Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Diwujudkan Elak Keciciran

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Diwujudkan Elak Keciciran


KUCHING, 17 Sept (Bernama) -- Kerajaan akan mewujudkan lebih banyak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di seluruh negara jika modul sekolah pertama yang akan dilaksanakan di Kuala Lumpur itu berjaya, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan.

Beliau berkata sekolah yang akan dirasmikan bulan depan, itu diwujudkan dengan hasrat memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak di kawasan tumpuan Chow Kit, yang terbiar dan tidak mempunyai sijil kelahiran hingga menjejas peluang mereka mendapat pendidikan.





"Sudah 70 orang anak-anak dari sekitar kawasan tersebut mendaftar. Sekolah ini mempunyai modul khas melibatkan pendidikan rendah dan menengah.

"Kementerian akan menyediakan guru untuk mengajar dengan kaedah baru yang berbeza oleh kerana ini sekolah yang pertama seumpamanya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Malaysia di Kolej Komuniti Kuching, Petra Jaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kamalanathan berkata SBJK adalah antara perkara dititik beratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat Malaysia.

"Kita tidak mahu mereka mencari alasan untuk tidak belajar, kerajaan menyediakan peluang pendidikan kepada semua, dan seperti dimuatkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kerajaan mementingkan pendidikan kepada rakyat negara ini," katanya.



SBJK akan memulakan operasinya di bangunan lama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz selepas siap sepenuhnya dibina pada 17 April lepas.



Sementara itu, ditanya mengenai laporan akhbar tentang dakwaan guru membuat pembayaran melalui orang tengah untuk tujuan pertukaran, Kamalanathan berkata sebuah jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Beliau berkata mengikut prosedur pertukaran guru, sebarang pertukaran dibuat berdasarkan beberapa kriteria utama, termasuk keperluan perkhidmatan, opsyen atau mata pelajaran dan kekosongan di negeri yang dipohon.

Pada 13 Sept, Kementerian Pendidikan mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas berikutan laporan akhbar mengenai dakwaan di sebuah laman web bahawa wujud pihak yang membuat pembayaran melalui orang tengah setelah kecewa permohonan untuk pertukaran tidak berjaya.


-- BERNAMA











Delete





0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .