Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Jalur Gemilang, Jom Kibarkannya

Jalur Gemilang, Jom Kibarkannya

Jalur Gemilang


DR. RAIS Yatim bersama penduduk kampung dan para peserta konvoi mengibarkan bendera Jalur Gemilang 
di Kampung Kuala Dulang, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam. 


Jalur Gemilang dikibarkan di SMK Jengka Pusat 2.
Ustaz Asri, Encik Andul Latif dan tukang kebun sekolah sedang memacakkan tiang bendera.

Lirik Lagu Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur Gemilang

Kibar Jalur Gemilang semarak cintakan negara

JELEBU 7 Ogos - Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 anjuran Jabatan Penerangan dianggap sebagai platform terbaik bagi menyemarakkan semangat kecintaan kepada negara di kalangan masyarakat tanah air ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, program kembara selama sebulan itu bertujuan untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan warga tanah air ini.

"Kembara ini akan dijalankan ke seluruh tanah air, di mana kita akan menjelajah ke kampung, daerah serta bandar-bandar di seluruh Malaysia untuk membawa mesej bahawa sudah tibanya bulan kemerdekaan.

"Objektif utamanya adalah untuk dirasai oleh masyarakat bahawa kita perlu mengibarkan bendera kita bagi menyambut bulan kemerdekaan kita," katanya.

Rais berkata demikian selepas menghadiri Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 dan Majlis Berbuka Puasa Parlimen Jelebu di Masjid Kampung Kuala Dulang, di sini malam tadi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu meminta semua masyarakat agar memberi sokongan sepenuhnya terhadap pengelolaan program itu dengan mengibarkan jalur gemilang sepanjang bulan ini sehingga 16 September depan.

"Ini kerana sambutan hari kemerdekaan kita yang sepatutnya dilangsungkan pada 31 Ogos akan disambut pada 16 September kerana ada kemungkinan hari raya Aidilftiri akan jatuh pada hari merdeka," jelasnya.

Dalam pada itu, Rais memberitahu, orang ramai diminta untuk mendapatkan bendera masing-masing seterusnya mengibarkannya di seluruh pelosok negara demi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan ke-54 ini.

''Bendera bukan mahal, kalau tidak mampu minta daripada jabatan atau agensi berkaitan, kita akan berikan. Yang penting kita bersama-sama kibarkan jalur gemilang untuk menyatakan cinta kita kepada Malaysia," ujarnya. (Utusan Malaysia)

1 Comments:

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Ma

Semangat kemerdekaan

merdeka...merdeka....merdeka

SELAMAT BERBUKA

Wassalam

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .