Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Rabbani Goh Penerima Anugerah Pendakwah Saudara Baru



Rabbani Goh Penerima Anugerah Pendakwah Saudara Baru 
 Rabbani cekal dakwah saudara baharu




© Utusan Melayu (M) Bhd

Sultan Ahmad Shah mengurniakan Anugerah Pendakwah Saudara Baru kepada Rabbani Goh sempena
 Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1434H/2012M di Dewan Jubli Perak di Kuantan, baru-baru ini. Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (dua dari kiri).


KUANTAN 17 Nov. - Seorang mualaf, Rabbani Goh, 56, terpilih sebagai penerima Anugerah Pendakwah Saudara Baru sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini kelmarin.

Rabbani yang merupakan seorang anggota polis mula berdakwah sejak 12 tahun lalu selepas 15 tahun memeluk agama Islam.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Cina Muslim (Macma) Pahang (Macma, klik di sini) berkata, pelbagai pengalaman pahit dan manis dilalui semasa menjadi pendakwah dan penganugerahan ini menaikkan lagi semangatnya untuk terus berdakwah.


"Walau apa jua pandangan dan cabaran yang dilalui, hasrat saya hanya satu iaitu mahu melihat saudara baharu terus kekal dalam agama Islam. Saya kini lebih cenderung untuk memberi khidmat kaunseling dan kebajikan kepada ahli-ahli Macma," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, kebanyakan mereka memerlukan bimbingan berterusan dan tidak dinafikan terdapat dalam kalangan mereka yang kembali kepada agama asal kerana tertekan.

"Selain tekanan hidup, mereka juga mengalami masalah kesempitan hidup dan rumahtangga.

"Bagaimanapun, Macma sentiasa berusaha mendekati mereka melalui program bersama, selain menitikberatkan asas agama agar mereka tidak mudah terpengaruh," jelasnya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Tambahnya, beliau amat bersyukur dengan anugerah tersebut dan tidak akan berputus asa menjalankan dakwah kepada saudara baharu dan mahu melihat golongan itu terus kuat walaupun berdepan cabaran.

"Macma Pahang kini mempunyai 400 saudara baharu yang berdaftar dan sedang mengikuti kelas bimbingan agama," ujarnya.

Sumber; UTUSAN MALAYSIA









0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .