan, kewangan, pengurusan pelaburan, insurans, industri, perdagangan dan lain-lain.

Graduan boleh memegang jawatan sebagai pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta, guru, pegawai bank, pegawai perangkaan, pegawai kewangan dan perunding insurans.

Sebenarnya begitu banyak organisasi dan syarikat tempatan serta antarabangsa yang beroperasi di negara ini yang menawarkan peluang pekerjaan dalam disiplin Statistik.

Di sektor awam misalnya, peluang pekerjaan di bidang ini ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran dan badan berkanun seperti universiti awam dan institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus statistik.

Kerjaya lulusan statistik banyak ditawarkan dalam industri perbankan seperti Bank Negara Malaysia, Maybank, Alrajhi Bank, Ambank, Eon Bank dan HSBC.

Manakala dalam industri insurans termasuk Malaysian Assurance Alliance Berhad dan MCIS ZURICH Insurance.

Organisasi lain yang menawarkan kerjaya untuk graduan Statistik termasuk Permodalan Nasional Berhad. Petronas, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Telekom Malaysia, Celcom Axiata Berhad, Khazanah Nasional Berhad, Malaysia Airport Holdings Berhad, B Braun Medical Industry dan British American Tobacco dan banyak lagi.

Graduan juga boleh mendapatkan maklumat tambahan dengan melayari banyak laman web berkaitan kerjaya di Internet. Kerjaya ini mampu menawarkan gaji dan elaun permulaan RM2,000 atau lebih tinggi sebulan bergantung kepada organisasi yang menawarkannya.

4 Comments:

Azarul said...

Bagi graduan yg mahu meneruskan bidang statistik sebagai kerjaya...carilah sektor/industri yg aktif dalam lean six sigma (LSS).Pasti ia amat mnyeronokan dan anda akan lebih memahami ilmu statistik.Bagaimana statistik digunakan as a basis for continuous improvement.Sy nmpk kelemahan fakulti yg menawarkn statistik kurang menerapkan six sigma sebagi satu cabang dlm pekerjaan.Banyakkan pendedahan kepada plajar dgn industri instead of ilmu buku semata2.

Puan Ummi said...

terima kasih atas komen membina daripada mr one piece, sangat saya hargai.
silakan datang lagi ke blog ini ya.:)

Anonymous said...

assalamualaikum,,saya nak tanya,,kalau degree dlm bidang sains matematik boleh kerja sebagaiape ye??selain cikgu dan penyarah..mohon pencerahan..terima kasih..

Anonymous said...

Assalamualikum...
Cikgu Ma tahu x mana2 organisasi yg menawarkan internship?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .