Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KERJAYA JURUMASAK CHEF HALATUJU SELEPAS PMR DAN SPM

 KERJAYA JURUMASAK CHEF HALATUJU SELEPAS PMR DAN SPM


Sumber Gambar;  

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera anak-anak. Ramai di antara anak-anak yang bertanya halatuju selepas PMR dan SPM Berkaitan kerjaya Jurumasak atau juga dikenali Chef. Di skolah kita telah ada aliran MPV yang sesuai diceburi oleh anak-anak yang minat bahagian masakan.

Kerjaya sebagai Jurumasak atau lebih dikenali sebagai Tukang Masak. Mungkin ramai yang menonton rancangan Masterchef ASTRO yang di tayangkan di siaran televisyen, dan tidak mustahil mungkin ramai yang meletakkan kerjaya sebagai Jurumasak ini sebagai kerjaya pilihan mereka. Pada kali ini Dunia Cikgu Kaunseling Online akan memaparkan dengan terperinci info serta maklumat yang di perlukan dalam mencapai impian sebagai Jurumasak ini.
Jurumasak



Tukang masak merancang, mengatur, menyediakan dan memasak makanan di hotel, restoran dan tempat makanan awam yang lain samada di atas kapal, di dalam kereta api penumpang, di rumah persendirian dan institusi atau pertubuhan yang lain.
Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) : 1515 - 1814
  • Sektor Swasta (RM) : 1,400 - 2,300

Tahap Pendidikan
  • Diploma Seni Kulinari
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari


Contoh Institusi
(entry ini adalah entry tidak berbayar, jika ada pihak ingin menyiarkan iklan berkaitan kolej mereka atau mana-mana dermawan sudi menyalurkan dana untuk kelancaran blog ini dan aktiviti pembangunan pelajar sila email kepada saya)
Kuala Lumpur

Contoh agensi lain:
(LALUAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA- LALUAN KERJAYA SELEPAS PMR BIASANYA:)
IKIP SKILLS, PAHANG.

KOLEJ KEMAHIRAN BAITULMAL, KUALA LUMPUR, klik di sini.

KOLEJ VOKASIONAL KPM, SELURUH MALAYSIA., klik di sini

KOLEJ YAYASAN FELDA
, Kursus dijalankan percuma untuk anak-anak FELDA. SILA KLIK DI SINI.
Kolej Yayasan Felda Mempaga, sila klik di sini.

Senarai Tugas
  • Memastikan kebersihan kakitangan di dapur, pinggan mangkuk, perkakas, peralatan dapur, dan kawasan kerja;
  • Menganjurkan promosi makanan;
  • Merancang, menyelia, dan menyelaraskan kerja di dapur;
  • Bertanggungjawab menentukan keperluan bahan kering untuk dan basah untuk dimasak, menerima dan memeriksa barangan keperluan
  • Merancang hidangan dan menu, memesan bekalan bahan mentah makanan serta menyediakan dan memasak bahan makanan;
  • Memantau kualiti di semua peringkat penyediaan dan penghidangan serta menguatkuasakan peraturan kebersihan;
  • Menunjukkan teknik memasak dan memberikan nasihat tentang prosedur memasak


 
 Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17


Kumpulan: Sokongan
 Kem./Jab.: Pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan

Jadual Gaji:


Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM927.03
RM3,089.68
RM95.00





Deskripsi Tugas:

  • Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal.
  • Menyimpan makanan dalam stor,chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan.
  • Melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.






Syarat Lantikan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia); atau
    [ Gaji Permulaan : RM927.03 ]
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang penyediaan makanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    [ Gaji Permulaan : RM1,039.83 ]
  • sijil dalam bidang hotel dan katering daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    [ Gaji Permulaan : RM1,378.22 ]
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


 Maklumat lanjut sila layari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

CONTOH PELUANG KERJAYA BAHAGIAN MASAKAN SEPERTI YANG DISIARKAN OLEH WEBSITE Makluman daripada JobsMalaysia. Anda boleh berhubung terus dengan JobsMalaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut 

TEMUDUGA TERBUKA RENAISSANCE HOTEL KUALA LUMPUR DI PUSAT JOBSMALAYSIA KELANA JAYA

Jawatan : Pembantu Jurumasak
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 3
Gaji Ditawarkan : RM 1735
Kelayakan Yang Diperlukan : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Kemudahan : Pakaian Seragam
Lain-lain



CONTOH PELUANG KERJAYA BAHAGIAN MASAKAN SEPERTI YANG DISIARKAN OLEH WEBSITE KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI



Permaipura Golf Resort, Bedong, Kedah

Jawatan kosong :

1. Chef
2. Pembantu dapur
3. F & B

Gaji : Mengikut pengalaman dan jawatan
Berminat ? Hubungi 012-5509066 (Murshid) untuk maklumat lanjut


Chef di rangkaian Restoran White Cherry di Kajang dan Shah Alam

Kemudahan yang disediakan :
1. Tempat tinggal
2. Gaji yang kompetetif
3. Makan percuma

Jumlah kekosongan : 2
Berminat ? Hubungi Pn. Noraiffa 019-4244321 untuk maklumat lanjut.


6J Taman Tunku Putra, Kulim, Kedah

Jawatan :
1. Tukang masak
2. Pembantu dapur
3. Pramusaji
4. Katering koordinator
5. Kerani katering
6. Stor katering

Gaji : RM 700 - RM 1200 (bergantung kepada jawatan)
Lokasi : 6J Taman Tunku Putra, Kulim, Kedah
Berminat ? Hubungi En Saari Fadzil 0124940443 untuk pertanyaan.



TAJ INTERNATIONAL COLLEGE

Jawatan : tenaga pengajar untuk program kecantikan
Lokasi :Taj International College, Ipoh Perak dan cawangan Puchong, Selangor.

Berminat ? Sila hubungi
Eksekutif Sumber Manusia Cik Sumathi / Pn Kaweeta ditalian 05 – 528 6666

TAJ INTERNATIONAL COLLEGE
No.100-102,
Jalan Tun Abdul Razak
30100 Ipoh, Perak
Tel: 05-5277013, 05-5277092
Fax : 05-5292686



BELUM RAINFOREST RESORT

Sila klik di sini untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran kerja yang ditawarkan.



HOTEL SERI MALAYSIA ALOR SETAR


1.
FRONT OFFICE ASSISTANT
QUALIFICATION          :           SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
CERTIFICATE IN ACCOUNTING
AREA OF WORK         :           FRONT OFFICE
PREFERRED                 :           MALE  ,  20YEARS OLD AND ABOVE
SALARY                       :           RM700 (INCLUSIVE SERVICE CHARGE)


2.
CHAMBERMAID

QUALIFICATION          :           SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
AREA OF WORK         :           HOUSEKEEPING
PREFERRED                 :           FEMALE  ,  19YEARS OLD AND ABOVE
SALARY                       :           RM650 (INCLUSIVE SERVICE CHARGE)


3.
WAITER / WAITERESS

QUALIFICATION          :           SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
AREA OF WORK         :           HOUSEKEEPING
PREFERRED                 :           MALE / FEMALE  ,   19YEARS OLD AND ABOVE
SALARY                       :           RM650 (INCLUSIVE SERVICE CHARGE


4.
F&B CASHIER

QUALIFICATION          :           SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
AREA OF WORK         :           FOOD AN BEVERAGES OUTLET
PREFERRED                 :           FEMALE  ,  19YEARS OLD AND ABOVE
SALARY                       :           RM650 (INCLUSIVE SERVICE CHARGE




ABI AHMADI RETAURANT
  • Nama Syarikat       :      ABI AHMADI RETAURANT
  • Jawatan                 :      Pekerja di bahagian KULINARI dan F&B
  • Kekosongan           :       10 Orang
  • Tempat Bekerja   :       No. 6, batu 20, Kampung Kepala Bukit gunung jerai,
08300 Gurun, Kedah
  • Gaji                        :      tidak dinyatakan-
-          Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pihak berkenaan



AWANA KIJAI GOLF , BEACH & SPA
  • Jawatan                :      Pembantu Spa –TETAP
  • Kekosongan           :      4 Orang ( 2 muslim / 2 non-muslim )
  • Tempat Bekerja     :      Taman Sari Royal Heritage Spa Awana Kijai Golf, Beach & Spa, Kemaman, Terengganu.
  • Gaji                       :      RM 600  +   3 Service Charge
( min RM 150 untuk SATU service  charge)
  • Tempoh percubaan          :      3 Bulan
  • Kemudahan yang disediakan –
  1. i.          Pakaian SPA beruniform disediakan sebanyak 3 helai seorang.
  2. ii.          Penginapan pekerja-pekerja SPA disediakan.
  3. iii.          Makanan diberikan sepanjang waktu bekerja sahaja ( tengahari / malam ).
  4. iv.          Operasi bekerja          :           10pagi – 6 petang
1 petang – 9 malam
( bergantung kepada shift pagi&petang)
  1. v.          Berkelayakan Cuti Tahunan.
  2. vi.          Kemudahan perubatan disediakan.
  3. vii.          Berkelayakan mendapat 14 hari Cuti Umum.
  4. viii.          KWSP & PERKESO.





PETIKAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

OLEH jadi kerana tugasan mereka dipecahkan kepada beberapa bahagian dari peringkat penyediaan bahan-bahan sehinggalah ke peringkat menghiaskan juadah membuatkan mereka tidak terkenal seperti nama-nama chef selebriti.
Biarpun demikian, kerjasama mereka ibarat sebuah pasukan menyediakan hidangan yang memuaskan selera setiap pengunjung.
Begitu juga dengan Chef Eksekutif, Shaifudin Wali Mohamed dari Hotel Four Points Sheraton Langkawi yang berpengalaman bertugas di bahagian dapur bermula dari pembantu masakan hinggalah bergelar chef profesional.
Pada peringkat terkini dalam kerjayanya, tugasannya mencabar dari segi penyediaan menu, bertanggungjawab kepada soal pengurusan dapur, menjaga kualiti makanan dan melayan citarasa pelanggan.
Berasal dari Jitra, Kedah, kisah Chef Shaifudin dalam bidang kulinari bermula sejak 1989.
Menurutnya, pelanggan yang keluar masuk tidak merisaukannya tetapi pelanggan yang tinggal lama di sesebuah hotel lebih mencabar kemampuan seorang chef dari segi penyediaan juadah.
"Pelanggan yang tinggal lama di hotel pastinya jemu jika dihidangkan dengan menu yang sama setiap hari.
"Sebab itu sebagai chef, kami perlu menyediakan pelbagai hidangan yang menepati selera setiap pengunjung.
"Kalau tempahan bilik penuh, hidangan secara buffet amat bersesuaian," jelasnya.
Chef Shaifudin berkata, kerjaya ini telah sebati dengan kehidupannya.
"Bidang ini mudah mendapat pekerjaan kerana industri pelancongan, perhotelan dan restoran semakin berkembang dan permintaan terhadap bidang kerja chef juga semakin bertambah.

"Di mana-mana pun chef boleh mendapatkan pekerjaan. Selagi orang perlu makan selagi itu kami ada kerja.

"Bagaimanapun, kesabaran amat penting dalam menyediakan hidangan yang enak. Kalau boleh kita perlu masak dengan sepenuh hati mengikut resipi tertentu," ujarnya.
Pekerjaan sebagai seorang chef membuka pelbagai peluang dalam industri restoran, hotel, kapal pesiaran dan resort.
Selain itu, chef juga berpeluang meningkatkan kemahiran memasak, memiliki perniagaan berasaskan makanan ataupun produk masakan dan tenaga pengajar.
Dengan kemahiran dan kebolehan yang ada membuatkan kerjaya seseorang chef dikagumi ramai terutama buat mereka yang berpeluang bertugas di hotel lima bintang yang terletak di lokasi percutian idaman ramai.
"Jika individu itu boleh bekerja di bawah tekanan, melakukan beberapa tugas dalam satu-satu masa, bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan, gunakan kreativiti dan imaginasi untuk menghasilkan juadah yang kelihatan menarik, bersabar dengan tugasan remeh seperti memotong sayur-sayuran dan memahami rantai pemakanan dengan baik, kerja chef pastinya bersesuaian dengan individu terbabit.
"Jika di negara maju seperti Britain, lebih 520,000orang bekerja dalam industri restoran dan kebanyakannya berumur bawah 30 tahun.
"Setiap tahun, terdapat sekitar 30,000 kekosongan dan ini memberi peluang kepada mereka yang minat memasak mendapatkan pekerjaan," katanya.



CONTOH PELUANG KERJAYA MASAKAN TERKINI: Khusus untuk anak-anak yang sudah tidak minat nak sambung belajar ke Tingkatan 4, daripada duduk saja di rumah atau lepak naik motor di ladang, lebih baiklah ambil bidang kemahiran memasak ni.


Salam 1Belia 1Kemahiran
Majlis Belia Malaysia kini menjalinkan kerjasama dengan Little Wok Kitchen, sebuah industri perkhidmatan sajian makanan dan minuman yang juga penyedia latihan di bawah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Golongan belia yang berumur 16-30 tahun yang berminat dalam kerjaya sebagai CHEF dan PENYELIA HIDANGAN di pelawa menyertai latihan kemahiran bidang ini pada sesi pengambilan September 2013. Tempat latihan di Pusat Latihan Little Wok Kitchen dan semua 24 buah rangkaian restoran Little Wok Kitchen di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kuota penyertaan adalah untuk 100 orang, lelaki dan wanita, terbuka kepada semua bangsa.

YURAN PENGAJIAN ADALAH PERCUMA!
ELAUN DISEDIAKAN SEBANYAK RM900.00
LATIHAN DI TEMPAT KERJA SEBENAR
ASRAMA DAN PAKAIAN SERAGAM DISEDIAKAN
TEMPOH LATIHAN SELAMA 18 BULAN SEPENUH MASA KAEDAH LATIHAN 80% PRAKTIKAL (ALAM KERJA SEBENAR) DAN 20% TEORI
Permohonan melalui online: SILA KLIK DISINI
Tarikh tutup permohonan: 31 Ogos 2013

MBM dengan kerjasama LITTLE WOK KITCHEN dan JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) menawarkan tempat kepada 100 orang belia tanpa mengira agama dan bangsa berumur 16-30 tahun mengikuti Program SLDN: PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN & MINUMAN. Elaun sebanyak RM900.00 sebulan disediakan.

Keterangan lanjut dan pendaftaran, sila klik link di bawah:

http://mytevt.blogspot.com/2013/08/kursus-percuma-sldn-perkhidmatan-sajian.html#.UgnfEYfRgF0.facebook



KURSUS HOSPITALITY IKBN UNTUK LEPASAN SPM


A) PENYEDIAAN MAKANAN


PENGENALAN JURUSAN

  1. Penyediaan Makanan merupakan jurusan yang berkaitan dalam bidang masakan dan katering.
  2. Pelatih akan mempelajari pelbagai masakan dari timur dan barat seperti menyediakan pelbagai jenis nasi, lauk-pauk, sayuran, pasta, sup, sos, appetizer, desert , ‘local & western breakfast’ dan pengendalian barbeque serta hidangan buffet.
  3. Selain dari itu pelatih juga akan mempelajari teknik pembuatan pastri, kek dan roti. Pelatih akan dinilai secara teori dan amali berdasarkan keterampilan pelatih dari aspek pengetahuan, kemahiran, kelakuan, kebersihan, keselamatan dan kebolehan melaksanakan kerja-kerja amali.
  4. Melalui Latihan Berasaskan Keterampilan ini, pelatih berpeluang mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  5. Kursus ini merupakan salah satu bidang di bawah Sekolah Hospitaliti. Modul kursus ini berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
PROSPEK KERJAYA

  1. Chef dan pembantu tukang masak di sektor perhotelan.
  2. Usahawan perniagaan restoran dan pengeluar makanan sejuk beku.
PERSIJILAN DAN TEMPOH LATIHAN

  1. Pelatih-pelatih yang telah terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap iaitu :

Tahap
Peringkat
Tempoh
Tahap 1
Peringkat Asas
6 Bulan
Tahap 2
Peringkat
Lanjutan
6 Bulan







RINGKASAN MODUL LATIHAN

TAHAP 1—SKM 1 (COMMIS)
HANDLE FOOD ITEM
EGG DISHES
VEGETABLES DISHES
APPETIZER
WHITE STOCK
LOCAL SOUP
BROWN STOCK
POULTRY DISHES
PORRIDGE
LOCAL DISHES
LOCAL FRIED DISHES
LOCAL DESSERT
JUICES
BUFFET DISPLAY

TAHAP 2—SKM 2 (DEMI CHEF)
FOOD STORAGE
APPERTIZER
DRY AND MOIST HEAT COOKING
SEAFOOD DISHES
MEAT DISHES
VEGETARIAN DISHES
INTERNATIONAL BREAKFAST
COMPRESSED RICE DISHES
GLUTINOUS RICE DISHES
FLAVOURED RICE DISHES
YEAST BASED PRODUCT
INTERNATIONAL SET MEALS
STALL CONCEPT COOKING



















B) PENYELIAAN MAKANAN DAN MINUMAN

PENGENALAN JURUSAN

  • Bidang Penyeliaan Makanan Dan Minuman adalah merupakan salah satu bidang yang terdapat di Sekolah Hospitaliti di mana modul latihan ini berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang bersesuaian dan seiring dengan kehendak industri .
  • Bidang Penyeliaan Makanan & Minuman merupakan jurusan yang berkaitan dengan cara penyajian makanan dan minuman.
  • Pelatih akan diberi latihan secara amali dan teori cara-cara melayan tetamu di meja makan, mempelajari cara hidangan Melayu, Cina dan antarabangsa di restoran dan hotel-hotel. Selain itu, pelatih juga akan mempelajari teknik-teknik melipat napkin, susunatur pinggan mangkuk dan kutleri di meja makan.
  • Pelatih akan dinilai berdasarkan keterampilan dari aspek pengetahuan, kemahiran, kelakuan, kebersihan, keselamatan, dan kebolehan melaksanakan kerja amali.
  • Melalui Latihan Berasaskan Keterampilan ini pelatih berpeluang mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
PROSPEK KERJAYA

  • Bekerja di industri perhotelan dan pelbagai jenis restoran.
  • Bekerja di bahagian katering penerbangan dan perkapalan katering.
  • Usahawan dalam bidang penyajian dan katering

PERSIJILAN DAN TEMPOH LATIHAN
  • Pelatih-pelatih yang telah terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap iaitu:
Tahap
Peringkat
Tempoh
Tahap 1
Pramusaji
6 Bulan
Tahap 2
Ketua Makanan & Minuman
6 Bulan





RINGKASAN MODUL LATIHAN

TAHAP  1
HYGIENE AND GROOMING
ORGANISE PRE PREPARATION
CUSTOMER SERVICE
BEVERAGE SERVICE
BUFFET AND COUNTER SERVICE
ROOM SERVICE
BANQUET SERVICE

TAHAP  2
SAFETY FUNCTION
OPERATION PREPARATION
RESERVATION FUNCTION
LOUNGE SERVICE
TABLE SERVICE
SPECIALISED FOOD & BEVERAGE SERVICE
GUEST SERVICE














C) PASTRI

PENGENALAN JURUSAN

  • Penyediaan Pastri merupakan jurusan yang berkaitan dalam pembuatan ‘Confectionary Item’.
  • Pelatih akan diberi latihan secara teori dan amali mengenai kaedah membuat pelbagai jenis pastri dan kek, biskut, puding, dessert, aiskrim, kuih melayu serta teknik-teknik menghias kek dari buttercream icing dan sugar paste.
  • Selain itu pelatih akan mempelajari cara menggunakan perkakas dan peralatan pastri yang digunakan dalam pembuatan pastri masa kini.
  • Melalui Latihan Berasaskan Keterampilan ini pelatih berpeluang mendapat  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan  Kemahiran (JPK).
  • Kursus ini merupakan salah satu bidang di bawah Sekolah Hospitaliti. Modul kursus ini berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang digubal oleh  Jabatan Pembangunan  Kemahiran (JPK).

PROSPEK KERJAYA

  • Penyediaan kek dan roti di Industri Perhotelan dan Restoran
  • Usahawan dalam bidang membuat kek dan roti
PERSIJILAN DAN TEMPOH LATIHAN

  • Pelatih-pelatih yang telah terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap iaitu:
Tahap
Peringkat
Tempoh
Tahap 1
Commis Pastri
6 Bulan
Tahap 2
Pastri Cook
6 Bulan





RINGKASAN MODUL LATIHAN

TAHAP  1
SAFETY
HYGIENE
PASTRY UTENSIL & EQUIPMENT
PASTRY PRE-PREPARATION
FOOD REQUISITION
PUFF PASTRY
SWEET PASTE
ICING
COLD DESSERT
HOT DESSERT

TAHAP  2
SPONGE CAKE
BUTTER CAKE
CHEESE CAKE
MERINGUE
SOUFFLE
FROZEN DESSERT
COOKIES
FRENCH PASTRY
CHRISTMAS ITEM
MALAY KUIH
PUDDING
DISPLAY
 

 

 

 

 

 

 

 

 Current Activities

Oleh itu, para belia diseru agar dapat menfaatkan peluang yang telah tersedia ini bagi mencapai masa depan yang lebih cerah dalam industri minyak dan gas berbanding membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah. Walaubagaimana pun, diingatkan bahawa IKBN Bandar Penawar merupakan sebuah institusi latihan yang menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran sahaja. Sekiranya terdapat khabar angin yang mengatakan IKBN Bandar Penawar menjanjikan peluang pekerjaan adalah tidak benar sama sekali.



Pendaftaran Kursus Basic Inspection In Welding Sesi Julai 2013

Seramai 45 orang telah mendaftar sebagai peserta bagi Kursus Basic Inspection In Welding di IKBN Bandar Penawar hari ini. Seramai 12 orang terdiri daripada belia India yang mana di taja sepenuhnya oleh Persatuan Belia MIC dan 33 orang peserta adalah daripada masyarakat setempat yang telah lulus semasa sesi temuduga. Para peserta menginap di asrama IKBN Bandar Penawar dan makan serta minum disediakan. Para belia dinasihatkan supaya merebut peluang yang disediakan kerana peluang perkerjaan yang luas terutamanya dalam bidang Minyak dan Gas.



Sumber; www.ikbnbp.gov.my


(artikel ini telah disiarkan pada 10/9/2013 dan akan menjadi entry utama sehingga 25/9/2013)

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .