Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Cara Memohon Polis Permohonan Jawatan PDRM

Cara Memohon Polis
Permohonan Jawatan PDRM

Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat
secara online. Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28
tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana
Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan
kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran.  Bagi lepasan SPM, Yang meminati bidang ini.
boleh juga baca di sini.

Skim Perkhidmatan PDRM 

 




KLASIFIKASI  :   Inspektor (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Pengurusan dan Profesional


 
 
 
 
 
 
 
 
 
KLASIFIKASI  :   Inspektor (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN :  Pengurusan dan Profesional
GRED GAJI / JAWATAN :  YA 13
JADUAL GAJI  :  P1T1 RM 2,328.12 - P1T20 RM 7,138.29
SYARAT LANTIKAN  : Syarat permohonan bagi jawatan Inspektor adalah  mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 25 Tahun 2009 seperti berikut :-  a) Terdiri daripada warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Sarjana Muda/Sarjana) dan tidak melebihi 35 tahun (Phd) pada tarikh pendaftaran permohonan.
c) Kelayakan akademik :i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T1];
 
 
atau
ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred  YA13:T2]; 

atau
iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T2];
atau
iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T2];
atau
v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T3];
atau
vi) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T3];

 
 
 
vii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T4];
atau
viii)Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T4];


atau
ix) Ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang Forensik, Matematik atau Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13:T5];
dan
x) Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
d) Kelayakan Fizikal
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa sepatu.
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).
v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasuingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa alat bantuan.
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
vii) Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray.

 
 
DESKRIPSI TUGAS :Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Logistik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.
 
 
Untuk maklumat lanjut perjawatn, sila  
 Sila rujuk pautan : Skim Perkhidmatan PDRM.
 
 
Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat
secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),
www.spa.gov.my mulai 20 Mac 2012.
 
  Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i)
yang boleh diperolehi melalui pautan ini :http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
 
 
 
 
 
Maklumat lanjut, hubungi talian : 03-2266 8350 / 8344 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .