Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Gajet Telefon pintar Android Honur, HUAWEI,

Telefon Pintar Android Honur, HUAWEI, murah, perkasa



>Spesifikasi

PRODUK: Huawei Honur
HARGA: RM1,099
RANGKAIAN: 3G/2G
OS: Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
PEMPROSES: 1.4 GHz
SKRIN: FWVGA 4 inci peka sentuhan
MEMORI: 512M RAM, 4GB ROM, slot kad memori
PENYAMBUNGAN: Bluetooth 2.1, A2DP, WiFi, Micro USB, AGPS, DLNA
KAMERA: HDR 8MP, 0.3MP (depan)
TEBAL: 10.9mm
BERAT: 140gm

HUAWEI menampilkan Honur, telefon pintar terkini keluaran gergasi telekomunikasi Cina yang diperkasa sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dengan skrin berpaparan definisi tinggi, 16 juta warna, format 16:9 serta ciri peka sentuhan FWVGA empat inci.

Dikuasai bateri 1,930 mAh, Honur membebaskan pengguna daripada pemasalahan mencari punca kuasa untuk mengecas semula bateri telefon kerana ia tahan lebih lama sehingga dua hari dengan sekali cas.

Paling lama di kalangan telefon pintar dengan skrin 4 inci.

Ketua Pegawai Pemasaran bahagian Peranti Huawei, Victor Xu berkata, Honur yang sudah berada di pasaran tempatan bercirikan mudah guna serta dimajukan menggunakan teknologi terkini untuk membolehkan pengguna berkongsi dan terhubung dengan mudah.

HUAWEI, gergasi telekomunikasi China yang juga pengedar perkakasan infrastruktur telekomunikasi kedua terbesar dunia selepas Ericsson, menyertai persaingan dalam segmen telefon pintar Android dengan model baru yang berdaya saing.

Telefon pintar yang dinamakan Huawei Honor ini mendapat maklum balas positif daripada pengguna dan pengkritik apabila ia bukan saja menepati kualiti sebuah telefon pintar tetapi juga lebih baik berbanding telefon lain dalam kelasnya.

Huawei Honor menggunakan sistem operasi Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich dan dipacu prosesor teras tunggal 1.4GHz dengan kapasiti RAM 512MB dan ROM 4GB.
Spesifikasi ini mungkin tidak meletakkan ia sebagai gajet mudah alih premium tetapi komponen utama yang digunakan adalah sama dengan beberapa produk telefon pintar jenama terkenal di pasaran ketika ini.

Kepantasannya melancarkan pelbagai tugasan atau aplikasi secara serentak adalah memuaskan bagi sebuah telefon pintar yang dipacu prosesor teras tunggal.

Daripada muat turun atau muat naik data sehinggalah menonton video berdefinisi tinggi menggunakan sambungan WiFi atau rangkaian 3G, semua tugas itu dapat dilaksanakan dengan baik.

Huawei memberi penekanan kepada aspek paparan telefon pintar ini. Ia dilengkapi skrin sesentuh FWVGA empat incinya dengan aspek 16:9 berdefinisi tinggi (HD) yang mampu mempamerkan 16 juta juzuk warna sebenar.
Kualiti paparan seperti ini tidak jauh bezanya dengan paparan telefon pintar lain di pasaran. Namun, kualitinya masih boleh ditingkatkan untuk membolehkan pengguna menikmati sepenuhnya kepuasan tontonan.

Sesuai dengan kehendak pengguna yang sentiasa mahukan saat istimewa dirakam dan dimuat naik terus ke laman sosial, Huawei Honor dilengkapi dua kamera iaitu kamera HDR 8MP (mega piksel) di bahagian belakang yang turut disokong lampu flash LED dan kamera depan 0.3MP.

Huawei Honor mampu merakam imej secara dinamik walau dalam apa juga persekitaran termasuk ketika cahaya kurang dan merakam video definisi tinggi dengan 720p.

Reka bentuk telefon pintar ini menerapkan sentuhan elemen kaca yang eksklusif dengan binaan nipis 10.9 milimeter dan berat sekitar 140 gram.

Secara keseluruhan, Huawei Honor adalah model telefon terbaik dalam kelasnya yang menawarkan kualiti melebihi harga yang ditawarkan iaitu RM1,099.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .