PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2013/2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 3 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012.
Para pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bolehlah memohon untuk masuk ke Program
Matrikulasi KPM ini.
Permohonan hanya menggunakan kaedah atas talian sahaja ( Internet).
Pelajar-pelajar perlu membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) di Bank
Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM6.00 bagi tujuan tersebut.
Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon.
Para pelajar boleh berjumpa Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing jika tidak faham, atau meninggalkan pertanyaan di ruang komen di bawah posting ini atau boleh menghubungi terus pihak Pengambilan Pelajar Bahagian Matrikulasi KPM.
Kebanyakan pelajar yang saya temui sebelum ini, mereka merasakan diri mereka tidak layak untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi KPM.
Contohnya apabila saya tanya kenapa taknak mohon matrikulasi;
"Saya rasa result peperiksaan saya nanti tak baguslah cikgu. Sebab sebelum ni result tak berapa nak bagus, jadi malas nak apply Matrik lah ,cikgu," omel seorang pelajar. Tapi bila result SPM keluar, Alhamdulillah, cemerlang juga.
Jadi, usah rasa putus asa, usah rasa rendah diri, usah rasa tak layak nak masuk IPT dan rasa tak yakin. Anda belum menempuh peperiksaan sebenarnya lagi, kan? Jadi, buang dan campakkan jauh-jauh rasa negatif dan pemikiran tak boleh berjaya tu jauh-jauh.
InshaAllah, anda boleh berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dengan syarat usaha yang berterusan dan sistematik, tak pernah kenal erti jemu dan putus asa daripada rahmat Allah bagi pelajar Muslim, rajin buat kerja sekolah yang cikgu berikan, rajin bertanya guru, hormati guru anda, hormati ibubapa anda dan lain-lain lagi tip kejayaan insan cemerlang, boleh anda search di google atau search sahaja di blog ini.
Oklah. Sila ambil perhatian ya pelajar. Sebelum memohon Matrikulasi KPM ni, anda kena ada No Pin dulu. Hanya di Bank Simpanan Nasional sahaja dijual No Pin ini.
Jualan No PIN BSN Mulai 1 Julai sehingga 10 Oktober 2012 bagi
pengambilan sesi 2013/2014.Oleh itu jangan lepaskan peluang ini.
Sejarah Matrikulasi KPM Secara Ringkas
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi
pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua program matrikulasi /
asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (
IPTA ).
Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM
1998. Mulai sesi 2000 / 2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM
dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan Melalui internet ( PMI )
telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005
kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) dan Maktab Rendah Sains
MARA ( MRSM ) sebagai projek perintis. Untuk sesi pengambilan 2009 /
2010 penggunaan PMI telah meningkat kepada 80 peratus daripada jumlah
permohonan berbanding dengan permohonan secara manual ( PSM ).
Kini, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan
satu cara permohonan sahaja mulai sesi 2011/2012 iaitu
permohonan melalui internet (PMI).
KONSEP
Program
Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan
bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk
melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains,
teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam.
Tempoh pengajian
program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi
Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi
Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. Kurikulum
program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik,
kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan
pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai
ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi.
Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah
penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat
selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan
Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.
Jurusan/Aliran Program Matrikulasi
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu
- Jurusan Sains (M001)
- Jurusan Perakaunan (M003)
- Aliran Teknikal (M007)
Jangka Masa Program
Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa
- Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) yang dilaksanakan dalam dua (2) semester bagi Jurusan Sains
(Aliran Sains dan Aliran Teknikal) dan Jurusan Perakaunan.
2. Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)
Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) yang dilaksanakan dalam empat (4) semester bagi Jurusan Sains
(Aliran Sains sahaja) . Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal tidak terlibat.
Kelayakan Memohon Program Matrikulasi