Dr Mazlan dapat kepercayaan PBB bercakap dengan makhluk asing
KUALA LUMPUR - Jika terbukti wujudnya makhluk asing di angkasa lepas, bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, 58, (gambar) bakal menjadi orang pertama akan berkomunikasi dengan entiti berkenaan.
Interaksi itu boleh dilakukan sekiranya hidupan lain di galaksi berjaya disahkan secara saintifik.
Tanggungjawab itu diberi kepada Mazlan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB yang beribu pejabat di Vienna, Austria.
Menurut laman web berita utama Australia, www.news.com.au, Mazlan akan menjelaskan peranan terbarunya ketika menyampaikan ceramah pada persidangan saintifik Universiti St. Andrews di Pusat Antarabangsa Kavli Royal Society, London pada minggu depan.
Pada persidangan itu, beliau dijadual berucap kepada para delegasi berhubung penemuan-penemuan terbaru berkaitan ratusan planet baru yang ditemui dalam sistem cakerawala.
Ia mungkin ada kaitan dengan kemungkinan manusia mampu berkomunikasi dengan makhluk asing.
Petikan dari Utusan Malaysia:
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman akan menjadi individu pertama yang akan berkomunikasi dengan makhluk asing jika kehadiran entiti itu berjaya disahkan secara saintifik.
Langkah memberikan tanggungjawab itu kepada Mazlan, 58, oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) adalah selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB (UNOOSA) yang beribu pejabat di Vienna, Austria.
Menurut laman web berita utama Australia, www.news.com.au, Mazlan akan menjelaskan peranan terbarunya ketika menyampaikan ceramah pada persidangan saintifik Universiti St. Andrews di Pusat Antarabangsa Kavli Royal Society, London, minggu depan. - Utusan
0 Comments:
Post a Comment