Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53

 sumber gambar;klik sini

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Sekarang kita telah masuk ke bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia).  Dalam masa yang sama kita sedang menjalani ibadah puasa. Semoga anak-anak pelajar dapat melalui inbadah puasa ini dengan penuh kesabaran dan keazamn jitu. InsyaAllah.

Sehubungan dengan itu, tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama, Kanggar Perlis dan berakhir dengan Sambutan Hari Kemerdekaan bermula pada 1 Ogos dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di Kota Kinabalu pada 16 September setiap tahun.
Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 53 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.

Pelancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2010 Peringkat Sekolah


 Para pelajar begitu bersemangat melaungkan Merdeka.

Alhamdulillah pada 16 Ogos 2010,bermula 7.30 pagi, Pelancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2010 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2 telah diadakan dengan jayanya.

Pelancaran  dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Jengka Pusat 2, Encik Yahya Bin Awang. Ia diadakan di Dataran Cemerlang SMKJP2. Semoga para pelajar dan hadirin yang mendengar ucapan perasmian Tuan Pengetua mendapat input berguna. Bak kata Tuan Pengetua, "Untuk menjadikan sebuah negara maju. berdaya saing, kita mesti mempunyai komitmen tinggi, pelajar-pelajar yang bersemangat tinggi dan waja".

Oleh itu, kita sebagai warga yang lahir selepas merdeka, seharusnya menghargai nikmat kemerdekaan ini. Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya. Untuk para pejuang kemerdekaan ini (khususnya yang beragama Islam) samada kita kenal atau tidak, samada nama mereka tercatat dalam sejarah atau tidak, marilah sama-sama kita hadiahkan Al Fatihah ke atas roh mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .