Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/04/25

Perkongsian Tentang Autisme

Perkongsian Tentang Autisme


Ciri-ciri secara ringkas anak autisme yang boleh dikenalpasti

PENYAKIT AUTISME

SEMAKIN ramai ibu bapa di Malaysia mempunyai anak yang disahkan mempunyai masalah autisme. Selain anak autisme digabung dengan hiperkatif, kesabaran dalam meladeni anak-anak autisme dan hiperaktif ini memerlukan kesabaran yang optimum.

Artikel berkaitan anak hiperaktif ada saya muatnaik di sini. Sila klik Jom rawat anak hyperaktif di sini. Anak autisme ini boleh didaftarkan OKU. Cara nak daftar ada saya terangkan di sini, cara Mendaftar dan Mohon Kad OKU.

Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya.



Ada antara mereka memiliki tanda-tanda masalah autisme kronik dan ada yang baru sahaja di peringkat awal. 

Umur anak-anak tersebut turut berbeza; dari berumur 6 bulan hingga lewat 20-an.
Kadangkala, bukan sahaja pesakit autisme mendapatkan rawatan bahkan ibu bapa dan ahli keluarga mereka juga ekoran tekanan yang kuat gara-gara menjaga pesakit tersebut.

Sifat sabar ibu bapa dan ahli keluarga amat dituntut dalam memberi penjagaan terbaik buat pesakit autisme. 



Ingatlah bahawasanya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang sabar. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."

Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT. 

Baiklah mari kita lihat artikel ini seterusnya.

APAKAH AUTISME?
 
Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.

Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.

Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.

Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…


 
  • Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
  • Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
  • Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
  • Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
  • Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang  kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Tanda dan gejala Autisme

Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :

Komunikasi

Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
Kurang cerdas semasa bermain
Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
Tindak balas sosial

Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
Suka bermain sendirian
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti


Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Komplikasi

Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.

Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri
Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
Rawatan
 


Penyebab utama autism ialah :

Komunikasi


Tindak balas sosial
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti


Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal.


 Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.



Adakah Suntikan Vaksin Berhubungkait Dengan Autisme ? 

 
Kebanyakkan media mendakwa bahawa Vaksin MMR (measles, mumps dan rubella) sebagai salah satu punca kepadanya. Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan kepada bayi yang berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya jumlah pesakit Autisme di Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan vaksin MMR berbanding UK dan Malaysia sendiri.


Namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan untuk mengesahkan kesahihan perkara ini.



Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :

Membaiki kemahiran sosial
Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal
Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.
Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:

Kelakuan ganas
Hiperaktif
Kebimbangan yang mungkin timbul
Rehabilitasi

Beberapa pencegahan termasuk :

Terapi pertuturan dan bahasa
Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak

Cara pulih kerja ( occupational therapy )
untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
berbagai rangsangan pancaindera / deria

Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )
Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas

Pendidikan khas
kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )

Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration )


Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.



Apa Yang Ibubapa Harus Lakukan…

{ Firman Allah S.W.T  : ” Tiada penyakit tanpa ubat kecuali MATI ”  }

 Tingkatkan kesedaran untuk mengesannya dari awal dengan memberi kaedah pendidikan sesuai masalah anak autisme mampu diuruskan dengan baik. Teknik pengecaman yang paling MUDAH untuk dikenalpasti simptom ini oleh para ibubapa ialah dengan membawa mereka untuk bergaul dalam kumpulan kecil.
Rasionalnya, anak-anak akan mula belajar bagaimana untuk berkomunikasi, bekerjasama dan berada dalam suasana yang sedikit riuh daripada biasa dalam aktiviti berkumpulan ini.
Lantas, perhatikan karektor dan bagaimana tindakbalas komunikasi mereka sesama rakan yang lain ketika di dalam kumpulan. Semakin awal dikesan, semakin mudah untuk kita bawa mereka ‘keluar’ daripada zon gangguan ini.
Takut-takut jika ianya tidak diatasi sejak awal, gejala ini akan melumpuhkan proses pembelajaran mereka kelak. Walaupun fizikal mereka nampak normal, tetapi hakikatnya tidak.


 Dipetik daripada pelbagai sumber:

http://hptar.moh.gov.my/v4/index.php/kesihatan/198-autisme


Nota tambahan:

Pengenalan & ciri-ciri umumAutisme adalah satu bentuk kecacatan atau masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak dan minda yang boleh berlaku seawal usia 6 bulan dan satu sindrom ketidakupayaan yang boleh kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat.
Penyakit autisme mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang terjejas. Pesakit menunjukkan tiga jenis ketidakupayaan umum iaitu:
Masalah tidak mampu bersosial
Ini simptom utama penyakit autisme. Pesakit tidak tahu bergaul dengan orang sekeliling secara normal. Mereka selalunya tidak mempunyai sifat empati terhadap orang lain.Mereka tidak mengendahkan orang lain dan seperti termenung seorang diri.
Ada pesakit yang menunjukkan sikap tidak sepatutnya di depan orang ramai seperti menjerit sekuat hati atau membaling barang ke arah orang sekeliling. Malah, pesakit autisme lebih gemar menyendiri dan bermain seorang diri walaupun dikelilingi oleh rakan sebaya yang sedang bermain.
Kesukaran berkomunikasi secara berkesan dengan insan lain
Mereka selalunya lambat bercakap dan apabila cuba untuk berkomunikasi dengan orang lain, orang lain sukar memahami apa yang mereka cuba sampaikan.

Mereka kadangkala bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi. Malah, ada di antara pesakit autisme lebih gemar menggunakan bahasa isyarat tangan untuk menyampaikan hasrat di hati kepada ibu bapa.
Masalah tingkah laku dan pemikiran
Ada di antara mereka yang gemar melakukan satu-satu perkara berulang kali (compulsive behaviour).
Ada juga yang mempunyai minat pelik dan berlaku agresif sekiranya ada sesiapa cuba menghalang minat tersebut.
Sebagai contoh, ada pesakit kami yang hobinya membawa ranting pokok ke mana dia pergi dan akan memarahi sesiapa sahaja yang cuba mengambil ranting tersebut dari tangannya.
Tanda-tanda penyakit ini selalunya muncul secara beransur-ansur dan terus bertambah kronik (jikalau tidak mendapatkan sebarang rawatan) sehingga ke umur dewasa.
Punca-puncaMasalah autisme berlaku tanpa mengira kira bangsa, latar belakang pendidikan, kedudukan status sosial ekonomi dan gaya hidup.
Sehingga hari ini, dunia perubatan moden masih belum dapat mengesan secara pasti punca sebenar penyakit ini. Mengikut perubatan moden, pengaruh genetik boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat anak autisme.
Selain itu, sangat penting buat semua ibu bapa yang mempunyai anak autisme untuk memahami bahawa penyakit tersebut tidak berpunca daripada asuhan atau penjagaan yang tidak baik semasa anak masih bayi.
Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat anak-anak autisme, terdapat kes melibatkan elemen gangguan makhluk halus terutamanya saka yang menyebabkan masalah autisme.
Gangguan saka selalunya diwarisi melalui keturunan keluarga terdahulu di mana makhluk halus ini merosakkan saraf dan minda pesakit menyebabkan berlakunya autisme.
Sukar untuk perubatan moden membuktikan wujudnya pengaruh makhluk halus dalam anak-anak autisme ini tetapi sudah ramai pesakit menunjukkan perubahan positif selepas makhluk halus ini dikeluarkan daripada tubuh badan mereka.
Tanda-tanda awal autismeAntara tanda awal masalah autisme yang boleh berlaku seperti;
n Anak yang tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang boleh difahami sehingga umur 16 bulan.
n Tidak menunjukkan minat untuk bermain atau berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
n Tidak menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sebarang objek
n Gagal memberi respons apabila nama dipanggil.
n Suka menyendiri.
n Suka menyusun objek mengikut susunan tersendiri.
Senarai di atas hanyalah sebahagian daripada tanda awal masalah autisme dan sebarang diagnosis akhir haruslah dirujuk kepada pakar perubatan kanak-kanak.
Rawatan modenRawatan untuk penyakit autisme pada masa kini melibatkan banyak aspek terutamanya dari segi pendidikan khas sejak usia awal.
Objektif utama rawatan adalah untuk mengurangkan tekanan dalam keluarga, meningkatkan kualiti hidup pesakit dan melatih pesakit agar mampu berdikari dalam hampir semua aspek kehidupan.
Buat masa ini, tiada rawatan tunggal yang mampu merawat autisme. Selalunya beberapa jenis rawatan perlu diolah mengikut keperluan setiap kanak-kanak autisme.
Contoh rawatan yang selalu diguna pakai adalah senaman fisioterapi, terapi kognitif dan sikap, terapi pertuturan dan kaunseling keluarga.
Ahli keluarga terutama ibu bapa selalunya diberi kaunseling dan latihan dalam menghadapi kerenah anak autisme.
Selain itu, guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas turut memainkan peranan penting memastikan kanak-kanak autisme mendapat pendidikan mengikut cara sesuai dengan keperluan masalah mereka.
Sumber; Utusan Malaysia

Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (468) Halatuju (342) selepas SPM (340) kerjaya (273) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (70) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (41) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (38) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List