Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Contest Aku Berpuisi, Muhasabah Ramadhan, Syukur Merdeka,

Ingin Sertai, Contest Aku Berpuisi,




Pengenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Seni puisi tradisional merupakan salah satu khazanah bangsa yang sangat beharga. Seni yang indah ini disampaikan dalam gaya bahasa yang penuh maksud tersirat. Mungkin ramai yang kian melupakan warisan ini.

Bangsa Melayu juga kaya dengan kesusasteraannya. Lemah gemalai, liuk lintuk, barisan katanya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger, Mohamad Azhan kerana sudi menganjurkan pertandingan menulis puisi.

Contest Aku Berpuisi



Muhasabah Ramadhan, Syukur  Merdeka




Muhasabah Ramadhan,

Muhasabah Ramadhan, Syukur Ya Tuhan,

Bertemu kembali Bulan Ramadhan;

Bulan penuh keberkatan, penuh keistimewaan,

Diberi pahala, amalan dilipatgandakan.



Syukur Ramadhan, Syukur Alhamdulillah,

Usia kita masih dipanjangkan oleh Allah;

Untuk mengimarahkan Ramadhan dengan ibadah,

Solat wajib, puasa, dan solat sunat kerana Allah.



Hikmah ramadhan, hikmah berpuasa,

mengajar erti ketabahan, erti redha,

erti keimanan, menahan nafsu, lapar, dahaga;

erti kesusahan dan penderitaan, saudara seagama.



Di Bulan Ramadhan, Al Quran diturunkan,

Al Quran datang untuk memerdekakan;

Daripada perhambaan sesama makhluk yang diciptakan,

Kepada menjadi hamba Allah, Tuhan pencipta sekalian.





Muhasabah Ramadhan 1432 Hijrah ini,

Andainya Ini Ramadhan terkahir kali;

Layakkah diri ini,

Merebut singgahsana fiardausi Ilahi...


Syukur Merdeka,

54 Tahun Sudah,

Nikmat Merdeka Diraih;

Aman, bebas, maju tanah bertuah,

Terima kasih, ya Allah.



Merdeka ini, mahal harganya,

Airmata, darah, lelah telah tumpah;

Perjuangan pahlawan negara,

Membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah.



Merdekaku, menghalau penjajah kejam,


Merdeka kau, hisap dadah dan hidu gam;


Merdekaku, bangsaku, kuajar,


Merdekamu, kau belajar, kurang ajar.

Ayuh generasiku, ingatlah,

Tugas mengisi makna merdeka;

Itu lebih payah,

Dari perjuangan menuntut merdeka.



Demikian tadi, sedikit catatan saya untuk menyertai, Contest Aku Berpuisi anjuran http://www.mohamadazhan.com/2011/07/contest-aku-berpuisi-tarikh-akhir-16.html

Tag 3 orang kenalan blog :

Ashra, http://ashra-aulia.blogspot.com/

Linda, http://ibusumaiyah.blogspot.com/

Ros Putih, http://bungarosputih.blogspot.com/

Oleh kerana syarat penyertaan, kena tag 3 orang kenalan blog, saya men tag senarai blog di atas. Bagaimanapun, kepada semua yang berminat, sertailah contest penulisan puisi ini, seperti Kak Hanim, Aku Hiv Positif, Makcik Werdah dan Adik Chibi.
Tarikh Akhir penyertaan contest aku berpuisi ini ialah pada 16 Ogos 2011.


baca selanjutnya..



Ribuan terima kasih juga kepada para penaja hadiah pertandingan ini,  Warna dan Aku, klik sini.

Ribuan terima kasih kepada Saudara Miecyber, blog beliau di sini, juga penaja pertandingan, yang juga merupakan salah seorang follower teratak myraudhatulukhuwah ini.

Terima kasih juga kepada Kakak Zakie Purvit,  blog beliau http://zakiepurvit.blogspot.com/, di sini, kerna melalui blog beliau, di sini, saya mengetahui contest ini. Walaupun saya tidak di tag oleh beliau, sebagai salah seorang pecinta Sastera Melayu, saya akan sertai jua penulisan puisi ini.



Tajuk puisi myraudhatulukhuwah ialah, Muhasabah Ramadhan, Syukur  Merdeka.



Sempena bulan kemerdekaan ini, saya rasa, ada baiknya, saya sertakan sedikit beberapa puisi kesusasteraan Melayu, sebagai suatu catatan sejarah bangsa, yang akan diingati oleh generasi muda dan generasi akan datang.

Contoh Pantun Melayu Lama:


Dari Jawa ke Bangkahulu,



Membeli keris di Inderagiri;



Kawan ketawa ramai selalu,



Kawan menangis seorang diri.
...Pantun Nasib....







Pantai Lukut luas terbentang,



Teluknya penuh berbatu karang;



Ibarat melukut di tepi gantang,



Masuk tak penuh keluar tak kurang.
Gambar salah satu tempat bersejarah di Melaka, sumber, klik sini.

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan.


Tafsiran pantun, "Kalau roboh Kota Melaka", agak berbeza daripada kebiasaan persepsi cinta teruna dara, boleh lihat di sini.

PUISI GURINDAM

Gurindam di bawah adalah salah satu karya agung Raja Ali Haji. Kumpulan gurindam yang dikarang oleh Raja Ali Haji dari Riau.

Dinamakan Gurindam Dua Belas oleh karena berisi 12 pasal, antara lain tentang ibadah, kewajiban raja, kewajiban anak terhadap orang tua, tugas orang tua kepada anak, budi pekerti dan hidup bermasyarakat.

Gurindam pasal yang kesepuluh:


Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.



Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.



Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai.



Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,


supaya kemaluan jangan menerpa.


Dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kafill.


Sedikit latar belakang Raja Ali Haji:



Raja Ali Haji hidup pada zaman Kerajaan Riau- Johor. Pada zaman kerajaan Riau-Johor pada zaman dulu memang ramai ulama pendatang di antaranya Habib Syaikh keturuan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri dan ramai lagi.

Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh saudara sepupunya itu mengajar agama Islam, (Raja Ali bin Raja Ja’far juga ikut belajar kepada Raja Ali Haji).



- Sumber Sejarah ini adalah daripada Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Maklumat Lanjut, latar belakang  Raja Ali Haji, sila klik Kota Gurindam, di Pulau Penyengat, Riau, klik di sini, dan klik di sini.
selamat berbuka puasa nanti, ya teman-teman.

Sekian, terima kasih, wassalam.

8 Comments:

linda a.k.a ibusumaiyah said...

terima kasih ummu..:)

insyaAllah....nanti say cuba karang-karang..kalau tak terkarang...maybe lain kali boleh wat entry jer...:)

ummu said...

terima kasih, Linda
sudi terima tag saya
selamat berpuasa ya Linda

mohamadazhan said...

salam sahabat, terima kasih sangat sudi menyertai...Alhamdulillah syukur nikmat kemerdekaan yang telah dikurniakan. Merderka hati jiwa dan pemikiran daripada penjajahan =)

Afida Anuar said...

Kak Ummu... semoga sukses;)

pengemis Cinta~ said...

Assalamualaikum..salam ukhuwah ukht. sungguh terkesan puisinya.^^.teruskan bertinta hikmah.may Allah bless.ameen..

Puan Ummi said...

salam Mohdazhan
terima aksih atas contestnya

Puan Ummi said...

pengemis cinta
salam ukhuwah

Puan Ummi said...

Fida
tq

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .