Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/04/13

Istimewanya Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi

Istimewanya Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi Untuk Golongan OKU



Keprihatinan PLPP Kepada OKU Fizikal





DI PLPP JUGA TERDAPAT KEMUDAHAN UNTUK PEKERJA MEREKA UNTUK NAIK KE TINGKAT ATAS TANPA MENGUNAKAN TANGGA..KEMUDAHAN INI AMAT BERGUNA DAN MESIN INI BOLEH MENGANGKAT BEBAN SEHINGGA 206 KG..


ANTARA KURSUS-KURSUS YANG DISEDIAKAN; KURSUS VOKASIONAL SEPERTI PEMBANTU TADBIR SISTEM MAKLUMAT,MULTIMEDIA DAN PEMBUATAN KERUSI RODA, KURSUS PRA VOKASIONAL SEPERTI ELELKTRIK DAN KOMPUTER SERTA PEMULIHAN PERUBATAN SEPERTI WAD PERUBATAN DAN FISIOTERAPI.

 Program Rehabilitasi Harian (PLPP) oleh Hospital Serdang:

Unit Fisioterapi juga memberikan perkhidmatan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi sejak tahun 2006 secara lawatan klinikal bagi membantu keperluan rawatan Fisioterapi atas arahan KKM. Perkhidmatan dikurangkan kekerapan dengan adanya Jurupulih Perubatan Anggota yang ditempatkan di PLPP (2009) dan pada April 2012 lawatan dihentikan tetapi masih membantu untuk khidmat nasihat apabila diperlukan. Sila rujuk Website Hospital Serdang Jabatan Perubatan Rehabilitasi, di sini.


PLPP MELIPUTI KAWASAN SELUAS 25 EKAR DAN TURUT MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASRAMA KEPADA PARA PELAJAR.


Bas yang mempunyai kemudahan untuk OKU

Bas yang menggunakan kuasa Hidraulik ini, memudahkan golongan 
OKU yang berkerusi roda untuk menaiki ke bas.

Untaian Kata Untuk Dirasa;

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal". Saidina Ali Bin Abi Thalib

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi

PUSAT Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya (OKU) melalui latihan vokasional dan pemulihan perubatan.

Dibangunkan pada Mac 1999, penubuhan PLPP yang terletak di Sungai Merab, Kajang, Selangor itu adalah untuk memberi perkhidmatan komprehensif kepada OKU untuk mendapatkan kemahiran vokasional yang bersesuaian.



Ia juga bertujuan mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan OKU bekerja dan berdikari serta mengambil langkah awal pemulihan bagi mengelakkan kecacatan menjadi bertambah teruk.

PLPP juga menyediakan sumber latihan bagi penuntut perubatan, jurupulih anggota, juruteknik prostetik dan ortortik selain menjadi pusat sumber untuk kajian dalam bidang pemulihan OKU.

Ramai di kalangan OKU yang mendapatkan latihan kemahiran di situ dapat berdikari dengan mempunyai pendapatan sendiri setelah diambil bekerja dalam sektor-sektor swasta mahupun kerajaan.

Wartawan ROSMAH DAIN dan jurugambar HAYAT SUEET meninjau penglibatan pusat itu yang menjadi pemangkin kepada kewujudan sinar baru kepada OKU agar membolehkan mereka berdikari dengan kemahiran yang telah dipupuk.

PLPP boleh dihubungi di talian 03-8926 1996 atau 03-8926 2681.


sUMBER; http://ogos1992.blogspot.com/2006/03/plpp-berikan-masa-depan-kepada-oku.html


Pengenalan
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.

Objektif

Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU anggota untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.
  • Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.
  • Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya menjadi bertambah teruk.
  • Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan yang memerlukan.
  • Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.
Kriteria Permohonan
  1. Kursus Vokasional
    • OKU anggota yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Berumur antara 18 hingga 40 tahun
    • Mampu menguruskan diri sendiri dan boleh mendapat manfaat dari latihan
    • Kelayakan akademik adalah PMR / SPM
  2. Kursus Pra Vokasional
    • OKU anggota yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Berumur antara 14-25 tahun
    • Mampu menguruskan diri sendiri dan boleh mendapat manfaat dari latihan
    • Boleh membaca, menulis dan menggira
Latihan yang ditawarkan
  1. Pemulihan Perubatan
    • Wad Perubatan
    • Fisioterapi
    • Pemulihan Carakerja
  2. Kursus Vokasional
    • Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (MLVK)
    • Rekaan Fesyen & Jahitan (MLVK)
    • Elektrikal (MLVK)
    • Elektronik
    • Prostetik dan Ortotik
    • Multimedia
    • Pembuatan Kerusi Roda
    • Kursus Pra Vokasional
  3. Kursus Pra Vokasional
    • Elektronik
    • Komputer
    • Lukisan
    • Jahitan
    • Kraf Batik
  4. Perkhidmatan yang disediakan
    • Kaunseling
    • Sekolah Latihan Memandu OKU
    • Aktiviti Keagamaan & Kebudayaan
    • Elaun Galakan Belajar
Permohonan
Sila memohon melalui:
  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah yang berhampiran
  2. Atau terus kepada:
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi,
Jalan Sg. Merab, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Tel:   03-89261996
Faks: 03-89261988

SUMBER ; JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Kredit juga kepada: http://penyayangukm.blogspot.com/2009/08/lawatan-ke-plpp.html

Keprihatinan PLPP Kepada OKU Fizikal

Oleh Cik Rashidah Abd Ghani

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kalau dalam dunia animasi watak Upin dan Ipin adalah tidak asing dalam kalangan kanak-kanak baik di Malaysia atau di rantau ini.

Begitu jugalah di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, turut mempunyai penghuninya bergelar Upin dan Ipin untuk menceriakan lagi suasana di pusat itu.

Faisal Mat Razi, 24, (Upin) dan Norhisham Izham, 23, (Ipin) adalah penghuni di PLPP sejak setahun lepas.

Kedua-duanya yang bertubuh kerdil mempunyai jiwa dan impian yang besar iaitu untuk membuka kedai jahit masing-masing satu hari nanti setelah tamat kursus rekaan fesyen dan jahitan selama setahun pada tahun ini di PLPP.

Manakala Mohd Farouk Amir Hasan, 37, yang kehilangan sebelah kakinya akibat kemalangan jalan raya pada 2008, mampu memanjat tangga ke dinding untuk melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik.

"Memang sukar, tetapi saya kena sabar dan cekal baru boleh berjaya. Kalau ada kemahuan tentu boleh berjaya", kata Farouk.

Begitulah cebisan nota daripada penghuni PLPP yang ditemui pemberita di PLPP baru-baru ini, yang mempunyai semangat kental untuk terus berjaya walaupun mempunyai kekurangan keupayaan anggota badan.

PUSAT MELATIH OKU FIZIKAL

Pusat latihan ini, yang terletak di Sg Merab, Bangi, dibina dengan tujuan untuk memberi latihan kemahiran dan program pemulihan kepada OKU fizikal.

Pelatih ditawarkan pelbagai kursus dan latihan vokasional serta program pemulihan sesuai dengan ketidakupayaan OKU, demikian menurut Pengarah PLPP, Zasimah Ahmad Sisman kepada Bernama baru-baru ini.

Pusat ini boleh menempatkan sehingga 300 pelatih pada satu-satu masa dan ianya mula menerima pelatih sejak 1999.

Zasimah berkata, PLPP Bangi juga adalah satu-satunya institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang memberi perkhidmatan kepada OKU fizikal untuk mendapat latihan kemahiran dan program pemulihan sesuai dengan tahap ketidakupayaan mereka.

Mengenai mengapa OKU fizikal sahaja yang diambil mengikuti latihan, Zasimah berkata, ini disebabkan fokus awal penubuhan PLPP adalah untuk memberi latihan kemahiran dan program pemulihan kepada OKU fizikal memandangkan pada masa itu, kurangnya kemudahan institusi OKU fizikal.

Mungkin pada masa akan datang, sasaran PLPP adalah untuk membuka kemasukan kepada semua kategori OKU.

SIAPA YANG LAYAK

Mereka yang berdaftar sebagai OKU dengan JKM, berumur antara 14 hingga 40 tahun dan boleh dilatih adalah layak memohon bagi mengikuti kursus yang ditawarkan di PLPP.

Selain itu, mereka hendaklah sekurang-kurangnya boleh membaca, menulis dan mengira serta boleh mengurus diri sendiri.

Dari segi kemasukan, permohonan bermula dari daerah tempat tinggal OKU berkenaan iaitu melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Pemilihan akan dilakukan melalui sesi temuduga yang dijalankan oleh panel yang terdiri dari Pegawai PLPP, Pegawai Perubatan dan Ahli Perubatan (Jurupulih Anggota atau Jurupulih Kerja) untuk mengenalpasti tahap ketidakupayaan OKU sebelum diberi surat tawaran kemasukan.

OKU yang diterima sebagai pelatih PLPP akan menjalani program orientasi selama dua minggu bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dan mengenalpasti bidang kemahiran yang akan diikuti sepanjang berada di pusat itu.

"Ada pelatih yang sempat pusing habis hingga akhirnya 'landing' dekat yang paling mudah iaitu lukisan dan ada juga ibu bapa menarik keluar anak mereka kerana beranggapan anaknya tidak sesuai di sini", kata Zasimah.

PENUBUHAN PLPP

Pusat ini mula dibina pada 1990 di kawasan seluas 10.5 hektar di Jalan Sungai Merab, Dengkil, Selangor dengan mempunyai blok pentadbiran, wad dan rehabilitasi, bengkel dan kelas, asrama lelaki dan perempuan, dewan serbaguna, kompleks sukan, padang permainan dan kuarters kakitangan dengan kos pembinaan berjumlah RM37.892 juta.

PELBAGAI KEMUDAHAN

Sepanjang mengikuti latihan di PLPP, pelatih boleh mendapatkan perkhidmatan seperti rawatan perubatan, pemulihan dan kaunseling.

Mengenai kemudahan yang disediakan, Zasimah berkata, pelatih akan menjalani pemeriksaan perubatan bagi menentukan tahap kesihatan mereka bagi tujuan rawatan dan pemulihan seterusnya tanpa perlu merujuk mereka ke hospital.

Bagi merealisasikan perkhidmatan itu, pelbagai kemudahan fizikal dan peralatan disediakan sama seperti kemudahan yang terdapat di hospital seperti kemudahan wad, bilik rawatan, bilik konsultasi, bilik fisioterapi, bilik terapi carakerja, stor ubat serta pelbagai peralatan perubatan yang lain hasil kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pelatih yang hampir tamat latihan juga boleh mendapat bimbingan kerjaya melalui perkhidmatan Job Coach.

Melalui perkhidmatan ini, pelatih akan dibantu untuk menyesuaikan diri terhadap persekitaran dan bidang kerja dengan mengambil kira keupayaan mereka.

Hubungan saling memahami antara pekerja OKU dengan majikan dan rakan sekerja turut diwujudkan agar mereka dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kekal dalam pekerjaan.

PLPP juga akan berusaha dari segi penempatan kerja pelatih setelah tamat latihan untuk ditempatkan dalam pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan kebolehan mereka, jelas beliau.

Selain itu, pelatih boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti elaun galakan belajar sebanyak RM150.00 sebulan, penginapan asrama dan makan minum percuma, cuti tahunan, sukan dan rekreasi, serta lawatan sambil belajar ke tempat yang menarik.

KURSUS YANG DITAWARKAN

Untuk merealisasikan semua objektif berkenaan, pusat ini menawarkan kursus bertaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) seperti kursus pembantu tadbir sistem maklumat tahap dua, kursus elektrik, kursus rekaan fesyen dan jahitan dan kursus elektronik.

Selainnya, kata Zasimah, kursus yang ditawarkan ialah kursus komputer, jahitan, pembuatan anggota tiruan/sokongan, pembuatan kerusi roda, lukisan dan membatik.

Bekas pelajar PLPP Bangi kini ada yang berjaya berkhidmat di pelbagai sektor awam. PLPP turut bekerjasama dengan beberapa syarikat lain dengan menyediakan ruang dan peluang kepada pelatihnya bekerja di sektor korporat.

Menerusi alumni pelatih yang baru ditubuhkan, PLPP dapat mengesan pelatihnya sejak 2008 bagi mengenalpasti sejauhmana kejayaan mereka.

HARAPAN

"Memang cita-cita dan harapan PLPP ini sangat besar. Kalau boleh kita nak lakukan segala-galanya untuk kesejahteraan", kata Zasimah.

Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), pelatih yang tamat latihan, contohnya jahitan, boleh memohon peruntukan kewangan untuk membeli mesin jahit dan peralatan yang berkaitan untuk membuka kedai jahit.

Selain itu, JKM juga menyediakan bantuan Geran Pelancaran dengan kadar RM2,700 sekaligus bagi membantu OKU memulakan sesuatu perniagaan kecil-kecilan.

Zasimah berkata, adalah menjadi aspirasi JKM agar PLPP menjadi sebuah pusat kecemerlangan yang bukan sahaja mampu menawarkan latihan kemahiran tetapi juga menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh OKU dan seterusnya akan menjadi sumber rujukan semua pihak sama ada kerajaan, swasta mahupun NGO.

Beliau juga berharap lebih ramai lagi OKU di luar sana merebut peluang yang disediakan bagi mengikuti pelbagai latihan yang disediakan demi meningkatkan potensi diri.

-- BERNAMA
sumber; di sini


 87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Share:

6 comments:

farhah wahab said...

assalamualaikum..sy nk tanya ada x pusat latihan industri dan pemulihan selain daripada di bangi..(di setiap negeri?)

soalan 2: kemana arah tuju untuk pelajar di sekolah pemulihan khas selepas berumur 18 thn..

Cikgu Kaunseling Ma said...

wslm Farhah maaf saya tidak tahu untuk kedua2 soan Farhah. mungkin blh rujuk JKM Daerah bg soalan 1 dan rujuk Jabatan Pend Khas KPM untuk soalan 2

Farhana Nabila said...

Ini merupakan satu-satunya pusat latihan perindustrian dan pemulihan yang di Malaysia... kesemua pelatih disini adalah mereka yang terpilih dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia..

Farhana Nabila said...

ini merupakan satu-satunya pusat latihan perindustrian dan pemulihan yang terdapat di Malaysia. pengambilan pelatih disini merupakan mereka yang datang dari seluruh Malaysia

Farhana Nabila said...

ini merupakan satu-satunya pusat latihan perindustrian dan pemulihan yang terdapat di Malaysia. pengambilan pelatih disini merupakan mereka yang datang dari seluruh Malaysia

siti subaidah said...

Askum,saya nak tanya saya layak dak masuk belajar dekat plpp bangi tahun 2014?

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL