Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kerjaya di Bidang Farmasi

Farmasi Janjikan Peluang Kerjaya Yang Luas

NEGARA masih kekurangan ahli-ahli farmasi sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Jumlah siswazah yang dilahirkan oleh universiti tempatan masih kecil bilangannya. Sehubungan itu, kerajaan telah mewujudkan kursus farmasi di beberapa universiti tempatan, disamping menghantar pelajar ke luar negara bagi mengikuti program ini.

Oleh itu, siswazah sains farmasi tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan memandangkan keperluan dan kepentingan yang mendesak.

Antara peluang pekerjaan yang terbuka kepada siswazah sains farmasi ialah sebagai ahli farmasi, pegawai pendaftaran dan pemeriksaan ubat-ubatan di jabatan-jabatan kerajaan, pegawai penyelidik di institusi penyelidikan perubatan dan penyakit.

Mereka juga boleh bekerja sebagai pengurus bahagian pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran di firma-firma perusahaan farmasi, perunding dalam aspek ubatan-ubatan di samping bekerja sendiri.

Kerjaya di bidang ini mampu menawarkan pendapatan yang lumayan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 terutama di sektor swasta, di samping ganjaran lain yang menarik.

Bagi yang berminat untuk membuka perniagaan sendiri, bidang farmasi berpotensi untuk berkembang apatah lagi pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat negara ini menceburi bidang perniagaan.




Syarat untuk menceburi bidang ini

Untuk menceburi bidang ini, seseorang itu harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari universiti tempatan atau luar negara. Selepas memperolehi ijazah, mereka perlu mendaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pegawai farmasi.

Tempat melanjutkan pengajian

Beberapa universiti tempatan ada menawarkan kursus farmasi di peringkat ijazah sarjana muda. Universiti-universiti itu ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Universiti-universiti luar negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Britian juga menawarkan program ini.

Syarat yang diperlukan untuk melanjutkan pengajian

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini.

Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan Matematik. Kelulusan ini membolehkan pelajar mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi atau asasi sains selama satu setengah tahun. Selepas tamat pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan mengikuti pengajian farmasi di peringkat ijazah pertama untuk tempoh empat tahun.

Cara kedua: Pelajar akan terus ditawarkan ke peringkat ijazah sarjana muda. Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya prinsipal dalam mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengannya. Pemegang Diploma Farmasi daripada Kementerian Kesihatan, Diploma Sains atau diploma lain yang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan boleh memohon untuk mengikuti program ini.

Cara ketiga: Terdapat universiti seperti UKM mengambil calon melalui saluran kedua. Calon-calon yang memohon melalui cara ini perlu mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu serta lulus mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik di peringkat SPM. Calon juga perlu mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun di bidang berkaitan. Misalnya sebagai pembantu farmasi atau jurujual ubat di syarikat farmaseutikal.

Cara keempat: Di bawah Rancangan Persediaan Khas Ke Jepun yang dikendalikan oleh Universiti Malaya (UM), calon perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPM Vokasional (SPMV) dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya empat mata pelajaran terdiri daripada mata pelajaran Sains, Matematik dan teknikal.

Terima kasih kepada Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, Utusan Malaysia atas artikel beliau ini.

4 Comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ubat memang mahal. Sekali bila jumpa doktor swasta, kurang-kurang kena bayar RM30.00..huuuu

Tapi kalau klinik gomen, RM1.00...dapat beberapa benggam ubat!

Puan Ummi said...

waalaikumussalam Cikgu Mairi
dengan seringgit tulah, kita dapat berjimat,kan cikgu.kalau masih sihat dan tak perlukan banyak ubat, mungkin boleh ke swasta.tapi kalau dah kena amik ubat je,baik gi gomen je

Anonymous said...

is it this post still available till now? i mean, pharmacy as most job in demand,?

Anonymous said...

Kalu kita buat diploma di ipts, boleh ke smbg degree farmasi di ipta?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .