Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KEPUTUSAN PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014

KEPUTUSAN PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Merujuk kepada artikel sebelum ini, Permohonan Ke Matrikulasi KPM  2013/2014, di sini, kepada lepasan SPM 2012, khususnya dari SMK Jengka 2 dan SMK Jengka Pusat 2 yang telah membeli no pin Matrikulasi dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling anda, debaran anda akan terjawab  tidak beberapa lama lagi. Didoakan anda berjaya dengan permohonan anda.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN CALON BERJAYA KE 

PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014

Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya pada 25 April 2013.
 
Hanya pelajar SPM 2012 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2012 boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut:


 
 
Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
  1. Surat tawaran
  2. Panduan pendaftaran
  3. Dokumen peribadi pelajar
  4. Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
 
Tarikh pendaftaran:
  1. Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
  2. Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
  3. Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung -27 Mei 2013
 
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang  http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.
 
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083  boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).
 

Artikel berkaitan Kolej Matrikulasi, sila klik:


Artikel dan informasi berkaitan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ,seperti yuaran pengajian, senarai Kolej Matrikulasi di Malaysia, Halatuju Kolej Matrikulasi Teknikal, dan lain-lain maklumat berkaitan Kolej Matrikulasi KPM sila klik di sini

 Pelajar Cemerlang Matrikulasi Ke Luar Negara, klik di sini 




3 Comments:

Anonymous said...

Salam. Saya nak tanya. Saya dapat pra diploma ke kptm. Kptm tu macam sama dgn uitm. Cara belajar, modul semua sama dgn uitm, cuma tenpat belajar je lain. Ada beza tak kalau kita sambung pradiploma dekat kptm dgn pra diploma dkt uitm? Tolong sgg jawab ;(

Puan Ummi said...

waalaikumussalam
setahu saya modul dan silibus sama.
cuma tempat berlainan.beza mungkin dari kos sara hidup/yuran.
bagi saya course pra dip ini bagus.
untuk info lanjut sila hubungi pihak KPTM terus.

atenhyunae said...

Salam, bila tarikh akhir pengesahan terima matrikulasi?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .