Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Alhamdulillah Anak tukang rumah dapat 5A


Alhamdulillah Anak tukang rumah dapat 5A



“Terima kasih kepada guru-guru yang banyak membimbing anak saya sehingga berjaya.

“Saya harap kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuknya mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” 
kata ibu Nurul Ain Rosli, Fatimah Mahmud, 41,

Anak tukang rumah dapat 5A 

DUNGUN - Gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan percubaan tidak menghalang seorang anak tukang rumah meningkatkan usaha bagi mendapat keputusan lebih baik dalam peperiksaan sebenar.



Hasilnya, Nurul Ain Rosli, 12, berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) biarpun sekadar mencatat 4A dalam peperiksaan percubaan sebelumnya.

Berkongsi kejayaannya, Nurul Ain berkata, keadaan taraf hidup yang serba sederhana dengan bapanya bekerja sebagai buruh kampung menjadi motivasi kepadanya untuk mencipta kecemerlangan dalam akademik.


Menurutnya, sukar bagi dirinya untuk mengubah nasib keluarga sekiranya dia tidak belajar dengan bersungguh-sungguh. Setiap hari saya hanya memperuntukkan satu jam setengah untuk mengulang kaji pelajaran.

“Sejak saya dapat 4A dalam peperiksaan percubaan, saya lipat gandakan usaha sehingga ia menjadi kenyataan hari ini apabila saya berjaya memperoleh 5A,” kata Nurul Ain yang merupakan anak kedua daripada enam beradik.

Turut berkongsi kegembiraan, ibunya, Fatimah Mahmud, 41, berkata, dia bersyukur kerana anak perempuannya itu berjaya dalam pelajaran.

“Terima kasih kepada guru-guru yang banyak membimbing anak saya sehingga berjaya.

“Saya harap kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuknya mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.


Nurul Ain merupakan salah seorang daripada enam murid Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan, semalam.

SUMBER SINAR HARIAN


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .