Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/04/13

Kisah Juruterapi Refleksologi OKU Penglihatan Asalnya tak dapat restu keluarga

Kisah Juruterapi  Refleksologi OKU Penglihatan Asalnya tak dapat restu keluarga



Allah SWT amat memberikan perhatian kepada hati. Al Quran menggunakan istilah qalb (hati) sebanyak 132 kali, makna dasar kata itu ialah membalik, kembali, berubah atau naik-turun. Sesuai dengan latar belakangnya hati mempunyai sifat yang selalu berubah, sebab hati adalah nukleus dari kebaikan dan kejahatan, kebenaran dan kesalahan. 

Hati kita unik, boleh jadi kuat, dinamik, juga boleh sakit dan menjadi buta. Firman Allah SWT: “Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada” (al-Hajj:46)

 Sila klik kisah sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah Ibn Umm Maktum Si Buta Yang Celik hatinya, di sini. 

Sila klik butang readmore di post ini bagi membaca kisah kegigihan 2 warga Malaysia yang buta mata tetapi cekal berusaha mengharungi kehidupan, sebagaimana yang tersiar di Harian Metro.

Kisah Juruterapi  Refleksologi OKU Penglihatan Asalnya tak dapat restu keluarga




Bekas pelatih di MAB ini mula menjinakkan diri di Nuri Reflexology Center sejak 25 Mei 1995. 

Mislan Jamburi, 45, yang berasal dari Rengit, Johor adalah pekerja paling lama dan masih setia untuk menaburkan khidmatnya di premis terbabit. 



Pada awal pembabitannya sebagai juruterapi, dia tidak mendapat restu keluarganya.
"Pada awalnya, ahli keluarga terutama emak tidak membenarkan saya berhijrah ke Kuala Lumpur. 





"Saya bertekad mahu ke MAB dan mendalami pelbagai ilmu agar kerana tidak mahu menyusahkan keluarga.


"Selepas mendapat pekerjaan di sini, saya belajar berdikari dan membuktikan keupayaan dan ilmu yang dimiliki membolehkan saya berdiri sendiri," katanya.

Dia yang bahagia dikurniakan empat cahaya mata berkata, pelanggan sudah mengenalinya sejak dulu lagi.

"Kita perlu menjaga hati pelanggan, berbual, bertanyakan khabar juga bertanya mengenai masalah kesihatan yang dihadapi.

"Saya sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik agar pelanggan tidak serik dan jemu untuk datang kembali," katanya.


Seronok dapat kepercayaan pelanggan

Mengenali wanita pemalu ini juga mempunyai sejarahnya tersendiri sewaktu ingin berdikari sebagai juruterapi refleksologi.

Faridah Muslim, 37, dari Bagan Datoh, Perak mula berkhidmat di Nuri Reflexology Center pada 2001.

Pada awalnya, dia mengambil kursus operator selama enam bulan, namun ingin mencuba bidang lain lalu menceburi latihan mengurut refleksologi selama enam bulan di MAB.

"Keluarga sangat khuatir dengan pilihan kursus ketika itu kerana mereka mahu saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang operator.

"Namun, saya faham setiap ibu bapa pasti risaukan keselamatan anak-anak kerana takut terbabit dalam perkara yang negatif.

"Oleh itu, saya bekerja bersungguh-sungguh dan menjaga diri seterusnya dapat membuktikan kepercayaan mereka itu berbaloi," katanya yang merupakan anak ke enam daripada tujuh beradik.

Pada awal pekerjaan, Faridah mendapat komen yang tidak menyenangkan, namun baginya kerjaya itu masih baru dan banyak yang perlu dipelajari.

Lama-kelamaan dia menjadi semakin seronok dengan tugasnya sebagai juruterapi refleksologi apatah lagi rasa dihargai apabila ditempah pelanggan yang biasa dengan urutan tangannya.



SUMBER; HARIAN METRO DI SINI



Sanggup ambil cuti tanpa gaji

Boleh dikatakan, pelanggannya adalah dari seluruh negeri, sama ada dari utara ke selatan, timur ke barat, Sabah atau Sarawak.

Malah, mereka yang datang tidak mengira umur dan latar belakang.


Meskipun tidak mampu melihat, Pengurus Nuri Reflexology Therapy, Norimah Ahmad, membuka sebuah pusat urut refleksologi yang beroperasi sejak 1995.

Pada awalnya Norimah tidak berminat membabitkan diri dalam bidang mengurut, malah tidak pernah mencubanya sejak kecil.

Ketika itu dia bertugas sebagai pengajar kraftangan di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Brickfields.

Sewaktu awal 80-an, pasaran untuk pusat urut wanita mula berkembang dan semakin mendapat perhatian masyarakat tempatan.

Justeru, MAB menyarankan Norimah mencuba kursus urut refleksologi daripada pakar luar negara.

"Pada mulanya saya menolak kursus terbabit, namun selepas mempelajari anatomi dan fisiologi selama seminggu, saya berasa seronok.

"Selepas mahir dengan urutan itu, saya teruskan dengan memberi latihan dan didikan kepada pelatih cacat penglihatan di sana.

"Hampir 22 tahun saya berkhidmat iaitu dari 1980 hingga 1994," katanya.

Dengan cekal dan tabah Norimah mencuba perniagaan dengan membuka sebuah pusat urut refleksologi.

Menerusi bantuan dan latihan keusahawanan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA), dia sanggup mengambil cuti tanpa gaji sebelum membuka sebuah pusat refleksologi.

"Ketika itu, belum ada lagi orang Melayu yang membuka sebuah pusat urut apatah lagi mentaliti masyarakat menganggap perkhidmatan mengurut hanya dijalankan di kawasan perkampungan.

"Bermula dari sebuah premis kecil dengan sebuah katil, saya berpindah ke premis lebih sesuai dan selesa untuk memenuhi kehendak pelanggan," katanya.

Mengenai reaksi keluarganya Norimah menjawab, "keluarga terutama emak dan ayah tidak tahu mengenai kursus terbaru itu, namun selepas lima ke enam tahun barulah mereka tahu.

Mereka terkejut selepas mengetahui saya membuka sebuah pusat refleksologi. Itupun, selepas saya ditemuramah dengan stesen televisyen," jawabnya sambil ketawa.

Norimah menempuhi pelbagai halangan terutama dari segi kewangan dan kepercayaan, apabila satu demi satu cawangan pusat refleksologi yang dibuka terpaksa ditutup.

"Cawangan terakhir di Lapangan Terbang Langkawi, Kedah yang dibuka sejak 2010.

"Tidak dinafikan, kos sewa yang tinggi antara sebab saya menutup cawangan ini, tetapi pekerja yang cacat penglihatan juga mahukan suasana sosial dalam komuniti mereka sendiri, namun tidak wujud di sana," ujarnya yang bahagia bersama dua cahaya mata.


PERKHIDMATAN

Nuri Reflexology Therapy menyediakan pelbagai perkhidmatan seiring dengan kehendak masyarakat hari ini.

Perkhidmatan terbabit mempunyai unsur gabungan tradisional dan saintifik hasil penyelidikan dan pembelajaran yang diperolehnya dari China, Jepun, Perancis, Itali, India dan Jerman selain di Asia Tenggara.

Penyelidikan lebih 10 tahun itu menepati piawaian refleksologi antarabangsa.

"Rawatan refleksologi dan urut seluruh badan mampu melegakan pelbagai penyakit, melancarkan pengaliran darah, merawat lenguh dan sakit otot serta ketegangan atau tekanan.

"Teknik urutan yang tepat mampu mengatasi beberapa penyakit seperti sawan, migrain dan angin ahmar, namun perlu dilakukan berulang kali selain mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

"Urutan di bahagian tapak kaki mempunyai hubungan atau kaitan dengan saraf dan organ dalaman manusia yang selari dengan prinsip sains iaitu refleksi di bahagian kaki berhubung kait dengan semua kelenjar organ bahagian badan," katanya.

Menurut Norimah, setiap pekerjanya diberi latihan mencukupi bagi membolehkan mereka lahir sebagai juruterapi profesional.

"Meskipun, kakitangan saya cacat penglihatan, kemahiran mereka setanding berbanding orang normal.

"Walaupun tidak dapat melihat, tangan yang merawat itu mampu mengetahui penyakit yang dihidapi pelanggan dan membantu memulihkan agar pelanggan," katanya.

Selain urutan refleksologi, premis ini turut menyediakan perkhidmatan akupunktur, bekam angin dan hidroterapi.

Perniagaan yang dijalankan juga tidak bertentangan dengan syarak kerana pelanggan lelaki hanya diurut juruterapi lelaki dan begitulah sebaliknya.

Kadar bayaran yang dikenakan juga bersesuaian dengan perkhidmatan yang disediakan iaitu RM50 untuk refleksi kaki, urut seluruh badan (RM60), urut kanak-kanak dari RM30 hingga RM60, akupunktur kurang dari RM100, bekam angin (RM60) dan urut rumah ke rumah pula bergantung pada jarak kawasan dan mampu dilanggani semua peringkat lapisan masyarakat.


PERSAINGAN

Kewujudan pusat urut yang menyediakan perkhidmatan tambahan sama ada khidmat hubungan seks dan urutan seks agak berleluasa ketika ini.

Pekerja asing dari China, India, Indonesia, Filipina dan Myanmar dijadikan umpan untuk menarik perhatian pelanggan tidak mengira bangsa.

Menurutnya, masyarakat perlu mempunyai kesedaran agar tidak menyokong perkhidmatan hubungan dan urutan seks kerana ia mampu meruntuhkan akhlak masyarakat.

"Perkara itu bukan saja dilarang dalam Islam, malah mampu menyebarkan penyakit akibat perlakuan seks bebas.

"Usaha pihak tertentu membabitkan jabatan kesihatan, polis dan pihak berkuasa tempatan diharap dapat membendung gejala tidak , sekali gus menutup peluang mereka beroperasi," katanya.

Pada masa yang sama, Nuri Reflexology Therapy bakal melalui proses penjenamaan semula dan dikenali sebagai Nuri Wellness Centre bagi mengembangkan dan mempertingkatkan perkhidmatan sedia ada.

Dia mengalu-alukan orang kelainan upaya (OKU) dan cacat penglihatan untuk mempelajari seni urut refleksologi dan bersedia memberi latihan dan peluang pekerjaan kepada mereka.

"Belum ramai usahawan Bumiputera terbabit secara aktif dalam bidang ini. Jika peluang disediakan, pasti lebih ramai orang kurang upaya dapat peluang pekerjaan," katanya.

Hubungi Norimah di Lot 3.25 tingkat 2, bangunan Medan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut.


INFO TAMBAHAN:


Nuri Reflexology Therapy:
1. Di tingkat 2, Bangunan Mara Jalan Raja Laut
2. Even sebelah kaki je yang terseliuh, mesti kena urut kedua-duanya.
3. Satu sesi reflexology kaki biasanya 1 jam = RM40
4. Untuk urut badan, ada bilik khas disediakan.
5. Pengurut petugas urut lelaki dan wanita sedia mengurut anda.
6. Dibuka setiap hari seawal 9pagi hingga Maghrib kot. Boleh telefon untuk temu janji.
7. Majalah disediakan untuk santapan minda.. 
8. Lebih baik urut dengan mereka sebab mereka ni terlatih.  Nak belajar urut ni mahal. 

Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL