Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Adab temuduga

Adab Temuduga Kerja


Sumber gambar (klik sini)

Kepada para pelajar yang bakal tamat persekolahan dan mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian, tentulah anda terfikir untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan anda. 

Antara yang menjadi persoalan di minda tentunya bagaimana hendak keadaan temuduga itu nanti. Pasti anda telah mengkaji tentang Tips dan Etika ketika menghadiri temuduga. Samada bertemu kaunselor kerjaya anda, mahupun berbincang dengan mereka yang lebih tua dari anda.

Di sini, saya catatkan antara adab yang perlu dititikberatkan sewaktu menghadiri temuduga.

Di awal temuduga

  • Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;
  • Bersikap tenang dan tidak gementar;
  • Jangan menguasai sesi temuduga;
  • Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak;
  • Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan;
  • Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;
  • Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;
  • Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga;
  • Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga;

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

 Di akhir temuduga;

  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga;
  • Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;
  • Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
  • Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.























0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .