Daripada OKU untuk OKU; Merangkak ke kelas
Memetik kata-kata ibu kepada pelajar OKU ini,
“Saya bukan mahu layanan kelas pertama tetapi mereka sepatutnya prihatin serta berperikemanusiaan dan janganlah meminggirkan kami warga OKU ini,” katanya.
Ya, OKU bukan pinta simpati mahu pun belas kasihan. Cukup jika mengerti dan memahami keperluan OKU.
Acapkali jua kedengaran,"Dah OKU tu, duduk jelah kat rumah". "Dah OKU tu tak payahlah jalan-jalan lagi," "Dah OKU tu, tak payahlah kerja lagi,"
OKU juga perlu belajar dan menuntut ilmu. OKU juga perlu bekerja dengan cara yang halal untuk menampung kehidupan, agar tidak dikatakan meminta-minta.
OKU juga perlu berniaga kerna bukankah berniaga itu sunnah Rasululluah SAW?
Menjadi seorang OKU, hati kena kuat, kena tabah dan cekal.
Meskipun sering kali tersungkur dek persekitaran yang sangat tidak membantu, namun percayalah, Allah Always Be There.
Menjadi seorang OKU, mesti punyai cita-cita setinggi bintang di langit. Meski cuma hanya dapat menggapai awan, itu sudah cukup memuaskan.
Sekurangnya, punya usaha.
Menjadi OKU, jangan sedih mendengar nistaan orang lain. Jangan berduka mendengar komen orang lain.
Sebaliknya menjadikan komen orang lain sebagai satu motivasi untuk kemajuan diri dan keluarga. Meskipun motivasi yang diterima berbentuk motivasi peneguhan negatif, percayalah ia sebenarnya sebagai azimat beharga untuk kemajuan diri.
Jika sebelum ini insan yang normal, pernah merasai pelbagai nikmat Allah di atas muka bumi ini. Lalu, atas kemalangan yang berlaku atau penyakit yang menimpa, akhirnya menjadi OKU.Apa yang penting, bangkitlah kembali. Bersyukurlah atas nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi kini.
Jika memang telah dilahirkan sebagai OKU, apa yang penting, lalui kehidupan hari ini penuh kesyukuran dan kegembiraan.
Hapuskan kesedihan. Sesungguhnya Allah bersama hamba-hambaNya yang sabar dan tekun mendirikan solat.
Untuk adik ini, semoga masalahmu dapat diatasi. Teruskan kecekalan semangatmu.
Akak harap selepas ini adik tak perlu merangkak lagi. Bahaya tu. Doktor akak pun tak bagi buat begitu. Lagilah adik...
Usah pedulikan orang jika orang tidak mempedulikanmu. Usah bersedih hati jika tiada orang hendak membantu mengangkat begmu. Usah berdukacita jika tiada siapa yang mahu mengambil berat akan dirimu bahkan menoleh untuk bertanya khabar jauh sekali membantu perjalananmu.
Itulah cabaran yang perlu kita tempuhi, dik sebagai OKU. Itulah laluan yang terpaksa kita terjah sebagai Orang Kelainan Upaya.
Kita kena bangkit, dik. Kita yang kena kuatkan semangat, dik.
Maaf ya dik, seandainya bicara kata ini mengguriskan hatimu. Ini adalah bicara kata dari seorang kakak yang juga berkerusi roda untuk ke mana-mana, termasuk ketika hendak pergi bekerja.
Kakak faham sangat, kalau hendak ke mana-mana susah hendak mencari pengangkutan awam. Teksi juga susah hendak berhenti. Jadinya, rumah adalah dunia kita...
Demi cita-cita yang murni, teruskan pelajaranmu, dik. Demi masa depanmu, kekarkan semangatmu yang sudah pun menyala itu.
InsyaAllah, Allah bersama hambaNya yang sabar dan mendirikan solat. InshaAllah,dik...
MERANGKAK KE KELAS, sumber, klik sini
KAJANG: “Jangan aniaya anak saya,” demikian luah Mashitah Yong Abdullah, 42, yang kesal dengan tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana didakwa bersikap ‘lepas tangan’ terhadap kebajikan anak perempuannya berusia 14 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU).
Menurut Mashitah, dia bukan sengaja mahu membuat tuduhan melulu terhadap jabatan kerajaan itu, namun sikap segelintir kakitangannya yang enggan mengambil peduli, malah turut mendakwa aduan dibuat bukan dalam bidang kuasa mereka.
“Anak saya OKU kerana kedua-dua belah kakinya cacat dan perlu bergerak menggunakan lutut sejak kecil. Akibatnya, dia terdedah dengan jangkitan kuman, malah doktor turut melarang dia berbuat demikian. Kami belikan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.
“Selepas berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapanya bertugas, dia berdepan dengan masalah untuk bergerak kerana kelas belajar berada di tingkat dua manakala sekolah itu juga tidak mempunyai kemudahan untuk OKU,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Dia berkata, surat pertukaran dan makluman mengenai keadaan anaknya sudah dihantar kepada pihak sekolah seminggu lalu supaya pengurusan sekolah itu boleh membuat persediaan awal termasuk menyediakan bilik darjah di tingkat bawah.
Katanya, sebelum ini anaknya, Hidayah Mat Arif, sudah beberapa kali bertukar sekolah, namun tidak pernah berdepan dengan masalah sedemikian hasil kerjasama dan bantuan daripada JKM dan pihak sekolah berkenaan.
“Dulu, ketika anak saya bersekolah di Klang, pihak JKM di sana turun padang untuk berbincang dengan pihak sekolah supaya anak saya tidak berdepan sebarang masalah,” katanya yang juga cacat penglihatan.
Bagi Hidayah, sekiranya keadaan itu berterusan, dia bimbang akan berdepan serangan sakit kaki yang kronik dan bisul hingga memaksa dia ponteng sekolah sedangkan tahun depan dia bakal menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“Saya boleh berjalan dengan lutut tetapi doktor melarang saya berbuat demikian kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman, sekali gus menghalang proses rawatan dan pembedahan untuk memakai kaki palsu.
“Namun, apakan daya, saya masih baru di sekolah ini dan tidak mempunyai rakan yang boleh membantu manakala guru pula seperti tidak peduli. Hal ini terjadi ketika saya datang membeli buku dan membuat pendaftaran, saya hanya dibiarkan menggalas beg sendiri,” katanya.
Mashitah berkata, anaknya juga sudah tidak mendapat bantuan OKU sejak dua tahun lalu walaupun berkali-kali menghantar permohonan dan profil kepada pihak berkenaan.
“Saya bukan mahu layanan kelas pertama tetapi mereka sepatutnya prihatin serta berperikemanusiaan dan janganlah meminggirkan kami warga OKU ini,” katanya.
12 Comments:
salam..terharu akak membaca n3 ni..bukan dipinta untuk menjadi begitu.
fahamilah..semoga tabah..
assalamualaikum kak ummu...
sedih sy baca entry ni...mengapakah mereka melakukan sedemikan kepada pelajar tu?
ee...geram jugak sy ni...
akak, walaupun sy tak pernah berhadapan dalam menguruskan pelajar2 istimewa seperti ini, pelajar2 normal pun sy jaga betul2...sedangkan mereka lagi perlukan perhatian yg spenuhnya daripada semua guru2...
alahai, sedihnya tengok keadaan macam ni...
seandainya mereka lebih prihatin, maka tidak akan berlaku hal-hal seperti ini...
itulah jadinya bila org yang berada di tempat membela oku sekadar carik makan... tp diorang tak sedar, kalau tak de oku tak de jabatan tu tak de diorang leh makan gaji kat situ...
mungkin nasib adik ini pada masa ini di tempat itu.
tapi tak semua pegawai spt itu
kerna berdasarkan pengalaman saya
ada yang begitu caring dan sangat membantu.
mungkin di sini,ada silap faham dan mis communication
sifat prihatin ini kadang kala
adalah sifat smeulajadi seseorang
dan kadang kala ia boleh dipupuk
misalnya melalui pendidikan sivik dan sebagainya
waalaikumussalam White rose
terima kasih rose,
alahai teringinnya akak nak
anak akak bercikgukan rose,
namun apakan daya
kita jauh,:)
waalaikumussalam kak erna
terima kasih kak
atas keprihatianan akak
dan kesudian akak meninggalkan jejak di sini
Assalamualaikum kak ummu. Ya Allah terharunya fida baca entry akak ni.
benar, siapa kata OKU kena duk rumah je. OKU pun manusia biasa juga seperti kita. Ada keinginan untuk bekerja, berkawan dan sebagainya.
Saya rasa JKM tu tak patut buat begitu, begitu juga dengan pihak sekolah. Sepatutnya lebiih prihatin terhadap permasalahan ni..
As Salam
Faham benar dan turut bersimpati dengan OKU di atas.
knp sush sgt khdpn oku?mrka jga sprti insan biasa.....tp nk cri kwn sorg pn susah....ya RABBI,aku redha dlahir sbgai oku...skurg2nya aku dpt mrsai erti pshbtn &kmanusiaan
syaz,inshaALLAH,
ALLAH sentiasa ada di sisi kita
meski orang macam kita sukar menemui sahabat
tetapi Allah sentiasa ada di sisi kita
....
Post a Comment