Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Syor kurangkan nisbah guru kaunseling-murid ditimbang

Syor kurangkan nisbah guru kaunseling-murid ditimbang



KUALA LUMPUR - Kertas cadangan mengurangkan nisbah Guru Kaunseling Sepenuh Masa (GKSM) kepada seorang guru bagi 300 murid berbanding seorang guru bagi 300 hingga 850 murid di sekolah rendah dan menengah sedang diproses, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi berkata kertas cadangan itu telah dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran, untuk dipertimbangkan, namun cadangan itu belum mendapat kelulusan kerana melibatkan soal perjawatan dan faktor kewangan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) yang ingin tahu sama ada kementerian itu bercadang untuk mengubah nisbah GKSM kepada lebih rendah dan menempatkan guru kaunseling di sekolah kurang murid untuk mengatasi masalah disiplin pelajar.
 
 
 
Mengenai isu penempatan GKSM di sekolah kurang murid, Puad berkata hakikatnya memang tidak ada guru kaunseling dengan jawatan hakiki di sekolah berkenaan, sebaliknya kementerian melantik guru secara pentadbiran dengan diberikan latihan untuk menjalankan tugas sebagai guru kaunseling selain melakukan tugas biasa mereka sebagai guru. 
 
Kepada soalan asal Mohd Nasir yang ingin tahu berapa nisbah guru kaunselor berbanding jumlah murid di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan, Puad berkata sehingga 30 Jan lepas, terdapat 9,713 orang guru, dengan 4,033 daripadanya di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah.
 
Beliau berkata nisbah seorang GKSM ialah 500 murid bagi sekolah menengah dan  350 hingga 850 murid bagi seorang GKSM di sekolah rendah.
 
Puad berkata menyedari pentingnya peranan guru kaunseling kepada pembangunan sahsiah murid, kementerian menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang perlu dipenuhi guru kaunseling mulai tahun ini, iaitu seorang guru kaunseling perlu memberi kaunseling kepada lima orang murid secara individu, dan untuk berkumpulan melibatkan lapan hingga 10 murid, setiap minggu.
 
"Peranan guru kaunselor juga adalah untuk memberi kaunseling tentang kerjaya murid supaya mereka faham ke mana harus mereka pergi (selepas tamat peresekolahan) dan untuk itu dari segi peranan, kita menetapkan KPI seperti jumlah murid dan kaunseling yang perlu dipenuhi guru bagi memenuhi sasaran yang ditetapkan kementerian untuk tahun 2012," katanya.
 
Puad berakta tugas seorang guru kaunseling cukup mencabar kerana ia meliputi pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin, pendidikan dan kerjaya murid serta kesejahteraan mental murid. - Bernama
 










0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .