Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Anak yatim Pelajar Cemerlang STPM Terengganu,

Cemerlang STPM: Anak yatim nekad ubah nasib

 Abdul Rahim Abdullah dijulang oleh rakan-rakannya selepas diumumkan sebagai pelajar terbaik STPM negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang, semalam.(Gambar Utusan Malaysia)

Kosmo, 07/03/2012 5:12pm

MARANG — Status sebagai anak yatim menjadi dorongan kuat untuk mengubah nasib keluarganya sehinggakan memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.


Bagi pelajar pintar Abdul Rahim Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, di sini berkata, lantaran berazam mengotakan janjinya terhadap Allahyarham bapanya telah mendorong semangat untuk mencatat keputusan cemerlang.

Malah anak kelapan daripada sepuluh adik-beradik ini nyata terkejut dengan keputusan yang diperolehnya sehingga muncul sebagai pelajar cemerlang seluruh Terengganu.


"Kejayaan ini merupakan hadiah paling berharga buat arwah ayah yang sering beri kata-kata semangat dan pendorong kepada saya walaupun tidak dapat berkongsi kejayaan bersamanya pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun ayahnya telah meninggal dunia empat tahun yang lepas akibat penyakit jantung, pesanan Allahyarham supaya belajar bersungguh-sungguh sentiasa tersemat dimindanya dan kata-kata perangsang itulah yang mendorong kepada kejayaannya hari ini.

Beliau juga merupakan guru gantian Bahasa Arab di sekolah itu bertekad mahu mengubah nasib keluarga dan ibunya serta bercita-cita menjadi seorang pensyarah agama dengan memilih universiti tempatan untuk melanjutkan pelajaran kelak.— BERNAMA

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .