Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Keputusan STPM 2011, Rabu Ini

 Keputusan STPM 2011, Rabu Ini
 
 
 
Semakan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011 sudah boleh disemak bermula 7 Mac 2012 selepas pukul 12 tengah hari. 

Kepada semua pelajar yang mengambil peperiksaan STPM 2011 yang lepas, semakan keputusan sudah boleh dibuat bermula pukul 12 tengahari 7 Mac 2012. Semakan keputusan STPM boleh dibuat terus melalui sekolah masing-masing ataupun melalui perkhidmatan semakan online dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).  

Saya di Dunia Cikgu Kaunseling doakan kejayaan anda.



KUALA LUMPUR 1 Mac — Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. 

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip :

STPM Result
jarak No.Kad Pengenalan
 dan hantar ke 15888. 

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut. — BERNAMA

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .