Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kerjaya Pereka Fesyen Halatuju Selepas PMR Dan SPM

Kerjaya Pereka Fesyen Halatuju Selepas PMR Dan SPM

Assalamualaikum dan sleamat sejahtera. Anak-anak didik saya ada bertanya kerjaya bidang jahitan. KhusuS buat pelajar Calon PMR 2013 dan Calon SPM 2013, semoga entry ini membantu anak-anak membuat penilaian yang tepat berkaitan minat kerjaya anda.

         Kerjaya Pereka Fesyen mengaplikasikan teknik artistik pada produk rekaan, pakaian dan promosi pakaian. Mereka berperanan dalam menentukan pemilihan pakaian yang baik menggunakan tekstur produk yang berkualiti. Salah satu bidang kerjaya yang memerlukan kreativiti seseorang individu itu adalah bidang seni reka fesyen. Dunia fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh melihat pelbagai jenis fesyen direka bentuk dan dicipta.
 
Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi monopoli kaum wanita, sebaliknya lelaki turut mengambil bahagian dan mewujudkan beberapa nama besar seperti yang dilihat pada hari ini. Ramai pereka fesyen lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, bidang ini juga dianggap antara kerjaya yang glamor. Bidang ini dikatakan mampu memberi pendapatan lumayan serta tidak mengecewakan. Pihak media terutamanya memberikan peluang meluas kepada para pereka fesyen baru untuk menonjolkan bakat di majalah-majalah serta saluran televisyen. 

Orang ramai mudah tertarik kepada kerjaya ini kerana sifatnya mudah dilihat orang ramai. Trait personaliti memang berkaitan bidang kerjaya glamor ini. Pereka fesyen boleh dikategorikan sebagai golongan ekstrovert iaitu suka mencari perhatian, gemar sesuatu yang mencabar dan mencari pekerjaan baru.

              Saya tahu, ramai rakan di luar sana yang boleh menyatakan beberapa lagi jenis kerjaya berkaitan bidang jahitan. Semoga dengan post saya kali ini, para graduan yang baru keluar dari mana-mana institut latihan kemahiran boleh memilih arah tuju kerjaya mereka. Ingin saya rumuskan di sini tentang beberapa jenis kerjaya dalam bidang jahitan:
  1. Jurujahit
  2. Jurupotong
  3. Pengurus syarikat
  4. Tenaga pengajar
  5. Pembekal
  6. Pereka Fesyen
  7. Pensyarah
  8.  Pengilustrasi fesyen
  9.  Penyelaras warna
  10.  Pelukis grafik atau batik
  11. Penyelia Jurupakaian Gred N17 Di Sektor Kerajaan
  12.  Menceburi bidang keusahawanan fesyen dan pakaian
Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++
Tahap Pendidikan
  • Sijil Kemahiran Malaysia
  • Diploma Kemahiran Malaysia
  • Diploma Reka Bentuk Pakaian / setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Pakaian / setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk dan Seni (Reka Bentuk Pakaian) / setaraf
 Kelayakan
Pendidikan

2 atau 4 tahun ijazah dari kolej atau universiti dalam kursus rekaan fesyen, perniagaan fesyen atau yang berkaitan dengannya.

Pengalaman

Lebih kurang 7 tahun bekerja sebagai pelatih, penolong pereka dan pereka junior.

Kemahiran

Kebolehan menjahit, melukis dan kemahiran sketching, tahu menggunakan komputer terutama CAD atau computer assisted design.
 

Karier

Penolong pereka dan pengurus fesyen

Contoh Institusi



Pelayar blog boleh tinjau usahawan jahitan wanita yang juga mentor jahitan, sila klik blog beliau http://hafizahtopstitch.blogspot.com/



Senarai Tugas


  • Menentukan objektif rekaan dengan merujuk pelanggan, menjalankan penyelidikan dan menganalisis keperluan pelanggan;
  • Mencipta dan melaksanakan kesan artistik untuk pengiklanan dan dalam paparan atau promosi lain.
  • Merekabentuk produk industri dan komersial termasuk jenis, gaya pakaian dan aksesori terkini serta mempertimbangkan keperluan teknikal dan keperluan lain;
  • Menyelia penghasilan sampel produk atau ilustrasi rekaan,mengarahkan pekerja lain membuat model,corak produk, mengarahkan artis membentang atau menyusun atur kerja seni untuk percetakan;
  • Merekabentuk dan mewarnakan pemandangan latar pentas;

 KEMAHIRAN YANG PERLU ADA


Kemahiran 1
Mempunyai minda yang kreatif dan mampu berfikir dalam menyelesaikan sesuatu rekaan. Menampilkan rekaan yang menarik dan mesti mengikut perkembangan fesyen masa kini.
Kemahiran 2
Mahir melukis pakaian dan dapat memanipulasikan orang lain.
Kemahiran 3
Mahir menjahit. Memiliki kemahiran berkaitan kaedah yang betul dan tepat menjahit pakaian.
Kemahiran 4
Berjaya membangkitkan cetusan warna, susunan dan potongan yang indah. Mempunyai kekuatan tersendiri sama ada daripada segi gabungan warna, potongan dan pemilihan fabrik.
Kemahiran 5
Mereka dan melakar pakaian sehingga dapat direalisasikan dengan sempurna.
Kemahiran 6
Mendraf pola dan membuat penyesuaian
Kemahiran 7
Kemahiran menggunakan alatan pembuatan pakaian.
Kemahiran 8
Mengenal pasti, memilih, menggunakan bahan jahitan dan hiasan pada pakaian.
Kemahiran 9
Membuat anggaran perbelanjaan keseluruhannya.
Kemahiran 10
Kemahiran asas mengukur, mempunyai kemahiran yang betul dan tepat dalam mengambil ukuran badan mengikut gaya dan potongan pakaian mengikut permintaan pelanggan.
Kemahiran 11
Asas memotong. Mempunyai kemahiran yang betul dan tepat berkaitan cara-cara memotong pakaian. Pemotongan biasanya dibuat berasaskan jenis kain dan model pakaian.
Kemahiran 12
Pakar dalam penggunaan kain-kain yang bermutu tinggi.


 Syarat Kelayakkan:
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPMV) ataupun yang setaraf dengannya. Dengan 5 matapelajaran kredit termasuk:
Bahasa Melayu dan kesusateraan dan 3 subjek lain serta lulus Bahasa Inggeris, atau
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) ataupun yang setaraf dengannya. Dengan 4 subjek kredit, beserta pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan.
Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai kepujian dalam kesusateraan dan Bahasa Melayu.
Lulus ujian lukisan dan ujian buta warna. Pelajar akan belajar berkaitan fesyen, kemahiran ilustrasi, perangai pelanggan, fotografi dan cara mencipta pakaian.
Ini semua dapat membantu pelajar-pelajar mendapat gambaran lebih jelas dan terang berkaitan kepelbagaian elemen yang terlibat secara langsung dalam fesyen dan juga jualan runcit.
Sekurang-kurangnya memiliki Diploma. Program ini mengandungi cara-cara bagi mengahsilkan corak kain dan pemotongan kain, sejarah fesyen, pembelajaran perniagaan dan penafsiran rekaan di antara masing-masing.
Pelajar juga diajar aspek perniagaan fesyen serta teknologi terkini yang berkaitan penggunaan komputer dalam melakarkan rekaan fesyen.
Latihan secara praktikal diberikan bagi memastikan pelajar-pelajar berkaitan aturan kerja dan teknik mereka dan mencipta yang paling utama.

 

Ciri-ciri asas yang mesti dimiliki pereka fesyen yang berjaya. Ciri-ciri itu meliputi ciri-ciri berikut:
Minat terhadap fesyen serta berpenampilan.
Berminat mengikuti perkembangan dunia fesyen yang cepat berubah
Memiliki daya kreativiti, imaginatif dan artistik kerana bidang ini memerlukan individu yang kreatif.
Boleh bekerja secara bersendirian atau berpasukan.
Bekerja mengikut jadual yang ditetapkan.
Memiliki kemahiran melukis.
Sedia bersaing, cekal serta mempunyai tahap motivasi yang tinggi bagi merealisasikan impian kerjaya anda.
Fokus dan tumpuan baik terhadap kerja yang dilakukan.
Bersikap Positif
Tahun Pertama
Menyediakan kursus asas bagi menilai kemampuan dan meningkatkan kemahiran asas melukis, 2, dan 3 dimensional design, design conceptualizing dan digital design.
Tahun Kedua
Memperkenalkan bidang yang khusus dengan kursus dalam rekaan fesyen, illustration draping, clothing construction, pattern drafting dan menjahit.
Tahun Ketiga
Kursus ini menolong anda melahirkan pereka fesyen yang kreatif dalam mengilhamkan rekaan fesyen dan daripada segi teknikal termasuklah membuat pemantauan berkaitan rekaan di peringkat antarabangsa dan pasarannya. 


 Kerjaya di sektor kerajaan:
 
KERJAYA Penyelia Jurupakaian Gred N17   SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

 Gaji minimum RM927.03
Gaji maksimum  RM3,089.68

 Syarat Lantikan:
  • Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia pada peringkat peperiksaan tersebut, mempunyai pengalaman dan kebolehan yang terkemuka mutunya dalam bidang berkaitan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
    [ Gaji Permulaan : RM927.03 ] atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia pada peringkat peperiksaan tersebut, mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;
    [ Gaji Permulaan : RM927.03 ] atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang jahitan dan pembuatan pakaian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM983.43 ] atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang jahitan dan pembuatan pakaian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [ Gaji Permulaan : RM1,039.83 ]

  Bertanggungjawab menyediakan semua urusan pakaian keperluan rancangan TV, penjadualan tugas kakitangan unit pakaian, berurusan mendapatkan penajaan pakaian serta memastikan kesesuaian dari segi fesyen dan warna, menentukan kebersihan pakaian di bawah kawalan serta mengendalikan urusan cucian selepas rakaman rancangan.

 Untuk memohon jawatan ini sila ke website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia  http://www.spa.gov.my

 

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2011 KELAYAKAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM


JPA
11/1/2011



TUJUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan kelayakan Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.

LATAR BELAKANG
2. Kerajaan melalui Bajet 2010 dan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10)
memberi penekanan terhadap usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah transformasi pendidikan
vokasional dan teknik serta Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
Manusia di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006
dipertanggungjawab untuk melahirkan lulusan aliran kemahiran bagi keperluan
industri khususnya. Namun begitu, sebagai mendokong inisiatif melahirkan lulusan
aliran kemahiran tersebut, perkhidmatan awam turut bertanggungjawab untuk
memastikan nilai pasaran mereka diiktiraf dengan membolehkan pelantikan ke
jawatan-jawatan bersesuaian dalam perkhidmatan awam.

DASAR BARU

Kerajaan mengambil maklum akan kepelbagaian kelayakan serta bidang SKM
yang ditawarkan oleh institusi latihan awam dan swasta yang mana objektif utama
adalah bagi keperluan pasaran industri. Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam
pula, peruntukan kelayakan SKM ini adalah berdasarkan kepada bidang-bidang
yang dipersetujui pihak ketua-ketua perkhidmatan yang berkenaan mengambil
kira kesesuaian kelayakan tersebut dalam melaksanakan skop fungsi bidang
tugas yang diperlukan oleh perkhidmatan berkaitan.


4. Pada masa ini kelayakan SKM Tahap 2 telah diperuntukkan sebagai salah satu
syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Pengajar Kraf, Pembantu Pegawai Latihan
Vokasional, Tukang Masak, Penyelia Jurupakaian, Tukang K1, Tukang K2 dan
Tukang K3. Sebagai memperluaskan pasaran lulusan aliran kemahiran dalam
perkhidmatan awam, Kerajaan bersetuju supaya kelayakan SKM Tahap 3 turut
diperuntukkan sebagai salah satu syarat lantikan ke skim-skim perkhidmatan yang
telah dikenal pasti bersesuaian. Senarai skim perkhidmatan tersebut adalah seperti
berikut:



(a) Pemeriksa Kereta Motor Gred A17;
(b) Ahli Muzik Gred B17;
(c) Ahli Fotografi Gred B17;
(d) Jurusolek Gred B17;
(e) Pengajar Kraf Gred E17;
(f) Pembantu Pegawai Latihan Gred E17;
(g) Juruteknik Komputer Gred FT17;
(h) Pembantu Perikanan Gred G17;
(i) Penyelia Rancangan Tanah Gred G17;
(j) Pelukis Pelan Gred J17;
(k) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17;
(l) Penyelia Jurupakaian Ged N17; dan
(m) Juruaudio Visual Gred N17.


Untuk Keterangan lanjut (sila Klik disini) Sumber; http://cuepacs.blogspot.com/2011/01/pekeliling-perkhidmatan-bilangan-1.html


CONTOH PELUANG KERJAYA BIDANG JAHITAN  DI SEKTOR KERAJAAN (SUDAH DITUTUP):

KOLEJ KOMUNITI REMBAU


PEKERJA SAMBILAN HARIAN
(PSH) Pensyarah Gred DH29
(Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat) 

1.Kumpulan Perkhidmatan:Kumpulan Sokongan
2.Klasifikasi Perkhidmatan:Perkhidmatan Pentadbiran
3.Jadual Upah: Tuan / Puan akan dibayar upah seperti yang
ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
3 Tahun 2011 iaitu RM72.00 sehari.
4.Syarat Lantikan:Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut :
(a)
Warganegara Malaysia;
Diploma dalam bidang Fesyen dan Jahitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;


Kolej Komuniti Hulu Langat menawarkan 4 kekosongan untuk jawatan kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) berikut:

1. Pensyarah Jahitan dan Senireka Fesyen - 1 kekosongan
2. Pensyarah Kulinari - 1 kekosongan

Syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia;
2. PSH tidak termasuk dalam kategori pegawai awam;
3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda bagi bidang yang berkaitan;
4. Sihat tubuh badan.

Temuduga Terbuka akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 29 Mei 2012
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Perpustakaan, Kolej Komuniti Hulu Langat

Cara Memohon:
1. Calon yang berminat boleh membawa bersama resume/Curriculum Vitae (CV) beserta sijil-sijil berkaitan.
2. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Jalan Prima Saujana 2/G,
Taman Prima Saujana,
43000 Kajang.
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 8737 0037
Faks : 03 8737 0027


sumber iklan jawatatan : http://kkhl.edu.my

 IKBN:

 Fashion Design & Textile Technology


REKAAN FESYEN DAN PAKAIAN IKBN




REKAAN FESYEN DAN PAKAIAN
Rekaan Fesyen & Pakaian.


Kursus Rekaan Fesyen & Pakaian merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Textile & Apparel. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian berdasarkan system keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan. 

Pelatih akan dinilai berdasarkan keterampilan dari aspek pengetahuan, kemahiran, prosedur keselamatan dan kebolehan melaksanakan kerja amali. Melalui latihan berasaskan keterampilan pelatih yang Berjaya akan memperolehi Diploma Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Persijilan
  • Pelatih-pelatih yang terampil (lulus) akan dianugerahkan dengan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap 4.

Tempoh Pengajian
  • Tahap 4 – 1 tahun + 3 Bulan (OJT)

Kelayakan Masuk
  • Berusia di antara 20-30 tahun semasa memohon dan berkelulusan Tahap 3 Pembuat Pakaian Wanita / Pembuat Pakaian Lelaki
  • Belum berkahwin / bujang.

Prospek Kerjaya
  • Usahawan dalam bidang berkaitan 
  • Pegawai Penilai / Pegawai Pengesah Dalaman Pusat Bertauliah Swasta / Kerajaan
  • Tenaga Pengajar Pusat Bertauliah Swasta/Kerajaan

 SUMBER; http://www.ikbnkl.gov.my
 http://www.ikbnkl.gov.my

 KKTM REMBAU
 Diploma Rekabentuk Fesyen
  
KKTM Rembau(Official) syarat kemasukan untuk semua kurusu di sisni :

1)
LULUS SPM / SPMV dengan kepujian dalam subjek-subjek berikut :
1. Bahasa Melayu
2. Matematik atau Matematik Tambahan DAN 

Credit BM,Seni Lukis/Lukisan Kejuruteraan dan mana2 1 subjek lain
2) Lulus BI



KKTM REMBAU 
Batu 8, Kundur Hilir, Pedas, 
71300 Rembau,
Negeri Sembilan 
Tel : 06-6970470.
 Faks : 06-6970590. 
Laman Web : http://www.kktmr.edu.my/v1/


UITM


FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA
Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Syarat Khas Program


Terbuka kepada pemohon aliran Sains/Teknikal dan Sastera
Diploma Seni Lukis dan Seni Reka
(3 tahun / 6 Semester )
(Program bertemu duga)

Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.
Pelajar-pelajar akan ditempatkan di salah satu Bidang Pengkhususan berikut semasa berada di semester DUA (2):
  • Seni Reka Grafik dan Media Digital
  • Seni Reka Tekstil
  • Seni Reka Logam Halus
  • Seni Reka Perindustrian
  • Seramik
  • Seni Reka Fesyen
  • Seni Halus
  • Fotografi dan Pengimejan Kreatif
  • Teknologi Percetakan

LEPASAN SPM DAN PENGALAMAN KERJA



Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat EMPAT (4)kepujian termasuk mana-mana mata pelajaran berikut:
  • Pendidikan Seni / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Seni Reka Tanda / Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Sains / Teknologi Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian / Pengajian Pakaian / Pola Pakaian / Rekaan dan Jahitan Pakaian / Membuat pakaian / Sejarah / Pendidikan Islam / Kesusasteraan Melayu / Geografi / Tasawwur Islam / Grafik Berkomputer / Produksi Multimedia
DAN
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan
DAN
Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya DUA (2) tahun dalam bidang yang berkaitan
SERTA
Lulus ujian / temu duga yang dikendalikan oleh pihak Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka :
  • Ujian Melukis
  • Ujian Buta Warna
  • Temu duga


PELUANG BIDANG KERJAYA JAHITAN DAN FESYEN DI SEKTOR SWASTA



PEREKA FESYEN
Gaji atau Pendapatan
Sukatan gaji                    : RM14,400 hingga RM200,000
Permulaan gaji                 : RM14,500 hingga RM40,000
Pereka Berpengalaman     : RM20,000 hingga RM40,000
Pendapatan bagi mereka yang telah lama menceburi bidang ini mencecah ke RM75,000 hingga melebihi RM100,000.
 PEREKA KOSTUM
Gaji atau Pendapatan
Sukatan gaji                    : RM500 hingga RM150,000
Permulaan gaji                 : RM500 per pengeluran
Pereka Berpengalaman     : RM20,000 per pengeluaran
Pendapatan bagi mereka yang telah lama menceburi bidang ini mencecah ke RM150,000 setiap pengeluaran.

Kelayakan
Pendidikan
Ijazah dalam kursus Costume Design, Fashion Design ataupun Theater. ppengetahuan dalam menjahit dan art and history sebagai tambahan.
Pengalaman
Berpengalaman dalam mereka dan mencipta pakaian dan aksesoari serta melibatkan diri dalam menghasilkan kostum untuk kolej ataupun persembahan teater perseorangan.
Kemahiran
Kreatif dan berpengetahuan luas berkaitan sejarah fesyen, sejarah kesenian dan sejarah dunia secara keseluruhannya, kemahiran penyelidikan yang baik, kemahiran secara teknikal bagi mereka, kemampuan bekerja dengan orang lebih profesional dan kebolehan mengatasi segala masalah.
Karier
Retail sales associate, related fashion position, personal stylist.






 Petikan daripada Utusan Malaysia, di bawah:

IKIP SKILLS Prospek kerjaya dorong ikuti kursus rekaan



Pensyarah Rekaan Fesyen IASC, Faridah Ahmad, memberi tunjuk ajar kepada seorang pelajarnya pada bengkel jahitan di Kuantan, kelmarin.



KUANTAN 4 April - Kursus rekaan fesyen terus menarik minat para lepasan sekolah berikutan prospek kerjaya yang cerah selain menjanjikan pulangan lumayan.
Seorang pelajar kursus rekaan fesyen di IKIP Advanced Skills Centre (IASC) di sini, Syahirah Sulaiman, 19, berkata, dia memilih bidang itu kerana minat yang terlalu mendalam.


Katanya, selain berminat menjadi seorang pereka fesyen terkemuka suatu hari nanti, dia juga bercita-cita memiliki sebuah butik pakaian.
"Saya akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai impian ini dan akan menggunakan segala ilmu yang diperoleh dalam kerjaya nanti," katanya.
Seorang lagi pelajar, Nur Fatihah Mohamed Taib, 20, pula berkata, pereka fesyen adalah cita-citanya sejak di bangku sekolah rendah.
"Selepas habis sekolah menengah saya sempat mengambil kursus selama enam bulan di GiatMara sebelum menyambung pengajian di sini.
"Kini saya berada di tahap dua dan akan meneruskan pembelajaran sehingga ke tahap empat bagi merealisasikan cita-cita saya," katanya.
Sementara itu, Nurul Khairunnisha Zumara, 20, dari Kuala Lumpur berkata, selain ingin menjadi pereka fesyen yang disegani dia juga mahu menjadi seorang pensyarah dalam bidang tersebut.
"Saya ingin berkongsi idea dan menyampaikan ilmu kepada sesiapa yang berminat dalam bidang ini.
"Selain itu saya juga ingin membantu ibu mengembangkan perniagaannya memandangkan ibu memiliki sebuah butik menjual pakaian di Kuala Lumpur," katanya lagi.





Jahitan beri pulangan lumayan

Wednesday, February 10, 2010
latihan praktikal dan teori diberikan kepada pelatih-pelatih di Akademi Jahitan Mellia, Kota Kinabalu.


KOTA KINABALU 9 Feb. - Bidang jahitan mempunyai potensi besar untuk menjadi sumber pendapatan lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Perkara itu bukan satu fantasi tetapi sudah dibuktikan oleh ramai pengusaha termasuk Sithi Farriah Abdullah, 48.

Anak kelahiran Papar itu sanggup meninggalkan kerja yang menawarkan pendapatan tetap setiap bulan demi menjayakan cita-cita membina kejayaan dalam bidang jahitan.

Selepas 15 tahun berlalu, ibu kepada tujuh anak itu bukan sahaja berjaya memiliki kedai jahitan di bawah jenama My Tailor tetapi membuka dua akademi latihan menjahit di Tawau dan Kota Kinabalu.
Menurutnya, menubuhkan akademi tersebut adalah cita-citanya sejak sekian lama iaitu untuk membantu remaja dari keluarga miskin mengasah bakat dalam bidang jahitan.

Bercerita mengenai salah satu akademi latihan yang dikenali sebagai Pusat Akademi Jahitan Mellia, Sithi berkata, pusat yang ditubuhkan pada 2001 itu kini mempunyai seramai 100 pelatih.

"Pelatih di sini diberi latihan selama dua tahun melibatkan tiga tahap iaitu tahap pertama dan kedua selama enam bulan, manakala tahap ketiga selama 12 bulan.

"Pelajar yang berjaya menamatkan ketiga-tiga tahap ini layak menerima Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap-tahap yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau yang juga pengetua akademi berkenaan menambah, antara subjek yang akan diajar termasuk menjahit pakaian wanita dan lelaki, mereka fesyen dan baju pengantin serta teknik sulaman manik dan labuci.

Selain itu, pelatih akan didedahkan dengan kursus penyelia kelas jahitan dan menjahit tudung, sarung bantal, cadar dan alas meja.

Menurutnya, sistem pendaftaran pelatih dilakukan secara terbuka sepanjang tahun.

"Keutamaan akan diberikan kepada pemohon berusia 17 tahun ke atas dan mempunyai minat tinggi dalam bidang jahitan.

"Sistem latihan yang dilaksanakan adalah 70 peratus praktikal dan 30 peratus teori manakala jadual dan peperiksaan mengikut standard persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)," katanya.
Sithi berkata, asrama turut disediakan demi keselesaan dan keselamatan pelatih.

Menurutnya, setelah hampir sembilan tahun beroperasi, sebanyak 1,000 pelatih sudah dilahirkan dan hampir 80 peratus daripada pelatih tersebut berjaya dalam bidang jahitan.

Katanya, ada antara bekas pelatih sudah mempunyai kedai jahit sendiri, mengambil tempahan dan kembali berkerja di pusat itu sebagai tenaga pengajar.

Walaupun mengakui berhadapan dengan banyak saingan, Sithi yakin semua cabaran itu boleh diatasi dengan semangat dan strategi yang betul.

Ujarnya, sebagai pengasas beliau sentiasa memastikan kurikulum di pusat itu sentiasa terkini dan diterima oleh generasi baru.
- Utusan




1 Comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian info...

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .