Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Jururawat Kerajaan Gred U29 Untuk Lepasan Diploma IPTS

Permohonan Jururawat Kerajaan Gred U29 Untuk Lepasan Diploma IPTS
Sains Kejururawatan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Jururawat lulusan IPTS dipelawa isi 2,750 kekosongan



Calon  Jururawat Gred U29 (Calon Bukan Tajaan KKM) boleh memohon berkhidmat di hospital kerajaan melalui website  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa lulusan diploma Sains Kejururawatan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengisi 2,750 kekosongan jawatan Jururawat Gred U29.


Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kekosongan jawatan itu terbuka kepada calon bukan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.


 
"Calon yang berminat bolehlah mendaftar permohonan masing-masing menggunakan borang dalam talian melalui laman web SPA di www.spa.gov.my dan tarikh tutupnya pada 13 Oktober ini sebelum pukul 11.59 malam,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mahmood berkata, bagi permohonan yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan akan dipanggil menghadiri sesi temuduga.


Beliau berkata, SPA akan mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada calon yang berjaya manakala penempatannya pula akan dihantar oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan.


"Calon yang berjaya akan ditempatkan di hospital atau klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan.
"Jururawat Gred U29 berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke gred seterusnya tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Jururawat,'' katanya.






0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .